Lawak Yang Tak Lawak

Waktu kes Ain Husniza hangat dua hari lepas aku ada duduk bersembang dengan kawan.

Aku tanya betul ke sekarang makin banyak cikgu buat lawak lucah, zaman kita sekolah dulu tak ada ke cikgu buat lawak macam tu atau budak sekarang manja?

1/7
Aku tersedar zaman kita sekolah dulu pun ada cikgu yang macam ni, kita layan je gelak sebab kita pun tak sedar benda tu salah. Kita anggap benda ni lawak.

Tak ada siapa ajar kita benda tu salah. Jangan tipu diri sendiri lah, mesti sekolah kau pun ada cikgu macam ni.

2/7
Zaman kita internet tak digunakan secara meluas, sumber informasi dan ilmu kita dari buku, guru atau TV. Kalau dapat yang jenis peel malas baca buku, maka TV dan guru je lah sumber ilmu.

3/7
Bicara pasal sentuhan selamat, hubungan berlainan jantina pun tak ada di kalangan keluarga. Benda ni tabu dalam masyarakat.

Jadi kita tak anggap benda tu salah. Sebab satu, kita tak tahu dan dua kita rasa kelakar.

4/7
Beza dengan sekarang makin luas penggunaan internet, hampir semua orang ada smartphone. Apa sahaja perkara mudah untuk tular dan dihebahkan.

Ilmu pun di hujung jari. Kita boleh belajar apa sahaja kita nak belajar hanya dengan smartphone.

5/7
Budak sekarang pun makin jelas apa salah dan apa betul. Jadi tak adil untuk kata budak tak tahu apa-apa.

6/7
Itu je lah. Adik aku pun nama dia Ain, kalau benda ni jadi kat adik aku rasanya aku bawa parang ke sekolah jumpa cikgu tu.

Kepada adik @ant33ater ,
go fight this!

#MakeSchoolASaferPlace
#SembangSahur
You can follow @khairizulfadhli.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: