Pernah tak korang tengok logo-logo perniagaan dan tertanya-tanya, apakah maksud huruf TM atau (R) kecil yang terdapat di sebelah logo tersebut?

Harini aku nak cerita tentang cara nak protect perniagaan korang dengan Trademark Registration.

Macam biasa, ini adalah thread.
First sekali kita bicara tentang 3 jenis protection yang terdapat di negara kita

Pattern - Rekabentuk sesuatu objek. Cth design iPhone atau Design Tudung.

Trademark - Logo atau brand. Cth brand Maggi.

Copyright - Hakcipta melibatkan karya. Cth lagu atau syair atau blogpost.
Dulu masa kes Harimau Menangis viral haritu, sepatutnya, terma yang digunakan adalah:

'Daging Harimau Menangis tu telah dicapdagangkan/ditrademarkkan, bukan dipatenkan'

Bila dah faham beza antara Trademark & Pattern, baru kita boleh proceed kepada Trademark Registration.
Ok sekarang baru cerita beza simbol TM dan (R) di sebelah logo:

TM bermaksud company kau hanya berdaftar dengan MyIPO (Malaysia Intellectual Property), tapi kau belum mempunyai hak sepenuhnya ke atas nama brand yang kau daftar.

(sambung)
(R) bermaksud company kau berdaftar dan kau mempunyai hak sepenuhnya ke atas nama brand yang kau dah daftar. Bila dapat (R), company kau sudah mendapat hak undang undang apabila ada syarikat lain yang cuba tiru nama brand kau.
In other words,

TM tu ibarat Lesen P untuk kereta
(R) tu ibarat Lesen full untuk kereta

Kena dapat TM dulu, baru (R)
MACAM MANA NAK REGISTER TRADEMARK KITA?

First sekali kita daftar dahulu nama brand kita. Nak daftar boleh pergi ke MyIPO di Menara UOA, Bangsar.

Bawak
- SSM syarikat
- Logo brand kita yang dah siap-siap print kat kertas
- Duit (dulu last aku daftar, kena RM370)
Nanti boleh isi borang, lepastu kena buat akad sumpah di Suruhanjaya Akad Sumpah (dekat area situ ada) lepastu register lepastu officially brand ko dah ada TM!
Lepastu apa yang kena buat adalah tunggu untuk dapat pengesahan (R).

Selalunya selepas 6 bulan akan dapat respon (melalui surat).
Selepas 6 bulan, kalau nama brand tu clash dengan nama brand lain atau pelbagai nama generic lain, kau kena buat surat penjelasan berserta bukti kenapa kau layak mempunyai hak ke atas nama brand tu.

(Contoh - dah keluarkan modal beribu untuk buat marketing untuk brand tu).
Setiap kali surat keluar, setiap kali itu juga kau kena bayar (tak silap RM370 jugak) untuk claim itu brand kau.

Dan benda ini akan boleh jadi berlanjutan sampai berpuluh tahun kalau kau nak claim nama brand tu.
Tetapi, kalau nama brand itu tiada clash dengan nama brand lain atau kata nama generic yang lain, kau akan dapat surat Pengesahan dari MyIPO dan your brand is officially protected by the government!

(Oh lepastu kena bayar dalam +/- RM700 lagi)
TIPS BAGAIMANA NAK MEMUDAHKAN DAPAT (R)

Benda yang paling mudah adalah jangan daftar nama brand yang mana perkataan tu sudah wujud dalam kamus. Contoh Pepsi, Swatch, Adidas, Habhal, Jalen - semua perkataan ini tiada dalam kamus.
Tetapi,

Tapi ada juga perkataan yang ada dalam kamus tapi berjaya daftar dapat (R).

(sambung)
Caranya adalah pendaftaran mengikut kelas yang berbeza.

Contoh mudah dan senang faham adalah brand APPLE (makanan) dapat registered untuk kategori mesin dan komputer.

Atau brand dUCk (binatang) untuk kategori fashion.

Atau brand BOMB (besi) untuk produk makanan.
Boleh rujuk gambar untuk 45 Class of Trademark yang diguna pakai di MyIPO.

Kalau nak guna perkataan yang didalam kamus, pastikan guna kelas yang berbeza, kalau tak, jangan mimpi nak dapat (R).
Contoh untuk registration Trademark BOMB aku,

Aku register brand BOMB (kelas 006 -Metal Goods) untuk kategori makanan (kelas 030 - Staple Foods).

And cuba teka dapat ke tak?
Alhamdullilah dapat!!

Lepasni sapa nak tiru buat sos bomb atau makanan bomb lain kita hantar surat lawyer je!

Hahaha takdelah sampai macam tu sekali, it just that brand kita dah fully protected. Bila dah protected, buat business pun rasa selamat je takkan kena tiru.
EH SENANG JE RUPANYA REGISTER TRADEMARK NI?

Ya senang je. Senang jika ada ilmu. Dulu benda ni aku rasa susah nak jumpa kat internet, so sebab aku rasa aku ada pengalaman, aku sharekan.

Hopefully thread ini bermanfaat buat anda semua! Goodluck!

Thread tamat
You can follow @HaridzRosli.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: