Himpunan kisah kisah seram UIA Petaling Jaya
(1998-1999-2000)
belek belek TL saya di profil,
pastinya ramai pernah membaca soal dan balas saya bersama bekas bekas pelajar student UIA PJ(matriculation centre)
masing masing sudi berkongsi pengalaman.
terima kasih.
apa kata,
saya himpunkan di dalam satu thread untuk bacaan bersama.
ayuh mula!
pertama sekali ingin saya tekankan,
thread ini hanya untuk bacaan ringan sahaja,
bukanlah ada niat untuk taksub pada kisah seram,
atau sengaja memberi rasa takut pada sesiapa yg membacanya.
jadi bacalah dengan fikiran terbuka dan thread ini juga bukan untuk mengungkap imej buruk
terhadap Pusat Asasi PJ yg menjadi tempat terhormat buat individu yg pernah menimba ilmu di Pusat Asasi PJ.

kisah saya himpunkan adalah berdasarkan pengalaman beberapa individu dan cerita diperturunkan senior ke junior semasa beberapa rakan saya yang pernah belajar di IIUMMC.
tq
kisah satu,
saya bagi tajuk,
"DIA" yang di sebalik kain jemuran.

kisah ini berlaku kepada seorang remaja junior yg baru lagi selesai minggu taaruf(minggu orientasi)

malam itu,
dia dan rakan sebiliknya berbual kosong,
setelah jam menunjukkan hampir 1230 malam,
timbul rasa
detik hatinya untuk ke bilik air sambil membawa baldi yg penuh dengan baju kotor dan perkakas untuk mencuci baju.
cukup saya namakan pelajar ini dan rakannya sebagai Zaid dan Hakim.

Zaid mengatakan niatnya untuk membereskan semua pakaian kotor,mencuci dan menjemur malam itu juga
rakannya mengesa agar,
biar keesokkan harinya sahaja dia mengerjakan semua itu,

"kau tak nak teman aku,Kim?"ujar Zaid.

Hakim cuma mengeleng kepala seraya berkata
"tengoklah kejap lagi aku datang kat kau,tempat jemur baju hujung blok,aku tak boleh janji,kau pergilah cuci baju"
balas Hakim.
Zaid pun tanpa melengah masa pergi untuk membasuh ke semua baju kotornya di bilik air di hujung kolej.

pada tahun 1999,kolej 9 tingkat ini didiami oleh pelajar lelaki.
setiap tingkat kolej ada deretan bilik pelajar kiri kanan dan dipisah dengan koridor menuju ke
tempat bilik air dan tandas.
tandas dipisahkan bersama bilik air/mandi pelajar.
di sebelahnya kawasan tempat jemuran baju yg terletak di setiap penjuru hujung bangunan kolej.
di sebelah tandas dan bilik air/mandi pelajar ada tangga kecemasan dan pantri kecil.
di hadapan lif pula,
setelah koridor ada tempat ruangan khas bagi pelajar yg mahu mengulangkaji pelajaran.

ketika Zaid leka membasuh segala pakaiannya,
dia terdengar bunyi org berdehem kecil seakan suara Hakim.

"Kau ke Kim?"

tiada sahutan jawab dari sesiapapun di ruang mandi/bilik air.

Zaid pun
segera bangun sambil mengemaskan segala pakaian yg sudah dibasuh dan hanya tinggal menjemurnya sahaja lagi.

"rasa nak patah juga pinggang lama sangat mencangkung dan menyental kolar baju putih pakai untuk ke kelas ini"getus Zaid dalam hatinya.
Zaid pun menuju ke tempat ampaian
baju,
Tiba tiba,
Zaid terkejut kerana Hakim ada di tempat ampaian baju sambil dirinya membelakangi Zaid.
Kelihatan Hakim sedang berdiri menghadap kawasan padang di hadapan kolej kediaman tersebut.

"Lah kau Kim
bila masa kau kat sini?"Zaid tergelak kecil.
tiada juga sahutan jawab
dari suara susuk tubuh yang dikiranya Hakim tadi.

"peduli aku,janji aku jemur baju ini dulu"luah Zaid dalam hatinya lagi.
Selesai menjemur segala seluar baju.
Zaid pun berkata,
"penat gila Kim,seminggu baju kotor ini kumpul,baru malam ini kasi settle semua,jomlah Kim,balik bilik
ujar Zaid.

individu dikiranya Hakim teman sebilik tidak juga menyahut.

"Kim,kau nak lepak sini sorang sorang ke?dah pukul 130 ni Kim"

akhirnya terdengar suara sahutan kecil.

"ag ah dulu"sambil gestur kepala digerak sedikit ke arah tepi menanda menyuruh pergilah dulu.namun
tubuh yg dikira Zaid rakan sebiliknya tadi tetap tidak menoleh.

Zaid pasti itu kawannya kerana dari seluar bola pendek paras lutut berwarna hitam dan singlet yg seperti dipakai oleh Hakim tadi.

"aku pergi masuk bilik dulu Kim,kau jangan lepak lama lama kat luar ni Kim"
kata
Zaid.
Zaid pun melangkah pergi menuju bilik meninggalkan individu yg dikiranya rakan sebiliknya Hakim,
ketika lalu di depan pintu tangga terbuka bersebelahan pantri kecil,
Zaid terasa ada "orang" memerhatikannya,dia terasa melalui ekor matanya seperti ada seseorang berdiri di
tangga,Zaid menoleh.
Tiada siapa di situ,
Zaid mempercepatkan langkah dan memasuki bilik.
cuba teka?
apa berlaku seterusnya.
Kawannya,Hakim sedang nyenyak tidur berdengkur dengan mengenakan pakaian serupa dengan individu yang sama ditemui membelakanginya di ruang tempat jemuran,t
tadi.
seluar hitam bola paras lutut kain licin sama dan singlet putih sama.

"Kim,bangun"sambil Zaid menepuk lembut bahu kawan sebiliknya.

Hakim terjaga dalam keadaan separa sedar,mamai.

"nape!aku nak tidurlah Yid"balas Hakim.

"tadi kau ada pergi tempat ampaian?"Zaid bertanya
pada si Hakim.

"mende merapek ini Yid,aku kat bilik je dari tadi,tak pergi mana pun,aku tidur,kau gerakkan aku dah kenapa Yid?"

Zaid terasa seram dan bulu tengkuknya mula berdiri.

"Habis itu siapa kat ampaian tadi?aku tak main tipu kau Kim"kata Zaid.

"kalau macam itu,jomlah
kita pergi tengok"ujar Hakim menguap kecil dan mengosok biji matanya.

"tak apalah Kim,kita tidur je lah",aku salah tengok kot kata Zaid lagi.

Malam itu,Zaid tak habis fikir,pengalaman dilaluinya membuatkannya serik untuk membasuh baju dan menyidai baju malam malam buta.
Zaid
juga berfikir,
"kalau itu betul betul Hakim,
kenapa cepat pula dia sampai bilik sebelum aku?,padahal tiada laluan lain menuju bilik selain satu koridor sahaja.

selesai kisah satu.
perlu saya ingatkan thread ini agak panjang kerana penceritaannya berbentuk seolah novel pendek.
tq
kisah seram kedua,
bertajuk:
"orang sebelah"

kisah ini agak kompleks sama ada berlaku di kolej kediaman lelaki atau perempuan.

kisah di mana seorang pelajar yg gemar mengulangkaji pelajaran sehingga larut malam.

saya simpulkan/konklusikan berlaku di kolej lelakilah ya.
boleh?
tok tok!
terdengar daun pintu diketuk perlahan.

"siapa itu?"ujar pelajar sedang khusyuk leka mengulangkaji pelajarannya.

dia bingkas bangun dan membuka pintunya.

belum apa apa terdengar jeritan kencang memecah kesunyian malam.
membangunkan penghuni bilik berdekatan untuk
memeriksa apa sebenarnya berlaku.
pelajar ini pengsan sambil tangannya masih kaku merapat ke dada.
beberapa orang pelajar dari kuliah jurusan IRK(Islamic Reveal Knowledge)yg pintar akan selok belok agama membaca beberapa potongan ayat suci al quran
bagi memulihkan semangat pelajar tadi.

Malam sudah kian larut.
terdengar hanya titis titis hujan yg kian reda di luar blok setinggi megah 9 tingkat menghadap padang bola yg luas.
Lampu simbah menerangi padang bola terletak berdiri melangit di 4 penjuru padang bola suda dimatikan
Pelajar ini cukup saya namakan Amir.
Amir sering dipanggil "budak nerd skema" oleh rakan rakannya.
manakan tidak,
Amir seorang ulat buku dan sering menghabis masa mengulangkaji pelajaran dan setiap kali ujian,
markah tertinggi sudah menjadi makanannya.

Malam itu,
dalam leka dan
menelaah pelajarannya,
Amir seraya menoleh jam loceng dibucu meja.
Jam menunjukkan pukul 230 pagi.
rakan sebiliknya sudah lena diulit mimpi.

Amir mengeliat bagi melegakan rasa tengkuk dan tanganya di depa ke kiri kanan dan ke atas.
regangan badan itu sedikit memberi rasa selesa
pada anggota badannya yg sudah berjam jam lamanya duduk di atas kerusi menghadap buku.

tok!tok!tok!
berulang lagi dalam nada ketukan cukup perlahan.
Amir bingkas bangun merapati pintu,
tangan sebelahnya sudah memegang tombol.
hanya tinggal memutar untuk membuka pintu.
namun niat
Amir untuk terus membuka pintu terhenti dahulu.

di benak fikirann,
mungkin ada pelajar rakan sekelas dari bilik lain ingin meminta maggi atau makanan kering lain darinya.

kebetulan juga sedang hujan,
biasanya pelajar selalu lapar di malam hari mencari makanan dari rakan rakan
mereka.

tok!tok!tok!
daun pintu diketuk kembali.

"Siapa?kalau nak tanya maggi,maggi aku dah habis,esok baru nak pergi beli kat 14(seksyen 14,PJ).

tok!tok!tok!
pintu diketuk kembali.
tiada sahutan.

"siapa!"ujar Amir dalam nada agak sedikit meninggi.

"orang sebelah ini"!
Amir
merasa lega kembali,
ternyata rakannya dari bilik sebelah.
getus Amir di dalam hati:
"ada juga teman buat teman study sama sama ini"garis senyum mula terlakar dari bibirnya.

Amir segera memulas tombol pintu,
pintu terkuak.

"orang sebelah" yg disahut dari individu yang mengetuk
daun pintunya tadi ternyata orang yg hanya mempunyai sebelah(separuh)badan sahaja.

dup dup dup!terlihat organ jantung berdengup dari tubuh makhluk tersebut.

ketika makhluk itu mula memutar badannya mengiring di hadapan Amir,
kelihatan tubuh itu seolah olah terbelah dua.

arghh!
jeritan Amir memecah sunyi malam,
bergema di seluruh ruang koridor,
membangunkan pelajar pelajar dari bilik berdekatan.

rebah dan pengsan tak sedarkan diri.

kisah kisah seram di dalam thread ini
masih panjang.

kisah ketiga:
sila baca pautan di bawah,tq. https://twitter.com/meccaelbernardi/status/1528186278960693249?t=3y7gJUWvRrIxGoNKM4xTzA&s=19
Kisah Keempat,
"dia yang mengendong bayi"

kisah keempat berlaku terjadi pada seorang pelajar yg mengambil jurusan BEN(Bachelor English).
sebut BEN satu UIA tahu akan keseruan dan pelajar pelajar yg mengambil jurusan ini dikenali kelompok paling "up to date" "in trend" ketika itu
Syawal,
mengambil jurusan Inggeris(Bachelor English@BEN).
malam itu dia bersama rakan rakannya sekelas sedang berlatih teater di dewan berhampiran masjid UIA PJ.

Setelah penat menjalani sessi latihan bersama sama rakannya,
mereka duduk di atas lantai dewan sambil masing masing
berborak kosong.

Salah seorang rakannya mesra disapa Elis pelajar perempuan yang di dalam UIA bertudung di luar tidak bertudung.
Elis seorang pelajar lincah dan periang perwatakkannya.

"Wal,minggu ini weekend DV8 nak?lama tak club since masuk UIA ni Wal"pelawa Elis kepada
Syawal.

"Tengok keadaan dulu Elis,tak boleh janji"Syawal seolah olah dalam keadaan teragak agak sama ada mahu menerima pelawaan Elis ataupun tidak.

"Korang berdua bila nak insaf?Jangan jadi macam kes ada student yang senior cerita sudah"sampuk kawannya bernama Akmal yg sempat
mencuri dengar perbualan Elis dan Syawal.
"Cerita apa pula Mal?aku tak dengar cerita apapun"balas Elis lagi.

"korang nak dengar?aku singkatkan,
dulu kata senior,ini tak tahulah.kalau dia tipu,jadi maknanya bukan salah aku.Apa dia cerita,aku cerita kat korang baliklah"balas Akmal
"korang perasan tak toilet belakang ATM
Commerce Bank(dikenali sebagai CIMB bank zaman sekarang)tepi dewan ini?
ada pelajar perempuan terlanjur sampai mengandung anak luar nikah dengan boyfriend dia,boyfriend dia bukan student sini,student U lain.situlah pelajar perempuan itu
buang janin dia,cleaner jumpa masa hendak cuci toilet pagi pagi.korang tahu macam mana boleh kantoi?cleaner lapor pada fellow dan fellow spot check semua student perempuan yang sakit masa itu dan tak datang kelas sebab alasan apa"kata Akmal lagi.

"so?kau ingat aku tak reti jaga
diri ke Mal?kau ni benaklah.kau jangan pikir aku open minded aku zero bab ni Mal"balas Elis lagi.

"Tak,aku tak habis cerita lagi yg senior ni cerita Elis,yg fellow perasan masa itu,ada seorang student dari kolej F*C budak H* tak datang kelas,seminggu dah lepas kejadian cleaner
jumpa janin bayi itu,budak itu pihak fellow call ya mak ayah dia,dia punya cerita sedih gila Elis,Wal.
student itu dah meninggal sebab sakit.mak ayah budak itu tak nak cerita banyak.
bila ditanya pihak fellow,
mak ayah budak perempuan itu cuma kata meninggal di rumah dan banyak
hilang darah.
kasihan gilakan?korang rasa ada kaitan tak dengan janin yg cleaner jumpa tu?lagi seram Wal,Elis.adalah senior cerita juga.tak tahulah.aku cerita je dengan korang balik.ada hantu perempuan bawa bayi selalu berlegar dari block kayu dua tingkat ceruk hujung UIA ini ke
kolej student.
Fellow stay bawah blok UKC,dia pernah jumpa.seram gila,jom baliklah.kita berlatih lagi esok ok"Akmal mengakhiri kisah seram tersebut.

Mereka yg menghadiri latihan teater itu pun semuanya bersurai dan menuju ke kolej kediaman masing masing.

Sepanjang,Syawal berada
tiada pula dia mengalami kejadian aneh dan seram.Malahan dia yg tinggal di blok kolej kediaman beratap biru UKC di depan padang ala ala binaan apartmen berhampiran post kawalan jaga, menempatkan 3 orang pelajar di dalam satu ruangan rumah juga tak pernah mengalami kejadian pelik.
"ah Akmal mana boleh percaya sangat cakap dia itu,entah entah saja nak cari point suruh si Elis itu jangan "liar" sangat"sambil mulutnya menghembus asap rokok Dunhill 7 batang sekotak.
Pandangan matanya masih lagi menghadap ke arah jalan raya berhampiran padang besar yg dipisah
dengan pagar yg mengelilingi UIA.
cuma ada dua tiga buah deru enjin kereta menyeri sunyi malam yg kian sepi.

berhampiran dengan jalan raya itu juga ada satu perhentian bas di mana di situlah pelajar pelajar UIA selalu menunggu bas Metro no 30 jika hendak ke Pasar Seni,KL.
Tiba
tiba,sorot matanya seakan akan terpaku dengan satu sosok yg sedang duduk di perhentian bas itu,sosok itu bangun sambil membawa seakan akan seorang ibu sedang mengendong bayi,
sosok itu memandang ke arah padang.
Berjalan ke depan menembusi pagar.

"Ah sudah,apa pula benda menatang
aku nampak ini?keluh Syawal

Cahaya dari lampu neon jalan kuning keoren orenan jelas membantu memperlihatkan sosok tersebut.

Sosok lembaga itu,
membuatkan Syawal seakan akan terpaku dan hanya mampu berdiri di tingkap kolej kediamannya.

jelas sangat jelas,
sosok yg itulah
diceritakan oleh Akmal sewaktu latihan teater.
Sosok itu seakan akan menunduk merenung apa yg sedang dikendongnya.

perlahan lahan,
sosok itu memandang ke arah tingkap tempat Syawal yg sedang asyik memerhatinya.

dan kemudian ia menghilang begitu sahaja.

Syawal segera menutup
tingkap dan beredar ke arah tempat tidurnya.

maka malam itu terjawablah,sama ada itukah sosok yg diceritakan oleh senior ke Akmal.

berselubunglah Syawal di bawah selimut dengan seribu satu tanda tanya yg masih berlegar di dalam benak fikiran.
sama ada di antara persoalan antara
percaya atau tidak.
Bagi menyedap kata hati,
Syawal hanya mengira itu hanya ilusi permainan matanya.

Kisah kelima.
Sergahan di balik pintu tandas.

Kamil,
junior batch baru seminggu selesai menghadiri sessi minggu taaruf(minggu orientasi)membuka satu satu butang baju batiknya.
kita berhenti rehat dulu.
setelah selesai pekerjaan saya,
saya akan mula meyambungnya semula nanti.

perlu diingat:
thread ini hanya untuk bacaan ringan dan buat pengemar bacaan seram.
saya kurang gemar hal jumpscare.
signature penulisan saya "no jumpscare"
ada 12 kisah semuanya.
sambungan:

Kamil merebah tubuhnya di atas katil,
lama kelamaan matanya seakan akan makin melayu perlahan lahan terpejam dan lena,
azan maghrib berkumandang ke azan isyak.
Kamil bukanlah seorang yg begitu menjaga sholat.
Dia hanya menghadiri sholat jumaat itupun atas sebab satu
aturan iaitu pihak UIA itu sendiri mewajibkan setiap pelajar lelaki datang ke masjid yg terletak di dalam pusat asasi.

tambahan pula,
rakan sebiliknya Shahrul juga sekepala dengannya yg suka tuang kewajipan sholat 5 waktu.
Sejadah berlipat di bilik hanya buat alas seterika baju
bagi mereka berdua.

malam semakin menghampiri jam 2 pagi,
Shahrul rakan sebiliknya juga sudah belayar jauh dibuai mimpi.

Kamil bangun gara gara perutnya meragam memulas kerana hendak buang air besar.

Kamil mencapai tuala dan melilit tuala di pinggang bingkas bangun menuju ke
tandas.

di tandas,dia memilih tandas yg paling hujung.

"gila jugak tandas kat ABC ini,
dinding kalau ada org panjat boleh mengintip org sebelah tengah melabur"tawa kecilnya.

binaan pada tandas adalah binaan dinding pemisah antara satu sama lain tidak mencecah hingga ke siling
tidak seperti binaan di rumah.

setelah meletak tualanya pada pintu tandas,

Kamil pun mencangkung melepas hajat.
selesai membasuh bahagian punggung dan menarik flush tandas.

Kamil yg baru sahaja ingin mencapai tuala yg diletaknya di pintu tandas,disergah oleh seorang dari luar.
"orang" tersebut memanjat pintu tandas dan menyergahnya.

"aku tumbuk muka kau kejap lagi,sia sia hidup kau"getus Kamil dengan darah sudah mendidih ke kepala.

"orang" tersebut hanya tergelak memandangnya.
tangannya masih berpaut dari luar pintu tandas dengan kepala dan separuh
badannya masih bergayut dari luar pintu tandas.

Kamil hilang sabar dan membuka pintu tandas.

Tubuh Kamil seolah olah terpaku,rasa marah mendidih dengan "orang" yg bergurau kasar dengannya tadi automatik bertukar menjadi seram sejuk dan tubuhnya longlai rebah di situ juga.
Kamil sedar sedar sudah berada di katil biliknya.

"Kau ini Mil,agak agaklah nak pengsan.nasib kau pakai boxer dan towel,kau pengsan bogel macam mana,tak kau malu?"gelak Shahrul.

"Habis macam mana aku dah ada kat bilik?"tanya Kamil lagi.

Farid budak architech dengan kawan dia
papah kau bawa balik bilik.Kau penat sangat ke sampai pengsan kat bilik air.
dah kau tidur dah nak pukul 5 pagi dah ini.Kau kenapa Mil?tanya Shahrul.

"benda" tu Rul,benda tu.separuh badan dia dari kepala ke dada aje ada.dari dada ke kaki tak da.usus terburai Rul.aku tak tipu kau
aku nakal nakal aku,bab ni aku serius Rul,"benda tu bergayut dekat pintu tandas sergah aku Rul,aku ingat budak sama batch kita saja nak bergurau sergah aku.aku buka pintu.itu yg aku nampak Rul,aku takut Rul"ujar Kamil yg mula menitikkan air mata jantannya

Kisah keenam.

Buku
📒
Bard membelek satu persatu helaian muka surat buku dihadapannya.
Tumpuan mata memandang jauh keluar tingkap.

Sekali sekala pandangan mata dilontar jauh jauh bagi merehat mata yg sudah berjam jam lamanya menghafal segala isi penting buat ujian akhir semester nanti.

terdengar
hiruk pikuk jeritan team rugby UIA sedang mengadakan latihan rugby di luar bangunan 9 tingkat kolej kediamannya itu,

Bard sengaja meletakkan meja pembelajaran menghadap tingkap agar rasa luas dan selesa baginya untuk belajar.
Kebiasaannya meja belajar menghadap dinding dan
pelajar suka melekat nota nota penting di dinding.

rasa angin sepoi sepoi bahasa meniup dari luar tingkap menyapa wajahnya.

Teman sebiliknya,Radzi berada di studio architect dan memilih untuk pulang lambat,
pesan kawannya tadi.

pap!
lampu simbah padang bola padam menandakan
sessi latihan rugby sudah berakhir.
Bard beruntung kerana mendapat bilik yg menghadap padang bola.
dari bilik yg menghadap sesama bilik lain di seberang bangunan kolej kediaman atau bilik yg menghadap rimbunan pokok pokok di belakang kolej menghadap longkang besar di sebelahnya.
Bard mula terasa mengantuk dan lama kelamaan mata tetap digagahnya untuk menghabiskan segala telahan akhir buat ujian akhir semester nanti.
Dia sedikit bersyukur kerana jurusan diambilnya hanya mensyaratkan bahasa arab sebagai asas dan inggeris pula harus examted(lulus cemerlang)
mata semakin berat,
tiupan angin dari luar tingkap berkembar dua di hadapannya itu masih terbuka luas.
langit malam kian gelap menyepi tanpa bintang.

Bard menyilang kedua dua tangannya di atas meja,
"lelap kejaplah,kalau tidur atas katil nanti,selesa sangat.terlajak tidur sampai
esok.tak boleh sambung study pulak,
si Radzi pun belum balik.dah pukul berapa dah ni.dekat pukul satu dah.
kepala diletak di atas tangan disilangnya tadi di atas meja.
Bard lena dengan nyenyaknya.terasa sangat selesa walaupun tidur duduk di kerusi sambil berbantal lengan di atas
meja.
jarum jam semakin berdetik beralih ke jam berikutnya.

terdengar selakan helaian demi helaian buku.selakan yg laju umpama ditiup angin.

pintu bilik terbuka dan pap!

Buku itu jatuh menghempap bahagian ubun ubun kepala Bard.

Bard terjaga dan bangun menoleh ke arah pintu,
"Kau agak agaklah nak gerakkan aku pun,kau campak hempas buku ini kat kepala aku dah kenapa kau?gila kau Dzi"rengus Bard memandang Radzi dan Fakhrul yg masih tercegat melopong mata terpaku di depan pintu bilik.

"wey,aku dan Fakhrul tak masuk bilik lagi,Rul kau nampak tak aku
nampak tadi?aku jahat aku tak da nak dajjal kau Bard"balas Radzi.

"apa kau nampak,ke kau saja bergurau setan?dah komplot dengan Fakhrul kenakan aku?balas Bard dalam nada agak marah.

"buku,buku yg ada kat depan kau Bard.Buku itu,bergantung seolah olah ada "orang" yg pegang selak
satu persatu muka surat dia,dia macam buku itu "orang" pegang dan orang itu kita tak nampak.macam terbang Bard buku itu,sejengkal terapung apung atas kepala kau.lepas itu betul betul jatuh kena atas kepala kau.aku dan Fakhrul tak tipu Bard,sumpah!"balas Radzi dalam nada yg masih
ketakutan.

kisah ketujuh.
tajuk:Ubat gigi😁

Selesai makan malam,Taufiq pun duduk seketika untuk membiarkan perutnya hadam lawas seketika.
rasa kenyang itu juga menyebabkan seribu kemalasan dan kalau diikutkan nak saja berbaring atas katil melingkar umpama ular sawa kekenyangan.
You can follow @meccaelbernardi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: