Bila baca komen tweet ni, tepuk dahi 🤦🏽‍♂️

SinoVac berkesan dan selamat. Efficacy 50.4% tu bukanlah satu nombor untuk dibanding dengan vaksin lain. Bukan itu cara guna efficacy number.

Perlu baca dan terjemah berdasarkan kajian itu sendiri. Dan ada banyak jenis efficacy. https://twitter.com/Khairykj/status/1381504117424578564
Primary efficacy membandingkan penerima SinoVac dan penerima placebo. 50.4% tu suntikan SinoVac vs suntikan placebo.

Apa itu placebo? Placebo adalah suntikan olok-olok dalam kajian. Sebab kajian nak membandingkan adakah SinoVac berkesan berbanding orang yang tak terima SinoVac.
Vaksin Pfizer juga melalui kajian Yang serupa.

Maka:

96% Pfizer adalah Pfizer vs. placebo.
50.4% SinoVac adalah SinoVac vs. placebo.

Bukannya Pfizer vs. SinoVac.

But still, kenapa SinoVac rendah?
Ini kita kena baca paper kajian secara terperinci.

Pfizer diuji di US dan negara-negara lain ke atas orang awam, sewaktu gelombang covid rendah.

SinoVac (untuk paper yang publish nombor 50.4% tu) diuji di Brazil ke atas petugas kesihatan, sewaktu gelombang covid tinggi.
Subjek kajian SinoVac di Brazil (baik penerima SinoVac mahupun placebo) mempunyai peluang lebih tinggi terdedah dengan virus covid.

Jadi untuk interpret primary efficacy, any numbers > 0% menunjukkan wujud perbezaan positif antara group penerima SinoVac dan penerima placebo.
Untuk lihat berapa bagus SinoVac ni melawan covid, perlu lihat secondary efficacy (ada disebut dalam paper yang sama).

Secondary efficacy SinoVac melihat pada kebolehkan SinoVac mengurangkan gejala covid kepada penerima SinoVac berbanding penerima placebo.
SinoVac boleh mengurangkan gejala sederhana covid sebanyak 80+% berbanding placebo.
(Gejala sederhana: batuk, sesak nafas, dll)

SinoVac boleh mengurangkan gejala berat covid sebanyak 100% berbanding placebo.
(Gejala berat: perlu oksigen tambahan, intubation, masuk hospital).
Jadi jangan campak SinoVac ni dalam tong sampah hanya kerana reported primary efficacy nya 50.4% Dan kita bandingkan dengan efficacy Pfizer dan Moderna.

Peratusan primary efficacy bukan bertujuan untuk membanding-banding satu vaksin dengan vaksin yang lain. Bukan itu gunanya.
SinoVac berkesan. SinoVac selamat.

Paper apa saya maksudkan? Paper ni: https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=3822780

Memang susah nak baca. Saya pun kena tanya kawan mintak interpret. Tapi kalau nak judge SinoVac, judge guna paper ni. Jangan guna artikel suratkhabar atau majalah online.
You can follow @azmanrocks.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: