Kalaulah ramai tahu bahawa roh UKM wujud dek kebangkitan mahasiswa melawan kebejatan mereka yang cuba memporak perandakan perlembagaan, nescaya tak berkutiklah mereka mengata universiti yang satu ini, memburuk-burukkan medan ilmu ini.

UKM inilah simbol mahasiswa sebenar. 1/15
Emak dan ayah aku masa ni belajar di Kolej Islam Malaya (KIM) di Petaling Jaya (kini kampus UIA) tempat bermulanya bantahan aman memartabatkan Bahasa Melayu ketika itu, dalam apa yang hari ini kekal dalam sejarah sebagai Peristiwa Perarakan Keranda 152. 2/15
Protes ini bermula kerana mereka menuntut janji-janji yang dicanang kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang pernah dibuat semasa Malaya merdeka sepuluh tahun sebelumnya iaitu pada 1957. Ia disertai bukan sahaja pelajar Malaya, tapi pelajar Brunei dan Singapura juga. 3/15
Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 mencatatkan Bahasa Melayu akan dinaikkan kedudukan secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1967. Mahasiswa KIM merasakan ini tidak berlaku sedangkan masa dijanjikan telah tiba. 4/15
Mereka merasakan bahawa Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan tidak mendapat tempat selayaknya. Lilitan putih pada songkok menandakan pada mahasiswa KIM ini, Bahasa Melayu sudah mati. 5/15
Semuanya bermula pada 2 Mac 1967 apabila mahasiswa Kolej Islam Malaya (KIM) menggerakkan protes tersebut di hadapan dewan senat KIM, kerana mereka tahu pada hari tersebut, ia menjadi tempat semua Menteri Besar dari 7 negeri Persekutuan Tanah Melayu bermesyuarat. 6/15
Mereka juga membakar 'Tunku Abdul Rahman' yang dilukis bersama dengan kalungan '152', simbol bahawa sebagai PM, menjaga kedaulatan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab beliau dan barisan kabinetnya. 'Tunku Abdul Rahman' dibakar kerana kecewa atas kepimpinannya. 7/15
Bermula sebagai bantahan aman, ia menjadi agresif apabila semua mahasiswa KIM enggan bersurai. Usai mesyuarat, semua Menteri Besar dihalang dari menaiki kereta malah kereta semua MB tu turut dihalang dari bergerak meninggalkan kampus. Pintu masuk pun dikawal mahasiswa KIM! 8/15
Ia berterusan seharian, hinggalah semua mahasiswa mengawal seluruh kampus KIM ketika itu, dan MB dibenarkan keluar selepas berjanji akan membawa isu ini ke parlimen. KIM berada dalam genggaman mahasiswa yang bangkit mahu memperjuangkan martabat bahasa dan bangsanya. 9/15
Elektrik di kampus juga dikawal mahasiswa KIM. Melihatkan keadaan semakin luar kawalan, FRU dipanggil siap dengan lori dan pemedih mata. Ayah kata, semua dah bersedia dengan tuala "Good Morning" dan air, untuk semua kemungkinan yang bakal tiba. Mahasiswa sudah sedia. 10/15
Apapun, rundingan diteruskan tanpa sebarang keganasan dan ancaman dan persetujuan dicapai antara pihak pengurusan dan mahasiswa KIM untuk bersurai di penghujung hari. Anehnya tiada tindakan dikenakan kepada mana-mana mahasiswa. Namun ia tak tamat pada hari itu sahaja. 11/15
Pengarah DBP Tun Syed Nasir Ismail mendengar ada protes oleh mahasiswa KIM pula datang selepas semuanya reda, pada pukul 3 pagi. Beliau menyokong penuh protes ini, mahu bantahan ini diteruskan di peringkat nasional dan akan meneruskannya di DBP dan parlimen! 12/15
Mengejutkan apabila esoknya tu 3 Mac 1967, lebih 2000 pejuang bahasa, dan nasionalis mewakili 120 pertubuhan Melayu berhimpun! Mereka mengusung Keranda 152 simbolik "Kematian Bahasa Melayu" di DBP. berarak sejauh kira-kira 3km hingga ke bangunan Parlimen di Jalan Mahameru. 13/15
Kebangkitan mahasiswa bermula di KIM, menjadi protes nasional yang termaktub dalam sejarah. Isu ini dibahas di parlimen seperti dijanji pada 4 Mac 1967. Perbahasan Rang Undang-undang Bahasa (1967) oleh Datuk Mohd. Asri Muda digelar "Rakyat Menggugat" menggegar parlimen. 14/15
Lepas tu, Bahasa Melayu pun dijadikan bahasa pengantar utama dalam pendidikan negara. Dalam Konvensyen Ekonomi Melayu 1970, UKM ditubuhkan, alternatif kepada UM ditubuhkan British. Bahasa Melayu jadi bahasa pengantar di UKM.

Roh UKM, simbol kebangkitan mahasiswa negara. 15/15
You can follow @AshrafMhd.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: