Kalau anda langsung tidak solat tarawih sepanjang bulan Ramadan, ia bukan satu masalah.

Kredit: Salah Sharief.

[Ini adalah bebenang]
Tapi jika anda solat tarawih berjam-jam setiap malam tetapi kadangkala meninggalkan solat Subuh atau solat zuhur (atau solat fardhu yang lain), maka itu adalah masalah yang besar.
Jika selama 11 bulan anda tidak menunaikan solat, mengapa hendak menyucikan diri dengan solat tarawih yang berjam-jam semata-mata ianya adalah satu kebiasaan; dan kemudian keesokan hari selepas hari raya Aidilfitri, anda kembali tidak menunaikan solat.
Jika anda penat dengan rutin yang sama dengan mengharapkan agar setiap Ramadan mampu mengubah perangai anda, dan anda gagal setiap kali, maka cubalah teknik baru. Lakukan ini:
Gunakan bulan Ramadan ini untuk betul-betul memperkukuhkan solat 5 waktu anda. Tunaikan 5 waktu solat ini dengan tekun dan luangkan masa untuk fahami apa yang anda ucapkan ketika solat.
Lupakan tarawih, tak perlu tunaikannya. Gunakan masa yang anda selalunya habiskan untuk menonton TV selama ini untuk mencari terjemahan surah yang anda sering baca dan tafsir bagi surah-surah tersebut;
Carilah terjemahan bacaan yang anda ucapkan ketika ruku' dan sujud, dan baca lah syarah mengenai bacaan ketika ruku' dan sujud ini yang ditulis oleh para ulama seperti Ibn Kathir, Ibn Qayyim dan seumpamanya.
Jika anda tamatkan Ramadan ini dengan mentaliti yang baru terhadap kepentingan solat fardhu, walaupun anda langsung tidak menunaikan walaupun satu rakaat solat tarawih, maka itu adalah satu pencapaian yang besar.

[Tamat bebenang]
You can follow @HosRebaj.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: