Betul ke brightening serums tak boleh pakai di keseluruhan muka? Izinkan saya jawab di bawah https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="👇" title="RĂŒckhand Zeigefinger nach unten" aria-label="Emoji: RĂŒckhand Zeigefinger nach unten">

Sebelum tu, terima kasih buat semua yg tag dan DM, serta Dr @imranfaisal_ untuk awareness thread ini. https://twitter.com/imranfaisal_/status/1385530074573639680">https://twitter.com/imranfais...
Pertama sekali, BLEACHING dan WHITENING adalah dua istilah yang sangat besar bezanya. Bleaching lebih kepada & #39;melunturkan& #39; yakni mengubah warna kulit asal dengan membunuh melanocytes.

Ya, bleaching sangat merbahaya dan benar seperti dlm thread ini.
Apakah bahan yang memberikan fungsi bleaching ini? Hydroquinone. Disebabkan itulah bahan ini termasuk dalam kategori bahan terlarang di banyak negara, termasuk Malaysia.
Bagi sesetengah negara, penjualannya dibenarkan namun sebagai & #39;spot treatment& #39; sahaja dan bukan untuk kegunaan di keseluruhan muka. Ada yang perlukan preskripsi doktor sebelum beli.
Tapi, adakah whitening serum yg mengandungi Arbutin, Vitamin C, Niacinamide, Licorice dll pun sama - tak boleh digunakan di seluruh muka sebab nanti melanin akan terhapus dan menyebabkan kulit & #39;terbakar& #39; / bertompok hitam satu hari nanti?
Jawapan ringkas: TIDAK.

Jawapan panjang pula:
Vitamin C sebagai contoh bertindak sebagai antioksidan yang menghapuskan radikal bebas di wajah - dan mengawal pembentukan melanin BERLEBIHAN yang menjadi penyebab kepada dark spots.
Dalam erti kata lain, ia menghalang penghasilan yang BERLEBIHAN dan tidak mengganggu warna asal kulit anda. Ia tidak melunturkan warna kulit.

Selamat atau tidak digunakan di seluruh muka? Ya, selamat dan amatlah disarankan.
"Tapi, kenapa bila cucuk Vitamin C putih melepak jadi putih satu badan?"

1. Oral/suntikan tidak sama dengan sapuan/topikal
2. Ada bahan lain dlm suntikan tu
3. Melebihi had yg dibenarkan
Arbutin pula bagaimana?
Arbutin merupakan pengganti Hydroquinone yang baik. Ia juga boleh bertukar kepada Hydroquinone atas keadaan tertentu, disebabkan itulah peratusannya dikawal dalam sesuatu formula. Secara amnya 7% untuk Arbutin, 2% untuk Alpha Arbutin.
Jadi ia selamat untuk anda gunakan dan tidak akan mengganggu sistem kulit. Begitu juga Niacinamide.

Walaubagaimanapun, ada satu situasi yg dipanggil & #39;hyperpigmentation disorder& #39; atau & #39;skin toxicity& #39; akibat terlebih menggunakan bahan ini.
Situasi ni agak susah berlaku kerana pengeluar tidak akan menggunakan bahan aktif berlebihan kerana boleh meningkatkan kos pengeluaran. Selain daripada itu, pemilihan produk berdaftar juga sangat membantu.
Jadi, saya harap jangan salah faham lagi antara Bleaching & Whitening/Brightening https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😉" title="Zwinkerndes Gesicht" aria-label="Emoji: Zwinkerndes Gesicht">

Kebanyakan sumber rujukan di sini https://link.springer.com/article/10.1007/s12272-009-1309-8,">https://link.springer.com/article/1... boleh log in utk baca yang penuh ya.
You can follow @sarinizainal.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: