Secara hakikatnya,

semua lelaki yang normal adalah mereka yang mempunyai syahwat kepada wanita.

Tetapi yang membezakan lelaki itu baik atau jahat adalah kepandaiannya dalam mengawal syahwat sendiri, menghormati & melindung wanita melalui tutur kata dan perbuatannya.
Sebagai lelaki, kami meminta maaf atas sesetengah lelaki yang jahat mencabul, merogol, melakukan gangguan seksual, melucahkan fizikal wanita dan pelbagai lagi perbuatan terkutuk yang mereka sudah lakukan.

Penjahat seperti itu perlu dapat hukuman yang berat atau setimpal.
Saya harap para wanita terus percaya masih ada lagi para lelaki yang baik di sekeliling anda.

Yang boleh menjadi pemimpin, pelindung anda, yang memperjuangkan hak wanita mengikut syariah Islam bagi yang muslim.
Sekali lagi saya minta maaf jika sepanjang perjalanan hidup anda sebagai wanita bertemu dengan lelaki yang jahat sehingga mengganggu atau memudaratkan mental & fizikal anda
Saya tiada alasan apa-apa untuk membela kaum sejantina saya jika mereka jelas bersalah.

Yang bersalah, kekal bersalah.
Yang dianiaya, harus dilindungi sebaik mungkin.
Saya harap kesÂČ yg berlaku baru-baru ini atau sebelum ini ttg kejahatan yg dilakukan oleh sesetengah lelaki terhadap wanita, memberi pengajaran kepada kita kaum lelaki supaya belajar menjadi mu'minin bukan sekadar muslimin.

Seperti kawal nafsu, jaga tutur kata & perbuatan dll
Itu saja permohonan maaf dari saya walaupun bukanlah saya yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Cuma setiap kali kes-kes seperti ini berlaku, terbit rasa bersalah saya pada kaum wanita kerana wujudnya lelaki jahat yang salah menggunakan kelebihan diri yg diberikan oleh Allah.
Buat kali terakhir, saya meminta maaf banyak sangat-sangat bagi pihak kaum lelaki yang jenis tidak terdetik, teringin, terlintas untuk melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk terhadap wanita.

Jaga diri.

JazakAllahukhair 🌿
You can follow @AmirulRuslam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: