Ramai orang pernah tengok gigi palsu dan kaki palsu. Tapi tak ramai yang tahu tentang kewujudan mata palsu.

Mata palsu ni ialah sejenis prosthesis juga, materialnya hampir sama dengan material untuk membuat gigi palsu.

#MedTweetMY
Mata palsu ni memang tiada fungsi untuk penglihatan.

Tapi untuk orang yang dah kehilangan mata, contohnya akibat kanser ataupun kemalangan yang teruk, mata palsu ni penting untuk baiki rupa paras mereka. Sekurang-kurangnya, mereka masih kelihatan normal di mata orang lain.
Untuk kanak-kanak, penggunaan mata palsu ni lebih penting lagi bagi anak yang kehilangan mata, contohnya akibat kanser.

Sebabnya, tulang muka mereka masih lagi dalam proses pembesaran. Prosthesis ini akan membantu utk menyokong pembesaran yg simetri antara kiri dan kanan muka.
Cuba tengok lukisan pada mata palsu ni. Lengkap saluran darah. Ada pelbagai warna iris juga. Kalau ada yang nak menyamar macam kucing, sebelah mata coklat sebelah biru pun boleh juga.

Bahagian putih mata (sklera) juga diwarnakan sedikit kekuningan supaya nampak lebih asli.
Mungkin ramai yang kenal mendiang raja Thailand ni. Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya salah satu dari mata beliau ialah mata palsu akibat suatu kemalangan.

Rasa-rasa boleh teka tak, prosthesis mata tu ialah pada mata kanan atau mata kiri?
You can follow @Lael_Ophthal.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: