“1 daripada 4 rakyat Malaysia akan mengalami masalah kesihatan mental, bila-bila dalam jangka hayat mereka.”

Laporan National Health & Morbidity Survey 2015.

Statistik yang merisaukan.

Masalah kesihatan mental tak semestinya gila, sewel dll.

It’s more common than we think.
Ikut ramalan World Health Organisation, masalah kemurungan/depression bakal jadi masalah kesihatan kedua tertinggi sedunia menjelang 2025.

Depression bukan setakat perasaan sedih. Tetapi sedih melampau, sekali dengan tekanan kronik.

Dan ia bukan daripada lemah iman.
Kesihatan mental tu sama penting macam kesihatan fizikal.

Kalau ada orang kena kanser, kita tak cakap dia lemah iman, kena banyak berzikir dan ingat Tuhan, kan?

Tapi kita bawa jumpa doktor untuk rawat dia.

Kenapa kita tak buat macam tu untuk orang ada masalah kesihatan mental?
Pengarah pertama WHO pernah cakap,

“Takkan sempurna kesihatan seseorang tanpa kesihatan mental.”

Kesihatan seseorang bukan setakat sihat tubuh badan, tetapi pada minda dan pemikiran.

Dan tak, mereka bukan gila, tak beriman atau mencari perhatian.

Mereka sakit. Sangat sakit.
Depression ada beberapa simptom penting.

1. Kemurungan berlarutan lebih dari 2 minggu

2. Hilang nikmat dengan benda yang selama ni dia suka (dah tak suka movie, baca buku etc)

3. Hilang fungsi seharian dia. Dah tak boleh kerja/belajar/masak dll.

It’s a serious health issue.
Faktor agama memang bantu dalam isu kesihatan mental. Tapi bukan sebagai perawat.

Contohnya pesakit kanser tengah struggling. Dengan ingat tuhan, tak tinggal sembahyang, zikir dll, sangat bantu untuk dia jadi kuat.

Tapi itu bukan sebagai ubat. Tetap kena chemotherapy bagai tu
Ada jauh beza Depression dengan sedih.

Setakat sedih, itu emosi biasa manusia. Semua orang ada.

Tapi Clinical Depression, dia effect sampai otak. Hormon jadi tak balance, saiz certain part otak mengecut dll.

They LITERALLY not able to be happy. Tengok gambar.
Dah la tengah struggle, sakit, seksa dan perlu bantuan.

Kalau kita cop dia manusia tak bersyukur, tak ingat tuhan, tak zikir semua tu, agak-agak membantu ke dia untuk sembuh? Atau jadi lagi melarat?

You can be a true muslim and still suffer from depression. Sebab bukan isu iman
Kalau ikut logik makcik pakcik bawang yang kata “Depression sebab lemah iman”,

Sekarang pakcik makcik tu tak kena depression, sihat walafiat.

In a way dia nak kata dia tu beriman? Kuat agama? Tak terpisah dengan tuhan?

These people make me sick.
Let me tell you a story.

I have a friend yang kena rogol waktu sekolah dengan cikgu dia, more than 10 years ago.

Tak seorang pun percaya report dia, siap gelakkan lagi. Sebab cikgu tu ‘baik’, ‘alim’ dll.

Dia trauma teruk sampai sekarang depression dia semakin melarat.
Dia membesar dengan emosi yang tercalar, minda yang trauma, dan jadi sangat anti sosial.

Dalam diam, depression dia develop sekali dengan anxiety.

Tapi dia tak pernah tinggal sembahyang, baca Quran etc.

Agak-agak, depression tu sebab dia tak beriman ke? Atau dia yang lemah?
There’s a reason kenapa dipanggil,

“Mental illness”

Not “Mental Weakness.”

Bukan salah penghidap tu untuk ada masalah kesihatan mental. Sama macam orang ada tumour otak. Itu bukan sebab dia lemah.

Dah nama pun penyakit. Illness 🤦🏻‍♂️
Depression dulu dikaitkan dengan kimia yang tak stabil dalam otak manusia.

Kajian terbaru, lebih kepada berlaku sel otak mati dan hilang fungsi.

Peranan genetik juga faktor besar, dan logik lah kenapa ada yang boleh diwarisi.

Ini faktor risiko, bukan penyebab utama.
Dalam otak kita ada hippocampus yang berfungsi untuk memori dan emosi.

Orang yang depression, hippocampus literally mengecut daripada kebiasaan.

Maka dia literally tak boleh rasa happy.

Keadaan biologi macam ni bukan boleh diubati dengan hanya

“Think positive”
“Get over it”
Genetik orang depressed berbeza.

Let’s say Ahmad dan Ali kehilangan ibu pada masa yang sama.

Ahmad ada genetik depression, dan Ali tak.

Ahmad lebih berpotensi untuk jatuh ke Depression teruk sebab sedih ibu dia meninggal.

Berbeza dengan Ali, sedih juga, tapi dia tak depress.
Lepas 2 tahun, Ali belajar untuk move on. Dia redha dan terima ketentuan Allah.

Ahmad pun, dia redha dan terima ujian ni. Tapi sebab otak dia literally tak dapat rasa happy, sebab dia ada genetik depression tu, dia jadi murung teruk.

Ini bukan lagi soal iman.
Tapi kesihatan.
Depression ialah penyakit yang ada biological basis, sehingga memberi kesan kepada psikologi dan sosial seseorang.

Ia bukan isu iman, isu lemah, isu cari perhatian dll.

Tapi tak dinafikan memang ada orang buat-buat depressed untuk dapat perhatian. Yang sebenarnya dia cuma sedih
Orang yang berlakon/self diagnosed depression ni ada masalah pada sosial.

Mungkin dia nampak macam ada masalah mental ini cool, unik dan dapat perhatian orang ramai. Tak cukup kasih sayang maybe.

Sedangkan dia tak tahu, penghidap ni semua sanggup buat apa saja untuk sembuh.
Kadang-kadang, ada yang menjurus ke arah niat membunuh diri.

First of all, elakkan judgement “ahli neraka”, “tak bersyukur hidup” semua tu.

Orang yang nak bunuh diri selalunya bukan nak mati sangat, tapi dia nak kesakitan dia berakhir.

Dan kita boleh bantu dia sebenarnya.
Faktor agama amat membantu dalam menghentikan seseorang daripada BERTINDAK membunuh diri.

Tetapi tak menghalang daripada muncul NIAT untuk membunuh diri.

They are desperately asking for help. Don’t make it worse by labelling them negatively.

Help them.
Bagaimana nak membantu?

1. Be there for them. Talk with them. Listen attentively. Let them vent out all the negative feeling through talking.

Jangan sesekali guna hujah,
“Aku pun pernah dulu bla bla.”
“Semua orang rasa apa ko rasa.”
“Benda ni dalam kepala ko je.”

Please jangan
2. Persuade them to get professional help. Either meeting with counselor, psychologist or doctor.

If they are afraid, it’s normal.
I was afraid too.

The first step is always the hardest. If they are scared, then accompany them to go get treatment.

Be beside them no matter what
3. Be a supporter or a friend. Don’t be a counselor or therapist for them.

It is not within our power to help them professionally. Google is not the answer.

But be there to support them no matter what. They need it more than ever.
The words that they always want to hear from us:

“I don’t know how much you suffer and how can I be of help for you. But if you ever need anything or someone to talk to, I am here.”

Trust me. They will break into tears hearing that.
Just like any person who are suffering from a pain, what they really need is for the pain to stop.

Labelling them negatively such as “Kau tak cukup beriman”, “Perlu ingat Tuhan”, “Banyakkan berzikir”.

These label do not help in any way. In fact, it can make matter worsen.
I cannot emphasise enough of how important it is the support from us, to help them to get better.

If you don’t agree with my thread, I only have one word you.

“Yang tak mengalami takkan memahami.”

In order to spread the awareness, we will be organising Seminar Kesihatan Mental
Take a look of how different it is the brain of someone who has depression with someone who isn’t.

The depressed brain activity reduced significantly, making them unable to be happy or to enjoy simple thing in our life.
Now look at someone who has Anxiety Disorder.

Their electrical brain activity goes haywire and over active, making them to be overthink, anxious, over concern to the point them everything feels overwhelmed.
Bipolar is a disorder when someone has two extreme mood.

Too happy (mania) or too sad (depress). Living with this is a nightmare. It’s tiring and really affect one’s everyday life.

Their brain shows overflow of blood (red) and really low (yellow) making their moods extreme.
Borderline Personality Disorder (BPD) is really scary. The brain that process negative emotion (anger or sadness) are so active that a simple sad feeling feels like the world coming to end.

BPD affect someone’s emotion really hard that this usually affect their relationship.
You’ve heard OCD right? One of the most overused mental disorder.

Suka susun barang dah kata OCD.
Tak boleh tengok senget dah mengaku OCD.

Itu namanya perfectionist.

OCD ni lagi teruk tau. Sampai orang tu akan berulang-ulang buat benda tu. Kalau tak buat, dia raasa stress gila
PTSD atau kita faham sebagai Trauma ini antara yang tahap kronik.

Childhood abuse, traumatic event etc, biasanya penyebab PTSD. Tak ada ubat setakat ni.

Ingat kisah kawan aku yang kena rogol tu? Ya, dia ada PTSD sebab usia sangat muda dia lalui pengalaman ngeri macam tu.
That friend sebab dibiar tanpa rawatan, dia mula develop macam-macam jenis disorder lain.

Paling kronik, DID. Atau kita kenal as Split Personality.

Ya dia ada 3 personaliti. Aku baru pernah sembang dengan 2 personaliti, memang totally rasa macam sembang dengan orang berlainan.
Ada banyak lagi jenis Mental Disorder yang lain. Cerita takkan habis.

Point aku ialah, harap kita dapat layan pejuang-pejuang ini dengan adil dan seperti manusia lain.

No stigma, no perli, no label.

Support them in anyway you can, walaupun just jadi pendengar.
Bila dengar kawan ada kanser, kita rasa kasihan.

Bila dengar kawan ada mental disorder, we should feel the same.

“There is no health without mental health.”

Kita jumpa di Seminar Kesihatan Mental bulan Mei nanti.

#TogetherWeCare 😊

Sekain. https://event.wecare.my 
Oh ya aku terlupa.

Aku ada create satu platform untuk para penghidap kecelaruan mental ini berkongsi kisah mereka.

“MENTAL - Perjuangan Dalam Senyap”

Boleh baca kisah mereka.

https://mental.aimanpsikologis.com 

Sekain.
You can follow @AimanPsikologi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: