Covid 19: Nikmat duit dan nikmat hidup sihat.

"Kita boleh bantu, cari jalan utk orang hilang duit, tetapi kita takkan boleh bagi kesihatan yang sama kepada orang sakit sebelum mereka sakit"

Bebenang Covid.
Negara berhadapan keadaan sukar. Kita mahu jaga nyawa, tapi dlm berbuat demikian, kita juga kerugian jutaan ringgit sehari-hari. Jika kita tutup ekonomi kita, kita boleh mengurangkan penularan Covid-19. Rujuk PKP 1.0
Namun penutupan ekonomi juga boleh menyebabkan ramai rakyat terkesan. Mungkin kita akan hadapai masalah kebuluran pula. Sebelum kebuluran, sektor ekonomi akan hilang jutaan ringgit sehari. Susah.
Apa yang kita boleh lakukan? Kita wajib bertindak mengikut keutamaan. Isu kesihatan wajib dianggap isu yang utama dan setiap tindakan kita mesti memastikan kita tidak memberi implikasi buruk kepada isu ini. Kenapa?
Mudah sahaja untuk faham. Lagi ramai sakit, lagi banyak duit untuk dibelanjakan. Duit untuk belanja orang sihat selama sehari jauh lebih rendah berbanding duit untuk tampung kos rawatan pesakit selama sehari.
Ini bermakna jika kita ada dua insan, A dan B. A tidak dapat bekerja kerana lockdown, B tidak dapat bekerja kerana sakit Covid-19. Kedua-dua ini tidak menyumbang kepada ekonomi. Jadi dua-dua perlukan bantuan.
Sudah pasti kos untuk membantu insan A lebih rendah berbanding insan B. Insan A perlu dibantu dari segi makanan dan keperluan asas lain. Insan B, perlu bantuan yang sama, tetapi dengan tambahan kos rawatan. Sudah pasti insan B akan lebih membebankan.
Jadi, kita perlu kurangkan insan B. Di peringkat individu, samada kita jalankan lockdown atau tidak, individu seperti insan B akan ter"lockdown" juga. Kita mahu kurangkan individu seperti insan B.
Jika kita lockdown dan ramai orang tidak bekerja, kita masih boleh bangkit balik selepas lockdown berjaya.
Tetapi kalau negara kita mengalami bencana seperti di India, sudahlah ekonomi terencat kerana ramai orang sakit, kita pula tidak dapat bangkit, kerana mungkin kita kehilangan mereka selamanya.
Baik insan A atau B, kedua-dua bermula dengan masalah yang sama. Komitmen harian/bulanan yang perlu dilunaskan. A boleh cari alternatif, atau diberikan alternatif/bantuan. Insan B? Apa guna alternatif/bantuan kalau tubuh sakit lesu, untuk bernafas sahaja juga perlukan bantuan.
Kita boleh fikir dan cari jalan kalau kita sihat, tetapi sukar kalau kita sakit. Duit berjuta pun tak menjamin gantian untuk nikmat bernafas tanpa bantuan ketika sihat.
Ikhtiar kita semasa PKP 1.0 membuahkan hasil, waktu itu kita tiada vaksin. Insya Allah kita boleh buat lebih baik jika jalankan PKP seperti 1.0, dan mungkin kita tak perlukan tempoh perlaksanaan yang terlalu lama seperti dahulu.
Ada yang perlu berkorban dengan hilangnya punca pendapatan, tetapi ada juga yang berkorban nyawa. Kita boleh bantu, cari jalan utk orang hilang duit, tetapi kita takkan boleh bagi kesihatan yang sama kepada orang sakit sebelum mereka sakit.
You can follow @asyrafsaharudin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: