Ternampak satu viral Tweet pasal ‘Indonesia nak buat Silicon Valley tahun hadapan. Malaysia dah lama ada Cyberjaya, tapi entah takde pun ofis Google kat situ.’ This is my feedback in a 🧵 @Twt_Cyberjaya
Firstly, you can’t build another Silicon Valley (SV) anywhere because SV is not a place, it’s a mindset. Sebab tu takde sape yg boleh replicate. Good luck to Indonesia.
Cyberjaya was built from scratch. Daripada ladang kelapa sawit sampailah apa yg korang nampak hari ni. It’s not easy. Rome wasn’t built in a day.
Why was development slow? One of the main factors is no ‘critical mass’. In order for a city to thrive you need a big enough population. Skrg dah obvious — new shops, new hospital and soon @MRTMalaysia with two stations.
Dulu orang x nak duduk Cyberjaya sebab x banyak pilihan dengan perumahan. Lagi satu dulu MEX highway belum dibina semasa pelancaran Cyberjaya pada tahun 1999.
Ini menyebabkan orang rasa Cyberjaya ni jauh. Persepsi ini masih wujud sampai skrg walaupun skrg dari KL ke Cyberjaya hanya 25-30 minit.
Konsep Multimedia Super Corridor atau MSC bukan tertumpu kepada Cyberjaya sahaja. Kawasan MSC bermula dari KLCC sehinggalah ke KLIA. Cyberjaya merupakan ‘nukleus’ kepada MSC.
Jadi, x salah jika ada syarikat-syarikat lain nak beroperasi di tempat lain selain daripada Cyberjaya.
Cyberjaya ni bukan pembangunan jangka pendek jadi tak dinafikan bahawa masih ada lagi yg perlu diperbaiki, contohnya direct bus service ke KLIA/KL, Puchong, PJ & Seremban etc.
IBM, T-Systems & HSBC dah nak keluar dari Cyberjaya. Ya betul. Syarikat gergasi macam begini memang akan selalu membuat evaluation tentang kos operasi. Kalau insentif kerajaan dah tamat memang akan ada risiko keluar dr Cyberjaya, tetapi...
Banyak syarikat permulaan (startup) & SMEs mula bertapak di Cyberjaya e.g @Aerodyne_Group, world’s #2 drone service provider. Deriv baru shj beli bangunan Quill sebelah IBM untuk dijadikan global HQ. @hematogenix syarikat pengkajian barah dari USA baru beroperasi di sini.
Syarikat animasi tempatan @MonstaOfficial_ penerbit @BoBoiBoy beroperasi di sini, begitu juga Digital Durian penerbit Didi & Friends, syarikat R&D DreamEdge etc.
Syarikat telekomunikasi @GlobalNTT dari Jepun yg merupakan syarikat asing mendapat status MSC, baru sahaja membuka data centre ke-5 di Cyberjaya, dan akan berkembang lebih pesat.
Bayangkan kalau Malaysia xde MSC, Cyberjaya dan @mymdec. Memang x wujud/banyak syarikat2 tempatan yg berjaya seperti hari ini. Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan Cyberjaya sepertimana dgn KLCC/Twin Towers.
Memang senang nak kutuk kalau benda2 kita x nampak. So siapa2 yg nak tahu pasal Cyberjaya secara lebih mendalam, boleh lah follow & DM saya. Sekian.
You can follow @richardker.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: