Allahuakbar. Siren baru berbunyi di sekitar Masjid Al Aqsa. Dilaporkan Briged Al Qassam telah melancarkan peluru berpandu ke arah Jerusalem sebagai tindak balas pendudukan tidak sah Israel di Sheikh Jarrah dan Al Aqsa. Doakan mereka! #SavePalestine https://twitter.com/JatIkhwan/status/1391754864145797124
Peluru berpandu dilancarkan oleh Briged Al Qassam ke arah bandar-bandar di Israel setelah Israel gagal untuk patuh kepada tuntutan mengosongkan Sheikh Jarrah dan Al Aqsa. Kali terakhir peluru berpandu dilancarkan ke sana adalah pada 2014.
Hamas baru saja mengaku yang pihak mereka bertanggungjawab melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Jerusalem sebentar tadi. Ini sebagai permulaan.
Media Israel melaporkan beberapa roket anti-tank telah jatuh di Jerusalem.
Sekurang-kurangnya 10 peluru berpandu dilancarkan oleh Briged Al Qassam dari arah Gaza menuju Jerusalem. Siren dan amaran dikeluarkan di banyak tempat.
Dilaporkan satu peluru berpandu telah kena tepat ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Zionis.
Saat dimana peluru berpandu dilancarkan dari Tebing Gaza ke arah Jerusalem sebentar tadi. Dilaporkan penduduk Israel kini bertempiaran lari.
Gambar menunjukkan kenderaan tentera Zionis terbakar akibat peluru berpandu yang dilancarkan oleh Briged Al Qassam.
Israel mula melancarkan serangan balas peluru berpandu untuk memintas (intercept) peluru berpandu oleh Briged Al Qassam. Keadaan sangat kritikal sekarang.
Allahuakbar. Briged Al Qassam tidak berhenti melancarkan serangan peluru berpandu dari Tebing Gaza ke arah Israel sekarang. Israel membuat serangan balas dengan mensasarkan kepada peluru berpandu Briged Al Qassam.
Di bahagian Bab Al Amud, kedengaran rakyat Palestin bersorak apabila peluru berpandu dilepaskan ke arah Israel. Amaran dikeluarkan Israel kepada penduduknya untuk mendapatkan tempat berlindung. Mereka sedang bertempiaran lari.
Video menunjukkan kenderaan Zionis terbakar hangus selepas peluru berpandu Briged Al Qassam kena tepat ke atasnya.
Penduduk Israel mula berlari mendapatkan perlindungan selepas peluru berpandu dilancarkan oleh Briged Al Qassam.
Parlimen Israel atau Knesset dilaporkan telah dihentikan sebentar tadi akibat serangan bertubi-tubi dari Gaza. Tentera Zionis akan melancarkan serangan dalam skala besar. Doakan Palestin!
Seorang anggota kanan Hamas Mohamed Abdullah Fadhi terbunuh di Utara Gaza. Briged Abu Al Mustaffa berjanji Israel dan pemimpinnya akan membayar segala keganasan dan pencerobohan ke atas Al Aqsa dan Sheikh Jarrah.
Setakat ini serangan peluru berpandu Israel dilaporkan telah membunuh 9 orang rakyat Palestin termasuk 3 orang anak kecil. Dijangkakan Israel akan terus membuat serangan ke atas Gaza menjelang malam.
Detik-detik sebuah kenderaan milik tentera Zionis meletup selepas sebuah peluru berpandu Briged Al Qassam mengenai tepat ke atas sasaran.
IDF telah diberikan kebenaran untuk melancarkan serangan ke atas Gaza.
Azan Maghrib berkemundang saat ini dari Masjid Al Aqsa. IDF memberitahu Hamas bahawa mereka akan menyerang Gaza untuk beberapa hari ini dengan kekuatan tentera yang menyeluruh. Allahuakbar doakan Palestin!
Seorang lagi kanak-kanak disahkan maut di Gaza. Pihak berkuasa telah mengeluarkan 4 nama kanak-kanak tersebut. Al Fatihah buat mereka. Tenanglah, pergilah bersama Tuhanmu:

Ahmed Ibrahim Abdullah Al-Masry
Ibrahim Youssef Al-Masry
Muhammad Ali Naseer
Mohammed Abdullah Fayyad
Jet pejuang Zionis baru saja mengebom sebuah rumah penduduk di Tebing Gaza. Ketua Angkatan Tentera Zionis mengatakan mereka sedang merangka pelan untuk melawan serangan Hamas, termasuklah mengerahkan tentera di daratan. Doakan Palestin!
Allahuakbar kelihatan api sedang marak berhampiran Qubbat As Sakhar atau Dome of The Rock di Masjidil Aqsa tadi. Doakan Palestine!
Agensi berita Israel melaporkan Israel mengarahkan semua sekolah dalam radius 40 kilometer dari Tebing Gaza ditutup rentetan serangan tidak henti antara Briged Al Qassam dan IDF.
Allahuakbar Allahuakbar im shaking now. Kebakaran besar sedang berlaku dalam Masjid Al Aqsa. Ya Allah lindungi Masjid suci kami ya Allah. Teruskan doa untuk Palestin!
Siren berbunyi lagi. Briged Al Qassam meneruskan serangan peluru berpandu dari Tebing Gaza menuju Israel selepas waktu berbuka tadi.
Ketika Al Aqsa dalam api, di sebalik tembok pula penceroboh Israel bergembira melihat kebakaran.
Wakil Briged Al Qassam memberi amaran kepada Zionis jika mereka terus menyerang rumah-rumah di Gaza, demi Allah Briged Al Qassam akan membalas dan beri serangan yang paling menyakitkan dan memedihkan.
Lagi gambar kebakaran sedang berlaku dalam Al Aqsa berhampiran Dome of The Rock. Agensi berita lokal melaporkan tentera Israel mula menceroboh masuk ke Al Aqsa dan campak grenade.
Alhamdullilah Ya Allah kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba Palestin. Teruskan berdoa untuk Palestine!!!
Satu video baru saja direleased yang menunjukkan sebuah kenderaan Zionis meletup terkena peluru berpandu Briged Al Qassam di Tebing Gaza.
Agensi berita Israel melaporkan Iron Dome telah memintas beberapa peluru berpandu oleh Briged Al Qassam yang tembak dari Gaza menuju Tel Aviv. Iron Dome adalah sebuah teknologi oleh Israel untuk pertahanan bagi memintas peluru berpandu jarak dekat.
Ketika langit mereka dihujani peluru berpandu dari kedua belah pihak dan ada sesetengah yang lain sedang melawan tentera Zionis yang ceroboh masuk Al Aqsa, ada juga yang pilih untuk solat Isyak dan Teraweeh. Doakan mereka!
Keadaan tegang di sekitar Masjid Al Aqsa. Ketika iqamat untuk Isyak dilaungkan, tentera Zionis mula mencampakkan bom tangan dan gas pemedih mata. Mereka ini sebenarnya sedang siap sedia nak Isyak dan Teraweeh.
Kalau dengar betul-betul, setelah Ummul Kitab, Imam baca surah Al Qiyamah. Suatu surah yang dimulakan dengan sumpah.

"Aku bersumpah dengan hari Kiamat. Dan aku bersumpah dengan Nafsul Lawwamah bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati."
Gambar diambil oleh agensi berita Al Qastal sebentar tadi. Ketika yang lain sedang membalas bom tangan tentera Zionis dengan batu, mereka ini pula bersujud pada Allah Azzawajala.
Sekurangnya 20 orang telah mati syahid dan 65 yang lain cedera. Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan turut tercedera. Tentera Zionis kini mensasarkan kawasan yang diduduki oleh penduduk Palestin. Tolong doa untuk mereka!
Pertembungan terus berlaku di luar Qubbat As Sukhra atau Dome of The Rock. Semakin ramai tentera Zionis memasuki perkarangan Al Aqsa dan melepaskan bom tangan.
Sementara itu, Briged Al Qassam masih terus menerus melepaskan peluru berpandu ke arah Israel namun hampir semuanya berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh Iron Dome Zionis laknatullah.
Ketika ini kedengaran masjid-masjid menggunakan menara dan pembesar suara meminta semua pejuang Palestin merapatkan saf dan terus melawan tentera Zionis. Demi Hari Kiamat, Allah dan para malaikat sedang menyaksikan. Doakaan mereka!
Kawasan penduduk di barat Tebing Gaza baru saja terkena tembakan peluru berpandu tentera Zionis. Doakan keselamatan mereka!
Laman Twitter rasmi Zionis berbangga Iron Dome mereka berjaya memintas peluru berpandu dari Gaza. Laknat Allah ke atas kalian wahai Zionis. https://twitter.com/IDF/status/1391840686366986245?s=19
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan mesej kepada Zionis dengan mengatakan jika kamu terus mencabar kami, kami akan terus membalas. Jika kamu menyerang dengan kuat, kami pun akan menyerang yang lebih kuat.
Ketika ini serangan peluru berpandu Israel masih bertubi-tubi ke arah Tebing Gaza. Mereka laknatullah mensasarkan kawasan penduduk awam Khan Yunis di Barat Tebing Gaza. Semalam 6 orang Yahudi cedera setelah peluru berpandu Briged Al Qassam jatuh di Ashkelon.
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan 22 orang telah mati syahid termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan wanita tua. Sejakbmalam tadi, Israel mensasarkan kawasan perumahan awam. Sekurang-kurangnya 120 orang cedera parah.
Walaupun Tebing Gaza diserang peluru berpandu Zionis laknatullah tanpa henti, namun pemuda-pemuda Palestin yang berani bermati-matian melindungi Masjid Al Aqsa. Video menunjukkan saat tentera Zionis berundur dari Masjid Al Aqsa dan pemuda-pemuda Palestin ini melaungkan takbir.
Sekarang lebih kurang jam 7 pagi di Tebing Gaza. Briged Al Qassam baru melancarkan peluru berpandu ke arah Israel. Wakil Briged Al Qassam mengatakan jika Israel tidak menyerah kalah, mereka akan menjadikan Ashkelon ibarat neraka.
Seorang lagi rakyat Palestin telah mati syahid di Kem Shati. Israel mensasarkan kawasan-kawasan penduduk awam dan kem-kem perlindungan. Demi Allah Zionis akan dilaknat hingga kiamat.
2 orang lagi disahkan mati syahid di Kem Perlindungan Shati. Seorang lelaki tua kurang upaya dan anak lelakinya ditemui di bawah timbunan runtuhan. Ini menjadikan 3 orang telah mati syahid di Kem Shati. Di sekitar Gaza juga boleh dilihat beberapa bangunan awam terbakar.
Video yang diambil di Ashkelon sebentar tadi menunjukkan Iron Dome milik Zionis laknatullah memintas peluru berpandu dari Gaza. Ashkelon ialah sebuah bandar yang terletak 50km dari Tel Aviv. Menurut agensi berita Israel, lebih 200 peluru berpandu telah dilepaskan Briged Al Qassam
Briged Al Qassam menyatakan mereka menggunakan peluru berpandu jenis A120 ke atas Israel dan bersumpah akan terus menyerang Israel selagi mereka tidak keluar meninggalkan Palestin. Gambar menunjukkan persediaan Briged Al Qassam sebentar tadi.
Video menunjukkan Briged Al Qassam sedang melancarkan peluru berpandu jenis A120 yang pertama kali digunakan oleh mereka menuju Ashkelon. Peluru ini mampu ditembak sejauh 120km.
Serangan oleh Briged Al Qassam dari Tebing Gaza diteruskan lagi. Agensi berita Israel melaporkan siren amaran telah dibunyikan di beberapa tempat seperti Mivtachim, Amioz dan Yesha. Mereka percaya serangan Briged Al Qassam kini mensasarkan tempat-tempat tersebut.
Gambar menunjukkan peluru berpandu baru saja dilepaskan oleh Israel menuju kawasan-kawasan di Tebing Gaza. Doakan penduduk Palestin!
Dilaporkan tentera Zionis mula meninggalkan Masjid Al Qibli di dalam Al Aqsa setelah mendapat halangan daripada penduduk Palestin yang berada di sana sekarang. Tiada pertempuran berlaku di Masjid Al Aqsa ketika ini.
Setakat tengah hari waktu Malaysia, Kementerian Kesihatan Hamas melaporkan 24 orang telah maut termasuk 9 orang kanak-kanak. Tenanglah mereka bersama Tuhan sekarang. Amin.
Sebuah kenderaan dilaporkan terbakar setelah terkena bom tangan molotov cocktail oleh penduduk Palestin di bandar Gush Etzion. Kawasan ini adalah betul-betul dihadapan Barat Jerusalem.
Gambar-gambar kemusnahan di Kem Perlindungan Shati yang diserang oleh Zionis laknatullah pagi tadi. Di kem ini menyaksikan 3 orang Palestin telah mati syahid termasuk seorang orang kurang upaya.
Sebuah kawasan di selatan Israel bernama Kerem Shalom baru saja membunyikan siren amaran kepada penduduknya untuk melindungi diri. Pejuang Briged Al Qassam baru melepaskan peluru berpandu menuju selatan Israel.
Media Israel melaporkan pihak polis dan tentera Zionis kini mengarahkan 8 briged kumpulan simpanan mereka untuk mengawal ketegangan yang sedang memuncak di Jerusalem.
Satu video baru muncul yang menunjukkan beberapa orang pemuda Palestin di kawasan Al Lid melemparkan batu ke arah tentera Zionis yang lengkap bersenjata. Dikhabarkan seorang telah maut terkena tembakan.

Batu lawan senjata api.
Video daripada kejadian malam tadi ketika tentera Zionis yang lengkap bersenjata cuba menceroboh masuk ke Masjid Al Aqsa.
Mesir ketika ini menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel dalam rencana untuk gencatan senjata. Namun wakil Briged Al Qassam memberitahu bahawa selagi tentera Zionis tidak keluar dari Sheikh Jarrah, Aqsa dan berhenti menyerang penduduk Palestin, mereka akan menyakiti Israel.
Sebuah peluru tentera Zionis baru saja memusnahkan sebuah tanah pertanian di dalam Gaza. Selain mensasarkan tempat kediaman awam, tentera Zionis juga mensasarkan ladang pertanian serta tempat yang dipercayai oleh mereka bahawa Hamas sedang menyembunyikan senjata.
Wakil Briged Abu Ali Mustafa berkata mereka kini bersiap sedia untuk menyerang kenderaan tentera Zionis di sekitar kawasan Khuza'a. Mereka lengkap dengan bom mortar dan peluru berpandu. Briged ini adalah cabang bersenjata parti PFLP.
Media Israel melaporkan 26 orang penduduk di Ashkelon cedera setelah serangan bertubi-tubi peluru berpandu oleh Briged Al Qassam. Menurut mereka, ada beberapa peluru tersebut gagal dipintas Iron Dome.
Penduduk Israel di Tebing Barat mula bertempiaran lari. Laman portal Walla milik Israel melaporkan serangan non-stop dari Gaza membuatkan ramai penduduk mereka keluar dari rumah untuk mencari perlindungan. Allahuakbar campakkan rasa takut dalam jiwa mereka ya Allah.
Masjid Bilal Bin Rabah di Beit Hanoun baru saja ditimpa bom dari kapal udara tentera Zionis.
Video menunjukkan peluru berpandu oleh tentera Zionis yang jatuh di kawasan sekitar Utara Gaza. Yang dapat dilihat di depan itu adalah tembok pemisah.
Seorang pemuda Palestin tercedera setelah terkena peluru hidup di pertempuran di Bethlehem sebentar tadi.
Media Israel melaporkan @IDF sedang menyiapkan senjata mereka untuk menyerang Gaza. Menurut mereka, senjata ini adalah bertujuan untuk "melenyapkan".

Allahuakbar doakan Palestin!!!
Dua orang pemuda Palestin dilaporkan telah ditangkap semasa serbuan oleh tentera Zionis di Tulkarm sebentar tadi. Dalam masa yang sama, kapal laut milik Zionis sedang giat melancarkan peluru berpandu ke arah Tebing Gaza. Zionis laknatullah sedang melipat gandakan serangan.
Tentera Zionis dilaporkan naik ke tempat-tempat tinggi di Bandar Tuqu', selatan Bethlehem sebentar tadi. Dilaporkan pertempuran antara penduduk Palestin yang bersenjatakan batu dan tentera Zionis yang sarat dengan senjata api sedang berlaku.
Helikopter milik tentera Zionis baru saja dilaporkan menembak sebuah bengkel milik penduduk Palestin di kawasan Abasan, timur Khan Yunis. Tentera Zionis telah mengarahkan tentera laut dan udara mereka untuk menggandakan serangan.
Sderot dan Ashkelon dihujani peluru berpandu oleh Briged Al Qassam ketika ini. Namun kebanyakkannya dipintas oleh Iron Dome tentera Zionis.
Media Israel melaporkan Sderot dan Ashkelon mungkin bakal lumpuh melihat kepada banyaknya peluru berpandu dari arah Gaza yang menyerang kedua kawasan itu tanpa henti.
Major General Zionis, Gadi Shamani mengatakan mereka tidak pernah melihat tentangan dari Gaza yang hebat seperti sekarang sebelum ini. Memasuki Gaza melalui jalan darat adalah satu kesilapan besar jika dilakukan.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Hamas, 25 orang telah mati syahid termasuk 9 orang kanak-kanak. Hari ini masuk hari kedua serangan antara kedua belah pihak Hamas dan Zionis. Sebentar tadi majlis pengebumian 25 orang yang mati syahid baru saja dilakukan. Al Fatihah.
Israel pula melaporkan hingga sekarang 9 orang penduduknya rata-rata dari Ashkelon tercedera dan dirawat di hospital.
Jet pejuang Israel baru saja menjatuhkan bom ke atas sebuah apartmen di Al Remal dalam Gaza sebentar tadi. Bunyi letupan yang kuat kedengaran hingga berkilometer. Doakan mereka!
Video menunjukkan sebuah bangunan ditimpa bom tentera Zionis.
Pengeboman aparment di Al Remal menyaksikan 5 orang telah cedera parah termasuk 2 orang kanak-kanak. Menurut Israel, sehingga saat ini lebih kurang 345 peluru berpandu dilancarkan dari Gaza namun 255 telah dipintas oleh Iron Dome.
Pengeboman ke atas sebuah apartment sebentar tadi menyaksikan seorang telah mati syahid dan 8 yang lain cedera. IDF melaporkan pengeboman itu dilakukan oleh skuad dron.
Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz sebentar tadi meluluskan penggunaan 5 ribu orang askar simpanan Zionis untuk dikerahkan masuk ke Gaza.
Seorang kanak-kanak dilihat sedang menangis dan meronta apabila mengiringi ayahnya yang mati syahid akibat serangan tentera Zionis hari ini. Allahuakbar syurgalah buat mereka.
Penduduk di sebuah apartment di Al Remal yang baru dibom sebentar tadi bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Zionis laknatullah mensasarkan kawasan kediaman. 2 telah mati dan 8 cedera parah dalam serangan itu tadi.
Di Hebron pula, penceroboh Israel sedang berarak dengan mengibarkan bendera Israel dan memasang lagu menuju ke Masjid Ibrahimi. Tempat dimana makam Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yusuf, Nabi Yaakub dan isteri mereka ditempatkan. Lokasi ini telah menjadi tempat keagamaan Yahudi.
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan mesej berbunyi:

"Kami telah memberi amaran untuk tidak menyerang bangunan kediaman tapi kamu semua tidak dengar. Sekarang rasakan serangan dari kami yang menyakitkan kamu."
Penduduk awam yang menjadi korban pengeboman oleh tentera Zionis laknatullah ke atas sebuah apartment di Al Rimal sebentar tadi.
Menteri Pertahanan Israel baru saja memberitahu Mesir agar tidak mencampuri urusan peperangan antara Israel dan Palestin serta menolak rancangan perdamaian. Mereka akan menambahkan kekuatan serangan ke atas Gaza.
Pasukan Briged Al Qassam baru saja melepaskan satu siri serangan peluru berpandu ke arah Ashkelon. Pagi tadi mereka berkata, kalau Israel masih terus berdegil, mereka akan jadikan Ashkelon ibarat neraka.
Siren-siren amaran untuk berlindung dibunyikan di Ashkelon dan Negev sejurus serangan peluru berpandu dari Gaza.
10-12 peluru berpandu dari Gaza dipintas oleh Iron Dome Zionis laknatullah.
TV Israel sedang bersiaran langsung menunjukkan Iron Dome milik mereka yang memintas peluru dari Gaza. Hamas berkata mereka kini mensasarkan Ashkelon, Ashdod dan Gakera.
Langsung sekarang ni dari langit Ashkelon dan Ashdod. Peluru dari Gaza dipintas oleh Iron Dome Zionis laknatullah. Kalau tak ada Iron Dome tu, dah lama rasanya hancur binasa Israel.
Keadaan sangat genting sekarang. Siren amaran tidak henti berbunyi di Ashkelon dan Ashdod. Israel melaporkan satu siri serangan 35 peluru berpandu oleh Briged Al Qassam. Boleh dengar kekecohan di sana sekarang. Allah campakkan rasa takut dalam hati mereka.
Dua peluru berpandu dari Gaza jatuh di Ashkelon dan Ashdod setelah gagal dipintas Iron Dome. Allahuakbar!
Siaran langsung sekarang dari Israel. Peluru berpandu milik Briged Al Qassam jatuh di atas tanah Ashdod. Teruskan berdoa agar Iron Dome mereka gagal!
Gambar menunjukkan kawasan di Ashdod yang ditimpa peluru dari Gaza. Namun setakat ini Israel belum melaporkan sebarang kecederaan.
Siri serangan balas oleh Briged Al Qassam ini adalah rentetan daripada pengeboman oleh dron Zionis laknatullah ke atas sebuah apartment di Al Remal tadi yang menyaksikan ada yang mati syahid. Amaran telah diberi oleh merek pada Israel.
Israel sedang ketakutan. Peluru berpandu dari Gaza jatuh secara terus di Ashdod. Dilaporkan ada kecederaan ringan.
Gaza dilaporkan meluaskan lagi kawasan serangan mereka ke atas Israel sebagai tindak balas dan amaran kepada Zionis yang enggan keluar dari Palestin dan mensasarkan kawasan awam. Setakat ini Ashkelon dan Ashdod paling teruk terkena serangan oleh Briged Al Qassam.
Media Israel melaporkan satu lagi siri serangan peluru berpandu dari Gaza sekarang menuju Ashkelon. Nampaknya Briged Al Qassam betul-betul mahu jadikan Ashkelon sebagai 'neraka' seperti mereka katakan pagi tadi.
Satu lagi peluru berpandu dari Gaza yang gagal dipintas oleh Iron Dome. Sasaran jatuh di Ashkelon baru saja tadi. Koresponden media melaporkan keadaan di Ashkelon dan Ashdod sebagai 'mad'.
Gambar kesan peluru dari Gaza yang menimpa Ahskelon sebentar tadi. Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan oleh media Israel. Iron Dome gagal memintas beberapa peluru berpandu dari Gaza.
Israel melaporkan 3 orang cedera akibat serangan oleh Gaza di Ashdod sebentar tadi.
Polis Israel melaporkan terdapat 6 peluru milik Briged Al Qassam yang jatuh di Ashkelon dan 2 di Ashdod. 45 minit telah berlalu dan Gaza masih tanpa henti melepaskan serangan ke atas Israel. Iron Dome telah gagal untuk memintas beberapa peluru Gaza.
Video impak serangan oleh Briged Al Qassam di Ashkelon sekarang. Allahuakbar! Iron Dome tentera Zionis laknatullah gagal memintas berpuluh peluru Gaza.
Media Israel melaporkan 60 peluru Briged Al Qassam menuju Ashkelon dan Ashdod sejak sejam yang lalu. 6 orang cedera ringan dan 17 yang lain dilaporkan mengalami anxiety. Iron Dome gagal!!! Allahuakbar!!!
Media Israel sedang melaporkan mereka tidak menyangka serangan ke atas Ashkelon dan Ashdod dan mula melabel Briged Al Qassam sebagai terrorist! Media barat juga turut memainkan sentimen Palestin sebagai pengganas. Laknat Allah atas mereka yang kafir.
Israel dalam ketakutan setelah Iron Dome gagal memintas peluru berpandu dari Gaza. Teruskan berdoa kawan-kawan di minit-minit akhir nak berbuka. Video impak ke atas Ashkelon sekarang. Iron Dome gagal!!!
Pelabuhan di Ashkelon pula yang kena peluru Briged Al Qassam. Hamas menyebut mereka telah melepaskan 135 peluru berpandu dalam masa 5 minit. Iron Dome gagal!!!!
Briged Al Qassam benar-benar marah. Media Israel melaporkan berpuluh peluru dari Gaza menimpa selatan Israel di Ashkelon, Kfar Azza dan Nir Israel sekarang ini. Iron Dome gagal!!!
Media Israel mula melaporkan kerosakan akibat serangan Briged Al Qassam di Ashkelon.
Sudah 1 jam 20 minit sejak Gaza melancarkan siri serangan ke atas Ashkelon. Pagi tadi, Hamas memberi amaran jika Israel tidak berhenti menyerang rumah-rumah Palestin, mereka akan jadikan Ashkelon ibarat neraka. Iron Dome gagal!!!
Ashkelon kini bertukar menjadi medan perang. Media Israel melaporkan ramai yang bertempiaran lari. Iron Dome gagal!!!!
Di Al Abri, seorang tentera Zionis laknatullah cedera parah setelah diserang oleh penduduk Palestin yang bersenjatakan batu sebentar tadi.
Media Israel melaporkan 21 orang cedera di Ashkelon dan Ashdod sejak 1 jam 30 minit permulaan serangan balas oleh Briged Al Qassam kepada Zionis laknatullah yang mengebom apartmen di Al Remal dimana seorang maut dan ramai cedera.
IDF baru saja mengarahkan pihak polis membantu penduduk di Ashkelon untuk berlindung dalam bunker anti bom. Mereka menjangkakan beratus lagi peluru dari Gaza akan jatuh di Ashkelon dalam masa beberapa jam ini.
Satu lagi peluru jatuh ke sebuah kawasan di Ashkelon setelah Iron Dome gagal untuk memintas.
Beberapa minit yang lalu satu lagi peluru dari Gaza mengenai sasaran di Ashkelon. Peluru berpandu yang terlampau banyak secara serentak telah menggagalkan Iron Dome milik Zionis laknatullah. Teruskan berdoa untuk Palestin! Iron Dome gagal!
IDF mengeluarkan amaran kedua kepada penduduk Ashkelon. 130 ribu orang Israel di Ashkelon diarahkan segera berlindung di bunder anti bom. Menurut media Israel, ini adalah amaran yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini di Ashkelon. Iron Dome telah gagal!
Hamas baru saja mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menggunakan misil jenis S40 ke atas Ashkelon. Demi Allah Ashkelon akan menjadi neraka. Iron Dome gagal!
You can follow @JatIkhwan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: