MENORMALISASIKAN KELUCAHAN?

Isu tentang komen-komen lucah di tiktok saya hangat diperkatakan. Ada yang kata, itu adalah berpunca dari saya sendiri yang membuat content mengundang fitnah.
Sejujurnya saya tak sedar, semua tu & #39;salah& #39; sebab saya dah biasa berkongsi secara live di fb page, ig, dan ada juga video ini saya upload di youtube selama 5 tahun ini.

Saya juga dah biasa berkongsi di seminar secara terbuka bersama golongan ayah.
Ada yang minta saya berhenti dari platform tiktok demi menjaga maruah wanita.

Saya raikan semua pendapat. Sebab matlamat saya berkongsi lebih kepada nak bantu ibu-ibu yang pernah gagal macam saya dulu, bukan nak raih like atau kejar followers.
Mungkin sebab saya pernah trauma kehilangan anak pertama, jadi saya terlalu beria-ia dalam berkongsi sesuatu ilmu untuk bagi orang faham.

Jadi saya minta maaf, kerana terlalu bersungguh dalam menerangkan ilmu penyusuan dalam bentuk video ini.
Saya dm @akhifairuz_ dan tanya pendapat beliau. Akhi kata teruskan sahaja cuma off comment. Sesuatu yang saya tak terfikir nak buat selama ni.
Ramai yang kata saya salah audiens sedangkan di sana ramai budak-budak. Sebenarnya kalau kalian nak tahu, ramai golongan ibu menyusu di sana. 74% followers saya adalah wanita. Dan saya pernah cuba collect data guna google form, hampir 70% berusia dari 18-27 tahun.
Boleh baca soalan ibu-ibu ini di komen tiktok saya. Betapa ramai yang masih naif dengan asas penyusuan susu ibu. Jadi, salah audienskah saya?
Ada juga yang komen, sampai bila kita nak biarkan kelucahan ni jadi satu perkara normal?

Dan barulah saya faham, perasaan orang yang dirogol bila disalahkan kerana pakaian dan bukan perogol yang bernafsu binatang.
Benar mungkin sayalah yang mengundang fitnah itu hadir dan saya akan perbaiki content saya di sana untuk berkongsi yang asas sahaja. Nak lebih mendalam, mereka kena belajar sendiri di private group.
Tapi jika kita dah cuba jaga sebaiknya, adakah masih golongan wanita ini juga yang patut disalahkan dan bukan lelaki berotak kuning yang dah beranak-pinak tapi nafsu serakah tetap tak berubah?

Wallahuallam.
You can follow @nadmasrom.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: