Baru-baru ini series Vincenzo telah menamatkan siarannya pada 2 Mei yang lalu.

Kalau anda perasan dalam beberapa scene, terdapat kemunculan gula-gula yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia iaitu Kopiko.
Macam mana pula Kopiko boleh muncul dalam series Vincenzo? Inilah dipanggil sebagai product placement.

Ianya berfungsi apabila anda membayar sejumlah wang kepada filem ataupun series untuk meletakkan produk anda dalam salah satu scene.
Jadi dekat sini aku nak cerita serba sedikit tentang sejarah product placement dalam filem dan product placement jenis apa yang digunapakai oleh Kopiko.
Product placement dikatakan paling awal muncul adalah pada tahun 1920 melalui filem The Garage.

Dalam filem tersebut, logo Red Crown Gasoline telah digunakan di dinding dan peralatan kedai. Namun tiada maklumat lanjut sama ada ianya dibayar atau tidak.
Pada tahun 1927, product placement sekali lagi digunapakai dalam filem Wings melalui coklat Hershey.

Dalam filem itu, coklat Hershey boleh dilihat apabila ianya dimakan oleh pelakon.
Kemuncaknya pada tahun 1989, Hershey telah membayar filem Extra-Terrestrial sebanyak $ 1,000,000 untuk memaparkan produk gula-gula Reese’s Pieces dalam beberapa scene.

Kesannya selepas dua minggu filem itu dilancarkan, keuntungan Reese’s Pieces telah meningkat dua kali ganda.
Jadi dekat sini product placement sangat penting kerana filem dan series akan ditonton oleh hampir kesemua golongan rakyat.

Dekat situ, syarikat perlu bijak untuk mendapatkan keuntungan daripada pasaran yang besar.
Sekarang ini terdapat 3 jenis product placemen yang anda semua perlu tahu iaitu:

1. Screen placement
2. Script placement
3. Plot placement

Tapi hari ni aku nak fokus kepada screen placement.
Screen placement kebiasaanya memaparkan produk dalam beberapa scene berbentuk gambar.

Produk tersebut tidak akan disebut namanya tetapi miliki peranan yang agak signifikan dalam filem.

Sama seperti Kopiko dalam Vincenzo. Produk itu muncul dalam satu scene di episod ke-14.
Ketika itu watak Park Seok-do telah menghulurkan gula-gula Kopiko kepada watak Yang Joo-eun dan Seo Mi-ri yang sedang berusaha menggodam komputer di galeri seni dari jauh.

Kopiko sekali lagi muncul pada episod ke-16 apabila pelakon utama iaitu Song Joong Ki memakan gula-gula itu
Kesan daripada product placement tersebut secara tidak langsung telah memperkenalkan jenama Kopiko di pasaran Korea Selatan.

Malah, jumlah tontonan yang begitu tinggi ketika series ini ditayangkan memungkinkan Kopiko bakal menikmati keuntungan besar.
Sekarang ini kita pergi kepada drama Melayu pula.

Anda rasa ada ke drama Melayu yang menggunakan product placement untuk mempromosi produk tempatan rasanya macam tiada.

Kerana sarapan pun minum air oren, tak ke pelik tu.
Apa-apapun sudah tiba masanya untuk beberapa filem dan series berprestasi tinggi di Malaysia gunakan product placement.

Mungkin boleh mulakan dengan Upin & Ipin untuk menakluk pasaran Indonesia.
Ini thread tentang dialog dalam series Vincenzo yang sesuai dengan dunia perniagaan https://twitter.com/Azmil_Azali/status/1387686805856677893
Ini pula analisis aku tentang Inzaghi https://twitter.com/Azmil_Azali/status/1387326621351170051
You can follow @Azmil_Azali.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: