Wahai gadis/wanita, sila ambil perhatian.

Kebanyakannya di sini kerana suara dan wangian. Ada disebut di dalam Al-Quran bahawa wanita tidak dibenarkan bercakap dengan suara yang lembut manja ketika bercakap dengan lelaki asing (QS. Al-Ahzab:32)
Kepada yang biasa otp tu, fikir-fikirkanlah.

Jaga maruah. Jangan menggedik dan beraksi manja sama ada di dalam media sosial mahupun di luar.
Jika benar wanita ingin melindungi diri dari menjadi mangsa nafsu syahwat lelaki, ikutlah seperti yang telah dikatakan oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Wajar lelaki terutamanya bapa dan ahli keluarga lelaki untuk menegah wanita daripada melakukan perkara yang membangkitkan fitnah.
Wanita itu adalah fitnah terbesar dan paling bahaya buat lelaki.

Oleh itu kepada lelaki, berhati-hatilah terhadap fitnah wanita. Jauhkan diri dari melihat wanita yang bukan mahram, berdua-duaan dengannya, bercampur dengan mereka dan seumpamanya.

Peliharalah diri dan iman.
Kepada wanita, walaupun kita adalah fitnah terbesar buat lelaki, bukanlah bermakna kita dianggap negatif oleh pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedudukan wanita itu.

Oleh itu, kita mestilah hargai apa yang Islam tetapkan untuk kita.
Mata lelaki ni kenapa sangat menakutkan eh?? Meliar sungguh. Tolong hormat wanita. Jangan pandang sampai macam tu sekali.

Wanita, walau bagaimana teruk pandangan mata lelaki ni, tetaplah menutup aurat dengan sempurna. Setelah itu bertawakal. Berusaha elakkan post gambar.
Lelaki ni sensitif juga dengan sentuhan wanita. Lagi-lagi wanita tu suka dekat-dekat.

Banyak jadi macam ni pada orang yang couple dan berkawan berlainan jantina yang tak jaga batas.

Lelaki jaga diri, jangan dekati wanita dan jangan biarkan wanita mendekati.
Golongan https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="🌈" title="Regenbogen" aria-label="Emoji: Regenbogen"> pun turn on? Perempuan ni, tak kisah pun rupa macam mana, cantik ke tak, tetap juga dapat membuatkan lelaki turn on. Sebab apa yang ada pada perempuan semuanya fitnah buat lelaki: rupa, suara, pergerakan dll.

Sebab tu la lelaki kena berhati-hati.
Perempuan juga.
Panduan nak pakai wangian. Elakkan wangian yang baunya JELAS dan SEMERBAK. Perfume tu la yang paling kuat baunya. Tapi kalau perfume tu bau dia tak kuat dan cuma diri sendiri je boleh bau, pakai la. Kalau tak nak kepam, mandi dengan kerap pakai sabun, pakai deodoran/bedak.
You can follow @nfazrin_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: