Wujud ke mazhab dalam agama Kristian?đŸ€”

Dari mana datang istilah Kristian ini?🧐

Apakah itu konsep triniti dalam agama Kristian?😼

Mahu tahu lebih lanjut? Mari baca untaian ini.🌿

@PenghuniTeologi

#UntaianPT #PenghuniTeologi
Assalamualaikum gais, hi! Hehe

Jadi kita kembali dalam rancangan yang jarang-jarang dibuat sebab amirul busy sakat feminis.

Tapi bulan puasa ini gue cuba behave sikit lah, haha

Okay, kali ini ianya ttg Ilmu Perbandingan Agama, atau dlm omputih dikoba ea “Comparative Religions”
Hari ini topiknya tentang Agama Kristian iaitu antara agama yang besar di dunia selain Islam, Hindu dan Buddha.

Korang jangan ingat aku agungkan agama Kristian atau nak ajak korang masuk Kristian bulan Ramadan ni. Nauzubillah min zalik, hoi. Haha
First clear our mind, just mindset it’s just for our knowledge okay? Let’s get started!

Yahuuu!
Macam biasa, aku bahagikan by subtopic with elaboration.

1. Sejarah & Pengenalan
2. Asas-asas ketuhanan
3. Simbol & Istilah Kristian
4. Kitab Bible
5. Bagaimana terjadi pecahan mazhab akidah dalam Kristian.
6. Perbezaan antara Katolik, Protesten & Ortodoks
7. Konklusi.
1. SEJARAH & PENGENALAN

Agama ini bersandarkan kepada kehidupan dan segala ajaran Nabi Isa atau Jesus.

Dlm Al-Quran agama ini lebih dikenali dgn nama Nasrani bersandar tempat kelahiran iaitu di Nazareth.

Jesus ini dilahirkan oleh seorang wanita perawan yg bernama Maryam/Mary.
Jesus lahir di daerah Palestin ketika itu negara diperintah oleh kerajaan Rom. Beliau seorang Yahudi kerana ibunya seorang Yahudi.

Sesuai dengan adat bangsa Yahudi, beliau dikhatankan selepas berusia 8 hari mengikut Kitab Perjanjian Lama.
2. ASAS-ASAS KEPERCAYAAN & KETUHANAN:

Okay yang ini first of all aku nak cakap permulaan bab ini secara umum je dulu tau.

Sebab kalau ikutkan setiap mazhab Kristian yang majoriti akar kepercayaan diorang dah berbeza-beza.

Nanti kita masuk deep deep sikit.
2.1 TRINITI

Tahu nescafe atau Milo 3 in 1?
Takde kene mengena.
Biasalah dahaga di bulan puasa.

Okay dari sudut pegangan ketuhanan mereka iaitu TRINITI ini adalah konsep 3 in 1 atau 1 in 3 iaitu

-Tuhan BAPA
-Tuhan ANAK
-ROH KUDUS/SUCI
Mereka ini menganggap jesus ini anak tuhan, ketiga-tiga unsur ini nampak macam berasingan, tapi hakikat ianya adalah tetap dalam satu.
Konsep TRINITI ini dikenalkan oleh Saint Paul, haa Saint Paul ini siapa?

Haa beliau ini asalnya antara orang yang kuat menentang ajaran Jesus yang terus disebarkan selepas kematian Jesus.
Tapi selepas beberapa tahun kematian Jesus, Saint Paul ini claim iaitu dia mendapat “Yaqazah” bukan Yakuza ye anak-anak.

Yaqazah ini maksudnya dapat berjumpa dengan Jesus secara sedar. Kisah ini terdapat dalam Perjanjian Baru Kisah Rasul-Rasul.
Cuba teka siapa yang buat “Kisah Rasul-Rasul” dalam Perjanjian Baru?

Yes Saint Paul.

Paul juga mengubah ajaran Jesus yakni Jesus hanya membenarkan ajarannya diajar dalam kalangan bangsa Yahudi sahaja dan bukan selain Yahudi dipanggil Gentile atau Goyyim.
Tetapi Paul sesedap tekak dia saja menjadikan ajaran Jesus boleh dianuti oleh bangsa lain.

Dakwaan dia dapat bertemu Jesus pun dia seorang saja yang menjadi saksi, tiada orang lain yang menjadi saksi seperti nama yang dinyatakan:
Kalau dalam ilmu Islam iaitu Ulum Hadith, ianya disebut Hadith Matruk. Ada 3 jenis hadith Dhoif yang tidak boleh diterima.

1. Hadith Munkar
2. Hadith Matruk
3. Hadith Maudhu’
Jika seorang saja perawi yang meriwayatkan hadith atau perawinya selalu berbohong ianya dipanggil “Hadith Matruk”.

Peringkat kedua dalam kategori hadith Dhoif.
Jika perawinya pula tidak tsiqah (tidak mempunyai keperibadian yang elok seperti selalu minum arak atau kencing berdiri). Ianya dipanggil hadith Munkar.

(កukm al-Ê»Amal bi al-កadith al-ᾌaʻīf, 19)
So korang faham-faham sajalah apa yang aku nak sampaikan.

Pakej kan baca thread ni, dapat belajar ilmu hadith sedikit sebanyak.

Hihi (Ketawa kecil)
2.2 DOSA WARISAN

Tahu tak kisah Nabi Adam a.s isterinya Hawa diturunkan ke bumi?

Kalau dalam Islam kita percaya mereka diturunkan ke bumi atas perintah Allah, tidak kisahlah jika mereka makan atau tidak makan buah yang dilarang oleh Allah SWT.
Tapi bagi agama Kristian mereka percaya yang mereka diturunkan ke bumi kerana makan buah yang dilarang tuhan. Jadi jika mereka tidak memakannya, mereka dan keturunan mereka akan terus kekal di syurga.
Maka disebabkan peristiwa itu Kristian dianggap menanggung terus dosa Adam & Hawa. Bagi menghilangkan dosa warisan itu mereka percaya perlu melakukan korban.

Kisah Abraham (Nabi Ibrahim a.s) korbankan kibas juga dianggap satu korban utk menghilangkan dosa warisan tersebut.
Tetapi untuk menebus dosa seluruh umat manusia perlu lakukan satu pengorbanan agung iaitu dengan kematian Anak Tuhan (Jesus).
3. SIMBOL & ISTILAH KRISTIAN

Tentang simbol salib ini diambil ketika peristiwa Jesus disalib.

Istilah “Christ” pula dari mana datangnya?

Christ bermaksud “Pembaptisan dengan air suci".

Kedua-dua unsur ini hasil daripada doktrin Saints Paul juga.
4. KITAB BIBLE

Perkataan Bible asal dari perkataan “Biblos” diambil dari bahasa Greek bermaksud Himpunan Buku.

So kedai buku "Bibliophile" @bibliobuku maksudnya mungkin koleksi buku yang hidup kot?

correct me if I'm wrong. 🌿

#PromoteSikit hehe
Bible ini terpecah kepada 2 pembahagian besar.

1. Perjanjian Lama
2. Perjanjian Baru

Okay apa itu Perjanjian Lama? iaitu kitab-kitab Yahudi yang bermula dari Taurat sehingga Malaekhi yakni kitab terakhir dalam Perjanjian Lama.
Maka

Bilangan kitab Perjanjian Lama ini ada 2 pengiktirafan:

-46 kitab oleh Katolik
-39 kitab oleh Prostesten

Bagaimana pula dengan Perjanjian Baru?

Perjanjian Baru pula terbahagi kepada 4 kitab utama iaitu:

1.Matius
2.Markus
3.Lukas
4.Yohanes
Keempat-empat kitab ini dipanggil Gospels Kanolik. Keempat-empat ini juga sebenarnya menceritakan situasi yang sama tapi pentafsiran yang berbeza disebabkan penulis yang berbeza.
Selepas dari 4 kitab tadi, selepas itu barulah tulisan surat-surat dakyah dari orang2 yg Kristian yang berpegaruh seperti Saint Paul & Petrus/Peter.
Saya tahu ada yang tak dapat bayangkan lagi susunan kitab bible ni.

Dont worry.

Saya sudah susunkan organisasi Kitab Bible melalui grafik supaya memudahkan pemahaman anda semua.

Saja ja buat korang pening awai-awai.
5. Bagaimana terjadi pecahan mazhab akidah dalam Kristian.

Awal pepecahan mazhab berlaku dimana berlaku perselisahan manja2 antara Gereja Ortodoks di konstantinopel, Gereja Katolik di Rom dan beberapa institusi gereja yang lain tentang kefahaman tentang Jesus dan Tuhan Bapa.
Jadi mereka melakukan persidangan yg pertama di Nicea pada tahun 325M.

Ada satu mazhab ini menganggap Jesus itu hanya manusia biasa & sebagai rasul sahaja dan menolak konsep trinity ianya dipanngil mazhab arianisme.

Mazhab ini dihukumkan sesat & menyeleweng dlm persidangan itu.
Dari segi kepercayaan Ortodoks, mereka menggangap Jesus itu punyai dua sifat iaitu

-Sifat tuhan
-sifat Manusia

Kedua2 sifat ini tidak bercampur antara satu sama lain.

Katolik pula yang mempercayai konsep triniti seperti yang saya terangkan awal untaian tadi.

Lupe le tu, hehe
Antara Ada 3 mazhab yang besar dalam agama Kristian

1. Katolik

Ini mazhab dari kerajaan Rom, mazhab yang tertua dalam agama Kristian. Katolik bermaksud Universal dalam bahasa Greek.
2. Prostesten:

Okay yang ni panjang sikit.

Mazhab oleh diasaskan oleh seorang paderi iaitu Martin Luther & John Calvin di Jerman pada tahun 1529M.
Walaupun sebenarnya ada je tokoh lain yang lebih awal menentang Gereja Katolik sebelum mereka berdua ini iaitu John Wycliffe sekitar tahun 1329-1384M di Britain.
Dan Johannes Hus sekitar tahun 1373-1415M di Bohemia.

Tapi dianggap perjuangan mereka tidak berjaya kerana pada zaman itu rakyat masih berpegang teguh pada ajaran Katolik.
Martin Luther ini orang penting yg menganjurkan reformasi & menentang institusi Gereja. Antara faktor penentangan:

1. Institusi Gereja sewenang2nya membunuh penganut Kristian (masyarakat awam) yang tidak sependapat dengan mereka.
2. Bible hanya dibenarkan kepada golongan paderi
3. Bible tidak dibenarkan cetak selain dari bahasa Latin.

4. Pihak gereja menjual surat2 Indulgances /Alfat iaitu surat pengampunan sebagai penghapus dosa penganut walhal surat itu sebenarnya nak menampung keborosan yang dilakukan pihak gereja sendiri.
Maka salah satu cara Martin Luther menunjukkan penentangan beliau adalah dgn memahatkan 95/99 (perbezaan pendapat) dalil di pintu Gereja Wittenburg bagi menunjukkan institusi Gereja pada zaman itu adalah penunggang agama versi Kristian.

Hang jangan ingat Islam je ade deen rider.
3. Ortodoks

Ortodoks bermaksud The Right Belief, ia berpecah kepada dua aliran.

1. Ortodoks Oriental:

Mazhab ini mula memisahkan diri dari mazhab Katolik ketika 451 M. Mazhab ini ini lebih berpusat di Asia dan Afrika seperti Sudan & Mesir.
Beza Ortodoks Oriental dan Timur adalah Oriental mempunyai Pope, tetapi kekuasaannya tidak seluas Pope Katolik.

Namanya Pope Tawadros II, tinggai di Iskandariyyah (Alexandria), Mesir.

Mungkin sahabat2 Al-Azhar saya pernah terserempak dengan beliau, mana tahu kan.
2. Ortodoks Timur:

Mazhab ini berasal dari Timur Tengah yang berpusat di Istanbul dan majoritinya daripada orang Arab. Mazhab ini juga kebanyakkannya bertapak Eropa Timur dan Utara seperti

-Albania
-Romania

dan separuhnya bertapak di Rusia.
Dan banyak lagi aliran-aliran seperti Nestorian, Angkalikan, Ortodok Oriental. Tapi mazhab yang paling pecah aliran-alirannya adalah mazhab Protesten.

Tapi itu next time ar kite cerita okay, kang jadi thesis untaian aku ni.
6. PERBEZAAN ANTARA KATOLIK, PROTESTEN & ORTODOKS.

1. Struktur gereja.
Contoh lukisan klasik gereja ortodoks anda boleh lihat Haghia Sofea di Turki.
2. Paderi dan statusnya.

Kita biasa dengarkan paderi kristian ini tidak boleh berkahwin, haa bukan semua paderi.

Paderi protesten dan ortodoks dibenarkan.
3. Paus dan statusnya.
4. Pembaptisan.
7. KONKLUSI:

Selepas anda membaca untaian ini, kita dapat lihat sebenarnya Jesus tidak pernah menggunakan istilah Kristian dalam membawa agama Allah. Malah beliau sendiri tidak kata yang beliau membawa agama baru.
Tetapi hanya menyambung agama Allah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim & Musa a.s.

Ianya juga disebut yang Nabi Muhammad SAW hanya menyambung dalam menyampai agama Allah dan tanpa perlu menafikan kitab-kitab suci sebelumnya seperti Injil dan Taurat.
Selain itu, sebagai penganut Islam, kita wajib beriman yang Islam sahaja agama yang benar
Tapi bagaimana sikap kita kepada agama-agama yang lain?

Kita perlu menghormati agama mereka tapi jangan sesekali kita mengganggap semua agama itu sama atau setiap agama itu tuhan berbeza-beza.
Sekian dari saya, selamat beriftar bila sudah azan maghrib.

Azan zohor kita masih perlu berpuasa!
Rujukan:

1. 50 agama di dunia, antara risalah, wahyu dan Akal, (Ahmad Iqram Ahmad Noor)

2. Ilmu perbandingan Agama (Ghazali bin Basri)

3. Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha, berasal dari Islam? ( Ahmad Iqram Ahmad Noor)

4. Mustolah Hadith

(Dr. Mahmud at-Thohhan)
You can follow @AmirulRuslam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: