Menyewa VS membeli rumah, mana satu yang lebih baik untuk jangka masa panjang?

Ini hanya pendapat saya, tidak bias kepada mana mana pihak.
Untuk kita long term effect, banyak faktor perlu diambil kira, antaranya :

1. Kenaikan gaji
2. Kenaikan harga rumah
3. Interest rate
4. Inflasi
5. Kenaikan sewa
So untuk memudahkan perbandingan kita tidak perlu tekankan sangat bahagian pengiraan.

Tengok gambar di bawah, di German dan Switzerland, tidak sampai 50% pun rakyatnya yang memiliki rumah.
Tambahan lagi kita sebagai golong millennial sering bertukar kerja, kita tidak pasti lagi nak settle down di mana.

Membeli rumah mungkin membuatkan kita berfikir beberapa kali untuk tukar kerjaya.
Tapi ada yang kata, kalau dah beli pun apa salahnya. Kalau tukar tempat kerja nanti sewakan jela.

Well tak semua orang boleh layan karenah penyewa setiap bulan dan belum tentu sewa dapat tampung bayaran bank
Untuk lebih praktikal, kita ambil contoh mudah. Sewa di OUG, Jalan Klang Lama paling murah RM1,100-1,200. Kalau beli pula installment bank minimum RM2,000 sebulan jika harga rumah sekitar RM400k.

Secara kasar anda dah jimat RM1k disini.
Apa yang penting adalah anda buat apa dengan lebihan RM1k ni, jika invest selama 30 tahun dengan pulangan RM10%, anda dapat lebih kurang RM2.2 mil semasa bersara.
Jika anda beli pula rumah tersebut untuk duduk, dengan anggaran kenaikan harga rumah sekitar 3%, value rumah selepas 30 tahun adalah RM980k.

Kenapa 3% sahaja, rujuk carta kenaikan harga rumah dibawah. Purata hanya sekitar 3-5% sahaja setahun.
Jika anda ingin membeli rumah untuk duduk, ingat yang anda telah mengikat komitmen selama 30 tahun. Kalau tak mampu bayar rumah anda akan dilelong.

Jika menyewa pula, bila bila masa sahaja anda ada pilihan untuk pindah ke tempat lain. Jika tak mampu bayar sewa, anda dihalau
Jika anda beli rumah, berlaku perkara tak diingini seperti hilang kerja, anda tidak boleh downgrade lifestyle dengan membeli rumah yang murah.

Kalau menyewa, anda masih ada option untuk menyewa rumah yang lebih murah.
Situasi A: Beli la rumah, nanti at least kalau meniggal nanti anak bini ada tempat berteduh

Jawapan: Jika anda sudah pampasan takaful yang mencukupi, inshaAllah tak perlu risau lagi pasal kelansungan hidup family selepas ketiadaan anda.
Jadi beli waktu nak beli, beli anda dah ready financially. Pastikan jika beli, bayaran rumah tidak lebih 30% gaji. Apa guna ada rumah tapi makan pun bercatu.

Muda ni fokus pada kerjaya, tingkatkan income, simpan dan labur.
Lebih kurang 18,000 kes bankrap disebabkan hutang rumah dari tahun 2012-2016.

Tapi jika dapat peluang beli rumah murah seperti rumah Selangorku, grab la jika anda dah bersedia.
Ataupun jika dah betul mampu, boleh la beli rumah. Yang jadi bahaya bila bayar bank je dah 50% gaji. Baru rumah, belum campur kereta lagi.

Thread ini perbandingan duduk vs sewa. Bukan sewa vs property investment.
You can follow @mohdkautharr.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: