Dulu aku tak berani sangat buat sms marketing sebab agak intrusive dari segi privacy dan juga redundant dengan email marketing.

Jadi cara yang terbaik adalah cari jalan untuk buat dua-dua marketing channel complement each other.

Jom mula 👇 https://twitter.com/itsedma/status/1385495137791344644
Thread ni lebih kepada strategi sms marketing untuk cold traffic.

Strategi ni sesuai bagi yang baru nak mula buat omnichannel dengan menggunakan flow yang tak intrusive antara email dan sms.
Ada dua jenis flow untuk Postscript yang aku setup. Dua-dua flow ni diselarikan dengan email flow.

1. Cart Recovery (untuk abandoned cart)

2. New Customer Acquisition (untuk customer yang optin guna popup)
Full flow untuk Cart Recovery boleh refer gambar dekat bawah 👇

Bila customer checkout tapi tak buat pembelian, sms pertama akan keluar 20 minit selepas itu dan diikuti dengan email 10 minit selepas tu.

Flow akan berterusan sehingga 4 hari.
Kenapa sms dulu? Sebab open rate sms jauh lagi tinggi daripada email.

Kalau perasan, aku offer 10% diskaun terus. Tapi kalau korang nak offer benda lain pun boleh je. Contoh: free shipping / reminder / free sample.
Full flow New Customer Acquisition boleh refer gambar dekat bawah 👇

Flow yang ni agak rumit sikit sebab kena guna 2-step-popup.
Untuk popup, aku guna Postsript popup instead of Klaviyo. Cara nak setup 2-step tu boleh baca sini.

Sambil prospek optin dalam email list, bagi juga diorang optin untuk sms.

https://help.postscript.io/en/articles/4509156-postscript-desktop-popup-email-sms-collection
Ni adalah setting behavior popup Postscript yang aku guna.

Main idea dia adalah untuk tidak nampak intrusive dan tidak create terlalu banyak friction kepada prospek.
So apa next plan? Aku akan tambah lagi flow sms untuk complement lagi campaign dalam email marketing. Antaranya adalah

Shipping Confirmation Text
New Customer Nurture Upsell
SMS Content Calendar Campaigns
Browse Recovery SMS

Kalau ada apa-apa soalan, tanya je 🙌
You can follow @itsedma.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: