‘Dipukul, dirogol, dijerut hingga mati dalam sebuah bas sebelum mayat dibuang di kawasan perumahan’
Kisah tragedi Suzaily Mukhtar
Al-Fatihah
Kisah tragedi Suzaily Mukhtar
Al-Fatihah
Kisah pembunuhan Suzaily, graduan Kejuruteraan Komputer dari United Kingdom menggemparkan negara sekitar tahun 2000. Kejam dan tragik!
Arwah ketika kejadian hendak mendaftar ke tempat kerja di Pantai Medical Centre Klang dan hari itu adalah hari pertama bekerjanya
Arwah adalah merupakan satu-satunya puteri dalam keluarga juga merupakan seorg anak yg sgt baik serta jadi harapan keluarganya
7 Oktober 2000, Suzaily keluar ke tempat kerja dgn menaiki bas ke Klang bagi daftar diri ke tempat kerja baharunya. Ketika itu jam 7.30 pg
Suzaily menaiki bas Permata Kiara, no WDE 4256. Mangsa satu-satunya penumpang yg tinggal seleps penumpang lain turun di perhentian masing2
Pemandu bas, Hanafi Mat Hassan melencongkan perjalanan bas. Mangsa panik dan cuba melepaskan diri melalui pintu kecemasan namun terkunci
Oleh kerana tingkap bas yg sgt gelap, tindakan mangsa mengetuk dan beri isyarat dalam bahaya melalui cermin tingkap bas adalah gagal
Namun begitu, seorang saksi, pelajar sekolah sempat melihat mangsa dalam bas dan cuba mengekori bas namun gagal kerana hanya naik basikal
Tiada siapa yg tahu nasib gadis tersebut sehinggalah mayatnya ditemui ditinggalkan di sebuah kawasan perumahan yg masih dalam pembinaan
Bersama dgn mayat mangsa adalah pakaian mangsa berupa baju berlengan panjang, skirt labuh. Mangsa ditemui 3 hari selepas kejadian
Dengan penemuan mayat mangsa, siasatan dilakukan dan disahkan mangsa dipukul, dirogol sebelum dijerut hingga mati dengan kain dalam bas
Suspek, Hanafi Mat Hassan ditahan di stesen bas dan pada awalnya menafikan tuduhan dan tidak tahu keberadaan mangsa ketika hari kejadian
Tertuduh dlm pembelaannya mendakwa mangsa keluar tergesa-gesa dari bas. Tertuduh kemudian mendakwa kononnya kawan tertuduh juga ada di situ
Hanafi membela diri dgn alasan mangsa bukan penumpang terakhir, dia pinjamkan bas pada seorg kawan lain, mangsa kelam kabut keluar dari bas
Namun begitu pihak pendakwaan mengemukakan 16 pembuktian ikut keadaan (circumstantial evidence) yg sgt kuat dan kukuh serta sukar diragukan
Dalam pembuktian, jika tidak dpt dibuktikan keterangan langsung (direct evidence) contohnya lihat sendiri rogol, bunuh, pukul maka...
Keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) contohnya kesan air mani, kesan darah boleh menyokong kuat pendakwaan asalkan kukuh
Jadi antara 16 pembuktian termasuk kesan air mani dlm rahim mangsa dan lantai bas, loket mangsa yg disimpan tertuduh serta no siri tiket bas
Bukti paling kuat adalah air mani tertuduh dalam rahim mangsa. Juga darah mangsa dan air mani tertuduh atas lantai bas tersebut
Pembuktian ini yg paling kukuh dan langsung tidak dapat dinafikan dan dipatahkan tertuduh. Penceritaan tertuduh jadi tidak laku & tergantung
Tertuduh berhujah dia bersama seorg kawannya saksikan mangsa keluar dari bas dlm keadaan gopoh. Namun gagal bukti kawannya ada bersama
Bukti seterusnya, tiket bas yg ditemui dlm beg tangan hitam mangsa jenama Guess yg ditinggalkan di tepi jalan oleh tertuduh juga slip bank
Beg tgn tersebut dibuang di sekitar Lebuh Raya Keluli. Isi kandungan beg adalah tiket bas, slip bank mangsa yg tertulis no tel rumahnya etc
Tulisan no tel yg ditulis tgn oleh mangsa dikenalpasti oleh tunang mangsa. Bukti paling penting adalah tiket bas tersebut
Syarikat Bas Permata Kiara guna sistem bernombor bagi setiap tiket bas yg dikeluarkan dan juga setiap satunya direkodkan dgn teliti
Tertuduh diberi kunci bas & juga kod 4 angka bagi dimasukkan dalam mesin tiket. Kod tersebut adalah 6095, kepunyaan tertuduh sahaja kod itu
No siri tiket Suzaily adalah 010956 dan disahkan oleh ketua tiket syarikat bas yg tiket tersebut datang dari mesin dgn no kod pemandu 6095
Bukti seterusnya kesaksian seorang pelajar sekolah yg melihat sendiri mangsa dlm keadaan tidak terurus mengetuk tingkap cermin bas, panik
Saksi hanya berbasikal & sempat mengekori separuh jalan sebelum bas menghala ke kawasan yg tidak diketahui. Namun dpt lihat mangsa menangis
Mangsa dipercayai telahpun dicabul ketika itu kerana saksi lihat mangsa tidak berpakaian juga rambut kusut masai serta menangis minta tolong
Pembuktian seterusnya pula adalah kehadiran bas tertuduh di projek perumahan yg sdg dibina. Beberapa pekerja jadi saksi di situ
Menurut saksi lain (2 org motorcyclist), tertuduh melondehkam seluar dan berjalan menuju ke arah mangsa. Namun, tertuduh nmpk saksi tersebut
Kemudian terus kembali ke tempatnya dan memandu ke kawasan yang tidak diketahui. Mereka cuba mengejar namun gagal kerana bas dipandu laju
PUSPAKOM dlm siasatan ke atas bas tersebut sahkan emergency exit dikunci dan semua pintu dikawal oleh suis pemandu. There’s no way out !
Sekitar jam 9, bas tersebut singgah di kwsn perumahan dan seperti diberitahu saksi, berhenti selama 30 minit. Mereka syak sesuatu
Saksi beritahu pemandu kemudiannya membuang pakaian keluar melalui pintu penumpang bas. Kemudian tertuduh keluar dari bas. Mereka dekati bas
Pemandu bas hanya katakan mahu rehat sebentar disitu sebelum meneruskan semula perjalanan. 7 Okt, jam 3 petang, supervisor jumpa myt mangsa
Hal ini bawa kpd penahanan tertuduh yg sdg berada dalam bas tersebut di stesen bas pada 10 Okt 2000. Turut ditemui telefon motorola star tac
Tunang mangsa sahkan telefon itu kepunyaan mangsa yg dia belikan ketika belajar bsama di United Kingdom. Sekaligus kuatkan pembabitan suspek
Pada malamnya, polis geledah rumah suspek dan jumpa loket kepunyaan mangsa disorokkan dalam botol bedak talkum blkg pintu bilik tidur suspek
Ketika serbuan, isteri suspek (isteri ke-4) baru saja 2 minggu melahirkan anak. Suspek terus diminta beritahu lebih maklumat
Penemuan doc lain seperti dokumen bank ditemui dalam longkang sekitar jalan raya Majlis Perbandaran Klang, dibuang suspek juga beg tangan
Siasatan dapati mangsa dijerut dgn kain sebelum kepala dihantuk berulang kali pada objek keras. Ada kesan lebam dan cedera pukul pd mangsa
Tertuduh mengaku pandu bas tersebut pd hari kejadian namun nafi rogol, larikan, bunuh, pukul, dan buang mayat mangsa
Namun pendakwaan berjaya membuktikan kes yg kukuh dan kuat yg membawa tertuduh utk dituduh bawah rogol dan bunuh. Hakim jatuhkan hukuman
Keadilan ditegakkan dgn tertuduh jalani hukuman gantung sampai mati. Keluarga mangsa kesal krn tertuduh hanya tersenyum & tek rasa bersalah
Kes ini sgt beri impak kpd negara. Keselamatan wanita dipertingkat dan juga isu cermin kenderaan hitam dibahaskan pada kenderaan awam
Pembunuhan sgt kejam dan tidak berperikemanusiaan. Seorang wanita yg jadi harapan keluarga jadi mangsa kerakusan manusia lain
Tidak kira lelaki atau perempuan, perlu hati-hati. Penjenayah sudah semestinya 100 langkah ke hadapan untuk jadikan kita sebagai mangsa
Kes pembunuhan Canny Ong, pemegang black belt takewando yg dirogol, dibunuh, kemudian dibakar dan dikambus simen juga mengejutkan negara
Insyallah, next akan share ttg Canny Ong. Kisah tragis hanya kerana tertinggal kad parkir kereta dalam kereta yg bawa kepada pembunuhannya
Mohon maaf jika ada yg terkesan dgn kisah ni. Ambil pengajaran dan iktibar. Penjenayah sentiasa 100 langkah ke hadapan dari kita. Ingat tu!
Kalau fikir jenayah zaman dulu kurang compared dengan skrg, think again. Jenayah takkan pernah berhenti dari jadi kejam, tak kira zaman