YB MENTERI BELIA DAN SUKAN KEMUKAKAN CADANGAN UNTUK PERTIMBANGAN SEMULA KEPUTUSAN MESYUARAT SIDANG KHAS MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
Assalamualaikum dan selamat pagi,
Semoga rakan-rakan maya sentiasa sihat sejahtera selalu.
Assalamualaikum dan selamat pagi,
Semoga rakan-rakan maya sentiasa sihat sejahtera selalu.
Pihak KBS mengambil maklum akan pelbagai maklum balas diterima berhubung SOP Sukan dan Rekreasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
KBS sentiasa komited dan konsisten membawa perspektif bahawa sukan bukan sahaja berkait soal aktiviti malah ia turut melibatkan ekosistem
KBS sentiasa komited dan konsisten membawa perspektif bahawa sukan bukan sahaja berkait soal aktiviti malah ia turut melibatkan ekosistem
yang lebih luas lagi. YB Menteri Belia dan Sukan memaklumkan bahawa beliau akan mengangkat semula beberapa cadangan KBS berhubung pendekatan yang lebih wajar terhadap sektor sukan dan rekreasi dalam PKP dapat dipertimbangkan semula dalam Mesyuarat Sidang Khas MKN petang ini.
KBS sentiasa bersama peminat dan penggiat sukan dalam memaknakan “Kita Jaga Kita” khususnya dalam soal kelangsungan hidup dan keselamatan diri daripada penularan jangkitan COVID-19. Dalam masa yang sama, soal kecergasan sama sekali tidak diketepikan.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.