Trading ialah proses yang melibatkan :

1. Untung
2. Rugi

Proses ini berterusan. Dilalui oleh semua orang, newbie atau tuabie. Sepanjang proses ini, emosi paling kerap diuji. Keyakinan pula turun naik.
Semasa untung, keyakinan meningkat. Waktu untung, semuanya sebab diri sendiri, sebab dah power, sebab dah pandai, sebab dah terpaling tahu.

Semasa rugi, keyakinan menurun. Dalam fasa ini, semua kesalahan diletakkan ke faktor luaran. Semuanya salah market, salah teknik, salah FED
Jadi, mereka yang gagal melihat secara realistik & memiliki mindset yang salah, akan gagal melalui proses ini & tak dapat bertahan lama.
Kemampuan sebenar trader, bukan diukur dari 3-4 position yang profit.

Sebab 3-4 trade idea yang profit ini boleh hilang disebabkan oleh 1 bad trade je.
Aku letak 1,000 position sebagai penanda aras. Bukan berapa banyak ilmu atau berapa banyak yang kau tahu pasal market atau berapa banyak untung yang dibuat.

Dengan capital yang ada, kalau mampu survive lebih dari 1,000 position ni, bermaksud kau betul-betul boleh trade.
Stock market (Malaysia) kurang liquid. 1,000 position sebagai penanda aras mungkin kurang realistik.
Untuk market yang liquid seperti currency market. 1,000 position adalah penanda aras yang realistik
Selepas 1,000 position, kau akan belajar sendiri dari pengalaman.

Pengalaman ialah guru terbaik.
Jadi, kepada mereka yang baru terlibat dalam market. Perjalanan masih jauh. Jangan cepat berpuas hati semasa profit dan jangan cepat mengalah semasa rugi. Lagenda ada berkata,

"You don’t have to be great to get started, but you have to get started to be great."
Position bukan jumlah unit yang dibeli. Tapi berapa kali kau "execute order"
Di fasa-fasa awal. Setiap kali kita execute order atau trade idea, jangan jadikan profit sebagai objektif kita.

Tapi lihat pelaksanaan order tu sebagai bahan ujikaji untuk test kefahaman sebenar kita.
Kalau kita berorientasikan untung semata-mata, kita akan cepat kecewa dan give up
You can follow @Jackvladamir.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: