50 RT, Aku buat thread, Travel ke seoul korea selama 6 hari 5malam dengan bajet Rm2000-Rm3000 /pax sahaja. Tapi please take note, ni backpackers style tau.
Ok, memandangkan, dah nak 50 RT. Baik aku cerita cepat sementara ada free time ni. Ok, First of all, Kalau nak tanya, Tanya di penghujung thread ok? Nanti thread dah bercampur aduk susah orang nak baca.
Ok, sblm mula. Just nak share, aku pergi ke korea ni memang last minute punya plan. Tapi jangan lah tiru, takut kelam kabut pula. Tp alhamdulillah, kitaorang punya plan semua smooth je.
Ok, first. Bajet ke korea : Aku anggarkan Rm2000-rm3000. Tapi, sebenarnya kurang lagi. Sebab aku bawak Rm2600, Tapi balance duit Rm780 😌
Nak pergi korea ni, korang kena plan dulu, nak ke mana pada hari pertama kedua dan seterusnya. jangan sampai sana baru nak plan. nanti bazir masa! Tengok aku siap buat tentatif program (roughly) sblm gerak
Bila buat tentatif macamni. kau dah tau hala tuju, Secara automatic korang jadi disiplin sbb nak make sure korang pergi setiap tempat korang plan tu.
Ok, Lepas dah tahu, Hala tuju mana korang nak pergi dan bila masa nak pergi. Beli lah tiket flight. Dah confirm dapat cuti kerja ke apa baru lah pergi, Jangan ponteng okeh! So, total flight price ialah, RM1067 (Pergi balik) naik air asia x. Harga boleh murah lagi, survey bebetul
Ok, lepas dah beli tix flight. Survey lah pula hotel yang korang nak duduk tu. Jangan sampai sana baru beli, Takut full wey. Ktrg duduk hotel Maui je. RM324/pax untuk 6hari 5malam. Booking @ http://booking.com  (Sori bersepah sebab baru check in time ni)
Hotel kitaorang ni, memang kecik je. Tips paling penting nak pilih hotel, Make sure dekat dengan subway station/bus station. Senang nak bergerak. kitaorang tidur, Maui hotel, Dongdaemun. (Nearest Subway station : Dongmyo) Breakfast free everyday! Tapi roti bakar sendiri jela 😂
Ok, Kalau korang takde credit card macam kitaorang yang baru 21 tahun ni. korang pilih hotel yang boleh bayar cash dekat sana. Hotel ni, masa check in dekat sana baru bayar & free cancellation. very recommended✅ Owner v friendly & boleh speaking. Senang nak interact
Ok, then. Dah siap, Korang beli lah pula tiket ke tempat2 yang korang nak pergi tu. Kena beli dekat Malaysia tau, so dekat sana tak payah susah2. just tnjuk bukti pembelian online je. Nah, ni semua total untk 3 orang. 🙌🏻 Beli dekat http://Klook.com 
Sebab tulah, Aku ckp korang kena plan betul2 nak pergi mana pada hari apa. sebab beli tiket tu kena letak tarikh. Please take note, Kena bayar guna SGD tau. So make sure debit/credit boleh tukar international currency. Gambar tu dia tnjuk harga MYR, Tp bayar guna SGD. Okeh?
Ok, done semua. Print lah semua bukti pembelian, Nanti senang nak tnjuk. kalau tnjuk dekat inbox payah pula. Ok so next! Tukar lah duit MYR ke KWR di malaysia. sampai sana nanti mahaiiii. So, Aku tukar siap siap, Rm2100 duit korea bersamaan em aku lupa pula berapa 😂🤣
Oh lupa nak bagitahu, kitaorang pergi ni WITHOUT TOURIST GUIDE tau. Jadi semua kena buat sendiri. Kalau korang taknak bersusah payah jangan berangan boleh pergi dengan bajet murah macamni tau 😌
Ok, dah siap semua tu. Korang jangan lupa, beli travel insurance. Kot apa apa jadi, korang dah dilindungi gitew. kitaorang subscribe tune travel, Murah je rm32 je utk 6hari 5malam. Beli di http://gobear.com  isi maklumat & done! Print jangan lupa
The first thing, bila sampai sana. beli lah T-money. T-money ni mcm touch & go. so bila naik public transport, just scan je. Ktrg isi, 70000 krw. Tapi, masa last day kitaorang refund balik sb terlebih. Aku suggest korang bleh isi around 50000krw je.
Harga T-money ni, Rm12. Boleh beli dekat machine dia/convenient store. nak topup dia pun sama, dkt convenient store memang ada. Kitaorg jimat sikit sebab dapat T-money dr kwn yang dah pergi korea. korang nak pergi tu risik2 dulu kot sesiapa nak jual ke kan. 😌
Ok next, korang install semua apps ni. sangat berguna. Apps ni bagitahu station apa korang kena turun, transfer dekat mana, Exit apa, berapa minit bas sampai & everything. InshaAllah dijamin, tak akan sesat!
Lepastu, korang kalau nak pergi. Lagi bagus kalau bawa kawan yang faham korean ni. Sebab, senang nak type nama tempat guna bahasa korea ke apa. Or, faham bila orang korea cakap. so, bila beli barang takde lah tertipu ke apa. Sb dekat sana diorang faham english, tapi tak reti ckp
Then, kena jugak ada kawan yang berani nak tanya. Orang kata malu bertanya sesat jalan kan? Sebab kitaorang banyak kali jugak, tanya orang kat sana. Alhamdulillah, semua kat sana sangat helpful & baik hati 😍
Ok then, Makanan. Untuk berjimat, korang bawa lah makanan travel bebanyak dari mesia. Mcm kitaorng bertiga, bahagi2 bawa makanan. Make sure hotel korang ada microwave sebab nak masak brahim tu. kitaorang ada beli nasi juga dekat korea lah.
Usually, kitaorang makan makanan ni, waktu breakfast sebab, kitaorang akan lunch lambat. Ataupun time dinner, bila malam tak tahu nak makan dekat mana. sebab restoran halal jauh jauh & tutup pukul 9/10pm.
Tapi, Jangan lah asyik makan dekat rumah je. Rugilah tak makan tempat yang orang recommend dekat korea tu. Kitaorang sempat makan, dekat Asian cuisine nami island (Tak sedap), Yang good restaurant (10/10 🙌🏻), The halal guys (10/10 🙌🏻) & Street foods (Mahal 😭 tapi oklah)
Untuk makanan, kitaorang tetap kan. Wallet harian. which meant, kitaorang bertiga sumbangkan 1 jumlah duit dalam sampul tu. Khas untuk makanan yang share tiga orang. Cth, hari pertama kita target makan biasa je so, setiap sorang bagi 20000 krw. Total 3 org jadi, 60000Krw.
Jadi, apa apa pembelian makanan. Semua guna duit tu. Kitaorang akan beli, 1 makanan share tiga orang. Sebab nak rasa semua jenis. Biasanya utk makanan ringan2 alas perut utk ke petang/malam
Untuk beli barang souvenir/barang sendiri baru guna duit korang sendiri. Macam aku, aku dah simpan 1 sampul untuk duit souvenir je. So, korang tak kan guna duit tu. ✅ Aku anggarkan Rm500. Tapi trust me, Harga souvenir sana murah gila. Esp dekat namdaemun market. Wajibbb borong!
And lastly, pada sesiapa yang takde stamina banyak ke senang sakit kaki ke. bersiap sedialah, dgn segala dugaan. Make sure, bawa minyak panas (confirm sakit kaki macam nak patah) , minyak kapak, panadol etc. Sebab, trust me, Korea tu besar gila. Naik bukit, turun bukit. Fuh
Ok, memandangkan aku cuma nak cerita, bajet & travel tips ke korea. Aku rasa, takat ni je kot. Pasal experience semua, boleh sambung baca dekat blog aku nanti. (tak update lagi). Apa2 pun, terima kasih sudi baca. Apa apa boleh tanya okeh? 😊 InshaAllah. Jgn lupa share tips ni ok
Oh, aku lupa nak share. ni, cara cara nak naik subway dekat korea ke tempat kitaorg nak pergi. Kitaorang dah rough plan dekat malaysia. Tapi, korang STILL KENA IKUT APPS yang tadi aku share tau sebab kitaorg tak depend pada ni sangat. Tapi, still membantu dari segi time budget
Kelebihan backpackers ni, korang dapat jelajah semua tempat. sebab usually korang akan transfer/stop dekat station yang berlainan. Secara tak langsung, korang dapat jenjalan tempat tu sekali. Jangan rasa penat tau! Tak larat pun kena paksa, kalau tak rugi. 🤣
Sbnrnya, aku terlupa satu benda penting. Iaitu pocket wifi. Korang boleh rent wifi routers dekat web http://travelrecommends.com  | Isi maklumat, and bayar. Nanti dia bgtahu, korang bleh pick up dekat mana okeh? Harga rm15 je sehari.
Harga Rm15 sehari, deposit rm200. Once korang pulang wifi tu dalam keadaan baik, dia pulang balik rm200. Oh and, wifi tu dia macam broadband tu, and korang boleh share up to 5 devices paling penting UNLIMITED 😍🙌🏻 padu
Apa apa pun, kalau nak tengok, our journey dekat korea, boleh lah follow ig http://www.instagram.com/sya.nim  tengok dekat highlight 😌 Hope dapat motivasi & inspirasi! jangan ingat muda muda tak boleh travel tau. tekad & kerjasama kena ada. Goodluck guys!
Since, ada yang still curious. How to manage time untuk solat semua. Kitaorang solat dekat tempat lapang & solat jamak utk zohor-asar. maghrib-isyak solat dekat hotel. Plus, kita Guna apa yang ada je tak pakai telekung. yes, Korean people semua okay je 🙌🏻
Ok guys, I tambah, full itinerary for 6 days 5 night in Seoul. since ramai mintak. Sorry messy sikit sebab guna notes je, tak sempat buat proper. Hope it helps! ✨
Ok guys, I UP balik tweet ni, dengan harapan korang boleh baca lagi. & Jangan lupa follow my igshop http://www.instagram.com/azfairyofficial  I jual banykkk barang, But the main is tudung bawall 😉😌 Boleh roger utk surprise kn diri sendiri or girlfriend hihi

📲 http://azfairyofficial.wasap.my 
You can follow @azfairyofficial.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: