Sebuah dialog & penerangan tentang “PENGHUNI DI LAUTAN”

Rahsia yang tak semua manusia tidak ketahui.. THREAD bermula dari sini 👇🏻
Berkenaan di penghuni darat dan juga laut. Kedua2nya ada makhluk yang ganas dan juga merbahaya. Makhluk yang nyata dan juga tidak nyata. Kalini sy cuba untuk kongsikan kpd anda semua tentang lautan yg terbentang luas yg anda sendiri tidak pernah tahu dan ambil tahu.
Amaran.. thread tidak digalakkan kpd yg mengalami penyakit Thalassophobia. Mungkin akan menimbulkan mimpi ngeri dan juga bayangan tak terbatas kpd anda. Jika anda brdegil. Tanggungjawab anda. Thread ni ntuk org2 yg sanggup ntuk mengetahui alam. 🙏🏻
Harap maaf..Thread ini memang panjang. Baca sikit2 tak rasa macam baca buku lah kan. Ini jela perkongsian ilmu free dan layanan bagi org yg brminat membaca. Meow!
Seperti mana yg kita tahu bumi ini hanya Sbagian besar dtutupi oleh lautan sebanyak 71%, sedangkan daratan yg kita tinggal (termasuk benua, pulau, dan kepulauan) hanya trsisa 29%.

Ini kalau darat kena tutup dgn air laut ni memang clear sungguh. Jangan memain dgn kiamat 🤦🏻
Sebenarnya ketika ALLAH SWT menciptakan bumi dulu, jin yang menetap. Apabila ALLAH ciptakan Nabi Adam AS dan kemudian turunkan baginda ke bumi sebagai khalifah, maka, jin yang ada di bumi dihalau ke kawasan pedalaman, hutan, LAUT dan PANTAI.
Manusia menetap dikawasan bumi lapang. Bagaimanapun, dikwsn bumi lapang ini, jin tetap ada tetapi tidaklah sebanyak di kawasan hutan belentara. Itu memang pusat bandar mereka. Sama juga ditengah lautan. Disitulah kerajaan mereka terbina oleh sang ketua perosak (IBLIS LAKNATULLAH)
Didalam lautan dalam yg tidak pernah diterokai manusia terdapat 3 makhluk yg menghuni didalamnya yg berasal dari makhluk Nasmas iaitu
Aadamiyyah Al-Bahr (Bunian Laut), Huuriyah Al-Bahr (Asma Pari) dan Banaat Ar-Ruum (Duyung)
Kaum banaat adalah kaum atau Spesis yg sering kali kita dgr iaitu Duyung...

Mereka memiliki fizikal hybrid ikan separa menyerupai wanita, memiliki rambut yang terurai panjang. memiliki farj (kemaluan) & payudara. Dpt berbicara namun xpt dipahami, mereka tertawa & terbahak-bahak.
itu hanya melindung diri untuk memburu mangsa dari kalangan manusia, sedangkan wajah sebenar mereka yg pucat keputihan dengan gigi2 runcing, mereka hidup Seperti haiwan ganas dilautan yg memburu secara berkumpulan.
Sekumpulan mampu menenggelamkan sebuah kapal Jong(kapal kt bandar melaka) dalam tempoh beberapa minit dan anak2 kapal akan hilang sekelip mata menjadi santapan "Duyung2".
Huuriyah Al Bahr pula berbeza fizikalnya...walau bersirip dan memiliki jari jemari seakan haiwan akuatik dan bermata besar seperti Ikan. Al Bahr lebih mirip kepada humanoid kerana berkaki dan tangan dua...hidup jauh dari manusia dan tidak menonjolkan diri dipermukaan laut.
Adamiyyah pula dikenali sbagai Bunian laut yg memiliki fizikal seperti manusia sama seperti Bunian didarat. Lebih bertamadun dan berbudaya membina bandar2 dan kota moden Jurang2 laut dalam. pernah membuat perjanjian dengan Raja manusia agar menjauhi antara dunia laut dan dunia
daratan bagi mengelak berlaku konfrontasi....kaum Adamiyyah dan Huuriyah dikatakan sama2 menyembah Keluarga Al-Hinn yg dikenali Basa'idun sebagai 'Bapa' dan pengasas Tamadun mereka.

Ni kalau sy terangkan ni pun bkn korang faham pun kan haha sbb rasa macam aku ni aquaman lak🤣
Kewujudan Makhluk2 ini pernah dibahaskan para ulama dalam kitab2 lama Tuhfah al Habib ‘Alaa Syarh al Khatiib, Maniyyatul Mughni Anil Fatawa Sirajiyyah, Ajwibah Az-Zurqani, Hayatul Al-Hayawaan dan byk lagi. Okey yg ni aku belum tafsir sgt pun lgi. Nak bce pun takut. Tkt isim 🤦🏻
Makhluk2 ganas ini sangat sukar dijumpai kerana mereka hidup dilautan yg dalam yg mustahil manusia dpt mengharungi kedalam laut trsebut dengan tekanan yg amat tinggi. Kita xdpt melihat mereka di sisir pantai mungkin sudah dbuat perjanjian pd zaman dahulu kala(wallahu’alam).
Yg telah kita ketahui bahawa dsetiap makhluk2 yg berpenghuni di lautan dalam yg ombaknya berlapis2 sperti diceritakan didalam hadis iaitu singgahsana istana iblis yg dibina oleh azazil untuk menubuhkan satu kerajaan yg kuat yg berada dibumi yg kita jejaki.
Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut. Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

Sbb nak cari tmpt brteduh jgn diperantaan sejuk dan panas. Pernah dgr yg kita elak daripada brteduh sperti stengah badan
Redup sejuk dan stengah badan lagi terpancar matahari panas. Sy sendiri pernah alami situasi ni waktu membina kubu prtahanan semasa latihan kursus kenaikan pangkat di tmpt latihan palapes. Panas terik dan sy brteduh dibawah semak. Masatu sorg, lepastu dtg angin bayu
Meniup shingga naik liang roma. Tak lama kmudian telinga brdesing dan kebas 1 badan. Masatu sorg, cuba ntuk bangun tapi tak boleh. Macam terkaku masatu. Hanya mampu brdoa dan dtg seorang sahabat karib anggota sy juga dan mengangkat sy ke tmpt yg teduh. Dia papah sy pun sy mcm
Trkulai lemah mcm sedar tak sedar. Ditampar2 nya pipi sy supaya jgn pengsan. Tp malangnya, tak dan sampai ke pkok teduh. Sy hilang kawalan dan dibuai mimpi terus. Tumbang dlm brapa meter nak smpai ke tmpt yg lebih selamat. Dengar cerita mmber tu seret je sy smpai ke pokok 🤣
Sbb dia pun dh tak larat sbb kami dh brjalan 21km berjalan kaki dgn senjata penuh. Manamaunya tak seret je kita ni 🤣. Haa ada sbb kenapa dielakkan brteduh separa sejuk spara panas.

Okey dah kita smbung balik.
Dan pernah diceritakan ttg zaman nabi lut iaitu bumi dterbalikkan. Darat dtenggelami air dan menjadi laut. Nak story pasal laut subhanallah tak tercerita betapa besarnya kuasa Allah dan mengerikan jika kita hidup dizaman dahulu kala. Akibat kaum tu penuh dgn pnzinaan dan sjenis.
Dibawah dasar laut ada beberapa jenis makhluk yg amat digeruni dan manusia sendiri tidak sanggup ntuk menyelam ataupun meredahi. Kajian kata palung mariana adalah lautan trdalam. Tetapi kita xtahu betapa dalamnya bahagian yg mnusia belum teroka dan makhluk yg hidup dbawah sana.
mungkin lebih besar drpd sebuah kapal perang. Mungkin kita xdpt melihat dsebabkan tanpa keizinan yg menciptanya supaya manusia dpt rasa ketenangan hidup diatas permukaan laut tanpa brfikir makhluk yg dbawah. Semua tu ada sebab. Wallahu’alam. Tetapi ianya mungkin wujud kot. 🤷🏻‍♂️
Pernah dengar dari bualan seorang wanita yg drasuki. Dan perubatan islam tu brtanya kan kpd nya. Jika aku menghantar kau didalam lautan atlantik disana dgn izin Allah swt adakah kau akan brjanji tidak menyesatkan kaum manusia? Dia berdiam diri sambil tergelak 🤣
Jika aku menghantarkan kau ke lautan pasifik iaitu lautan trdalam didunia. Dia tetap berdiam diri dan ketawa trbahak2. Keras kau ni boleh gelak2.. tetapi ada satu tempat yg kita tidak ketahui dan namanya pun tiada dlm google ataupun media.
Tetapi ada satu ustaz ni aku curi2 dengar. Jika aku menghantarkan kau ke lautan qaldum(tak ingat dh namanya tp sebutan cmtu) iaitu lautan yg paling dalam dan tdk ada seorang manusia dan mesin yg prnah menyelam? Bahkan jin sendiri tidak sanggup untuk menyelam kerana kedalamannya.
Dan para2 jin dan syaitan sendiri tidak sanggup ntuk menyelam dan mengharunginya. Terus dia meronta2 minta maaf dan merayu2 tidak dihantarkan kesana. Dia kata kat sana menakutkan. Raja2 iblis yg kuat ada dsana.
Aku tkt!! Engkau boleh mmbunuhku dgn izin Allah tetapi jgn engkau minta aku dihantarkan kesana.

Okey aku xtahu kenapa para2 jin trlalu takut apabila menyebut ntuk dhantarkan ke lautan qaldum tu. aku dgr pun macam ngeri inikan pula pd jin yg dah tentu ngeri pun tkt ntuk pergi 😩
katanya disana ada kehidupan yg ganas & menakutkan serta jurang penyeksaan bgi para2 jin & iblis apabila tidak melaksanakan tggjwb mmbuat kerosakan kpd manusia. Makhluk2 yg besar & gagah, menakutkn, mengerikn yg ada didlm sana ttpi para manusia tidak dpt melihat dan menemukannya.
Aku rasa mmg wujud la kot sbb dlm alquran pernah menyebut didalam laut ada langit dan ombak dilapiskan ombak dan cahaya tidak ada sdikit pun dpt mnembusi sperti hadis “An-Nuur” iaitu ; Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak
(pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih,apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun." (An-Nuur (24):40)
Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw.
ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”. Mungkin cahaya terang dan gelap boleh jd jugak. Cuba lihat gmbr dibawah. Antara gelap dan cerah. 🧐
makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk
yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Segitiga bermuda ni ramai yg tahu kan tempat tu gempar dengan penuh kmisterian. Haa ni korang kena tahu siapa yang menghuni di laut dan kerajaan siapa yg tinggal disana.
“ISTANA LAUTAN DALAM”

- kerajaan ghaib yang diketuai oleh iblis laknatullah dan juga pengikut2nya.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ إِبْلِيْسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgasananya di atas air (laut) kemudian ia mengutus bala tentaranya.” [HR Muslim]
Kita membenarkan kerajaan jin ada di lautan. Sebagaimana yg dikisahkan oleh Rasulullah SAW dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya singgahsana iblis berada di atas laut. Dia mengutus para pasukannya. Setan yang paling dekat kedudukannya adalah yang paling besar godaannya. Di antara mereka ada yang melapor, ‘Saya telah melakukan godaan ini.’
Iblis berkata kpd para2 laknatullah iaitu syaitan dan jin, ‘Kamu belum melakukan apa-apa.’

Datang yg lain hantar report kpi masing2, ‘Saya menggoda seseorang, sehingga ketika saya meninggalkannya, dia telah bepisah (talak) dengan istrinya.’ Sedakknyaa sting aku yahuuu 🥇
Kemudian iblis mengajaknya untuk duduk di dekatnya dan berkata, ‘Sebaik-baik setan adalah kamu.’

Itu paling baik lah setan buat kt kita semua. Punya harey perangai camtu paling baik. Cemerlang pulak tu. dasar setan. 🤦🏻
“SEGITIGA BERMUDA”

Bermuda triangle, juga sering disebut lautan setan atau juga lautan iblis adalah wilayah di Samudra Atlantik seluas 1,5 juta mil persegi atau 4 juta km persegi yang membentuk garis segitiga antara Bermuda.
beberapa teori dunia menyebutkan kalau segitiga bermuda merupakan sarang dari dajjal, sosok yang akan muncul di akhir zaman nanti. Dajjal sendiri kerap disebut sebagai sang raja iblis yang kini sedang diam menanti di bawah gelapnya lautan bermuda sebelum akhirnya nanti muncul.
Di dasar laut segitiga bermuda terdapat seperti lubang/gua dasar laut. Setelah musim sejuk berlalu, gua ini tertutup. Kira2 cmtula kot 🧐

Arus di dalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya hisap.
Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang terhisap ke dalam blue hole itu tanpa daya, dan anehnya kapal-kapal kecil yang terhisap itu akan muncul kembali kepermukaan laut selang beberapa lama.
Berbalik pd TERBINANYA ISTANA IBLIS DILAUTAN..

Iblis merupakn pmimpin para Syaitan yg bertugas mngajak manusia menuju jalan kesesatan. Makhluk yang bernama Azazil ini dahulunya pernah taat kepada ALLAH SWT, namun ia begitu sombong ketika diperintahkn bersujud kpd Nabi Adam AS.
Sehingga sanggup mengingkari perintah ALLAH SWT, menerima laknat dari ALLAH SWT dan diperintahkan keluar dari Syurga. “Keluar kau dari syurgaku!!” Lalu dikatakan iblis menggigil2 berlari ketakutan sehingga trkencing2 dan kencingnya menumbuhi pokok iaitu “POKOK TEMBAKAU”
Lek luu sap kok luuu... benda air kencing iblis 😂. Jgn marah tau bagi org2 yg merokok. Benda ni kita tak sindir or apa. Insha Allah lambat laun akan brhenti juga merokok. Slow2 betul tak? 😂🤣🙏🏻 benda haram ni mmg payah sikit nak buang hahahahahah 😂😂😂
Allah memasukkan mereka ke dlm neraka & sesungguhnya tembakau adlh tanaman yg keji..”Jika xnk berubah anda tanggung dosa sehingga ke akhirat".

Masha Allah berat sungguh. Haih! Nak buat mcm mana. D-blend power sgt rasanya macam dunhill org kata 🤣 hahaha air kencing setann 😂
Sejak waktu itu, dendam iblis kepada Nabi Adam AS semakin membara. Ia bersumpah akan membuat manusia berpaling dari ALLAH SWT. Segala cara dilakukan untuk menyaingi ALLAH SWT. Membina istana dengan singgasana yang begitu luas.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, lokasi istana Iblis berada di tengah lautan. Bahkan disebut ibarat seperti Arasy di atas air dan dari sanalah juga mereka mengendalikan seluruh aktivitas penyesatan terhadap umat manusia.
Markas besar iblis berada di tengah-tengah samudra. Mereka memilih lautan kerana keluasannya yang mencapai tiga perempat dari luas bumi. Iblis membangunnya dengan tujuan untuk menandingi Arasy (singgasana) Allah SWT.
Ibaratnya sebuah kerajaan, Istana Iblis ini juga dipenuhi dengan pengawal dan pengikut pengikutnya. Iblis mengaturkan kejahatan dan kemaksiatan dari istananya. Kemudian ia memerintahkan bala tenteranya menuju daratan untuk menjalankan tugas menggoda manusia.
Rasulullah SAW menerangkan bahawasanya iblis telah membina singgasananya di permukaan laut. Dari sanalah Ia mengirimkan seluruh bala tenteranya. Yang paling berjaya diantara mereka adalah yang paling byk membuat kerosakkan.

Gelek2 tiktok luu 🤣 nanti kena report kat iblis. 😂
Dari riwayat lain, Abu Said RA menceritakan bhw Rasulullah SAW bersama sahabat Abu Bakar RA dan Umar bin Khattab RA berjumpa dengan Ibnu Shayyad di salah satu jalan di Kota Madinah. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Mahukah engkau bersaksi bahawa aku adalah utusan ALLAH”
Ibnu Shayyad menjawab dengan pertanyaan serupa “Mahukah kamu bersaksi bahawa utusan ALLAH juga?”

Rasulullah SAW bersabda “Aku beriman kepada ALLAH, para MalaikatNya dan kitab kitabNya. Apakah yang sedang kamu lihat (dari perkara ghaib)?”
“Aku sedang melihat sebuah Arasy di atas air,” jawab Ibnu Shayyad.

Rasulullah SAW membantahnya, “yang kamu lihat itu adalah singgasana Iblis di tengah laut. Lalu apalagi yang kamu lihat? ”
"Saya melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular," jawab Ibnu Sayyad.
"Dia telah melihat singgasana iblis," sabda Rasulullah SAW.
menjelaskan bahawasanya Iblis mempunyai banyak tentera dan memilih lautan sebagai istana. Seperti diketahui bahawa luas lautan mencapai tiga perempat dari bumi. Oleh kerana itulah ia menempatkan kerajaannya di lautan agar ia lebih selesa memerintah bala tenteranya yang jumlahnya
sangat banyak sehingga memerlukan pusat kerajaan yang luas. Sedangkan lautan adalah daerah yang sangat luas dari daratan.
Demikianlah tentang keluasan dan kedalaman laut. Tu pun byk sy skip sbb perluasan ilmu tentang laut ni masha Allah!!! Luas sgt2!!! Tak trhitung kalau nak bahas tamadun bagai ni mmg demam nak share. Hahahaha takpela selebihnya korg google je la ya. Ataupun
Cari lah buku2 tentang tamadun islam berkaitan alam nyata dan ghaib. Dan juga lautan yg terbentang luas. Tak rugi dan sgt brfaedah kalau korg tuntut ilmu untuk mengetahui. Tetapi jgn mendalami. 😘
Sekian daripada hujahan sy. Terima kasih kerana sudi membaca dan menunggu thread sy tentang laut ni. Maaf tak dpt nak share semua story sbb besar sgt ilmuan ttg laut ni.

Assalamualaikum wbt... jika silap boleh prbetulkan sy. Jika ada pandangan boleh komen dibawah 🙏🏻 -kheyamir
You can follow @Thehulkey.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: