Jawapannya mudah, apabila kita kaya, negara jadi kuat, masyarakat jadi kuat dan seterusnya lebih ramai orang yang kita boleh bantu, terutama sekali golongan yang teraniaya.
Walau bagaimana pun, nak menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah. Seringkali orang menyangka nak jadi kaya, anda perlukan wang modal… Salah… Cabarannya yang sebenar ialah untuk memupuk attitude dan minda yang betul. Dapat kedua-dua ni, wang datang kemudian.
Pada masa sama, kita sukar nak berganjak dari keadaan kita sekarang kepada keadaan yang membolehkan kita menjadi kaya kerana terdapat halangan minda yang kita bina sendiri secara tak sengaja akibat dari terlalu mempercayai mitos-mitos yang tak betul ttg menjadi kaya.
Terdapat 3 mitos Admin akan pecahkan mitos-mitos tersebut satu persatu utk sharing ini.

MITOS https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="1️⃣" title="Tastenkappe Ziffer 1" aria-label="Emoji: Tastenkappe Ziffer 1"> - Nak jadi kaya, anda perlu mempunyai background business dan membina bisnes besar.
Sememangnya tak dinafikan bahawa ramai jutawan dan bilionwan yang berada di dalam kedudukan mereka sekarang kerana business.
Malah, Nabi Muhammad sendiri menyuruh kita berbisnes kerana manfaat yang mampu diberikan kepada diri sendiri dan orang lain. Baginda sendiri di didik berbisnes sejak kecil.
Tetapi, bukan semua orang diberi kelebihan dididik dalam bisnes. Ada yang sudah bergenerasi bekerja makan gaji – dari bapak ke anak. Mitos ini menyebabkan mereka rasa rendah diri dan tipis harapan untuk menjadi kaya.
Tahukah anda, dalam kajian yang dibuat ke atas 100 bilionwan terkemuka dunia, hanya 17% sahaja yang membina kekayaan dari bisnes? Hakikatnya, sangkaan bahawa anda hanya boleh membina kekayaan melalui bisnes semata-mata adalah tidak betul.
Bahkan, golongan peniaga adalah golongan minoriti di dalam masyarakat bilionwan.
MITOS https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="2️⃣" title="Tastenkappe Ziffer 2" aria-label="Emoji: Tastenkappe Ziffer 2"> – Nak jadi kaya, anda perlu mewarisi harta kekayaan dan menyambung legasi.

Pernah tak terdetik di dalam hati anda bahawa orang-orang yang kaya ini mmg patut pun kaya kerana mak bapak mereka pun kaya?
Atau orang-orang yang kaya ini mmg mudah menjadi kaya kerana mereka sudah pun ada kekayaan dari awal yang hanya tinggal untuk dikembangkan?
Pemikiran-pemikiran begini bukan sahaja mengundang rasa dengki dan iri hati yang ditegah Nabi, malah ia juga menyebabkan anda menjadi apologetik terhadap diri anda sendiri.
Anda membenarkan diri anda berfikir bahawa anda mmg tak boleh menjadi kaya kerana anda bukan datang dari keluarga kaya. Sifat apologetik ini sangat bahaya kerana ia menyebabkan anda akan memandang rendah pada potensi diri sendiri yang menghalang anda dari bercita-cita tinggi.
Mmg tak dinafikan, rakyat Malaysia berketurunan Cina ramai yang datang dari keluarga yang berada. Tapi, Koon Yew Yin sendiri pernah menulis di dalam blognya bahawa orang Cina percaya kekayaan hanya bertahan selama 3 generasi sahaja.
Generasi pertama ialah mereka yang memulakan kekayaan tersebut, generasi kedua ialah mereka yang mewarisi dan mengembangkan kekayaan tersebut, tetapi generasi ketigalah yang kemudiannya menghabiskan kekayaan itu kerana tidak lagi faham erti membina kekayaan.
Tahukah anda, dalam kajian yang dibuat ke atas 100 bilionwan terkemuka dunia, hanya 30% sahaja bilionwan yang membina kekayaan dari warisan keluarga? Siapa kata harta warisan kekayaan satu kemestian dalam menjadi bilionwan.
Malah banyak kali kita dengar kisah kekayaan hancur lenyap akibat perebutan dan pertelingkahan keluarga.
Jadi, kalau asal usul business hanya mewakili 17% bilionwan dan asal usul anak orang kaya hanya mewakili 30% bilionwan, apakah asal usul sebenar majoriti bilionwan?

Jawapannya ialah, INCOME EARNER.
Tahukah anda, dalam kajian yang dibuat ke atas 100 bilionwan terkemuka dunia, majoriti 53% bilionwan ialah mereka yang sblm ini asal usulnya INCOME EARNER?
Orang-orang biasa macam anda… Mcm Admin. Orang-orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Orang-orang yang low profile. Orang-orang yang kita panggil jutawan senyap.
Timbul satu persoalan, bagaimana INCOME EARNER ni boleh jadi bilionwan?

Jawapannya, mereka menjadi bilionwan kerana mereka mempunyai skill yang tinggi di dalam bidang mereka dan mereka berterusan membina skill mereka sehingga orang sanggup membayar mereka dengan lumayan.
Anda sbg INCOME EARNER boleh menjadi jutawan hanya dengan menumpukan kepada apa yang anda pandai buat dan berterusan membina skill anda pada apa yang anda pandai buat sudah cukup membawa anda keluar dari golongan kebanyakan dan masuk ke golongan jutawan.
Ideanya ialah anda perlu terus membina skill anda sehingga semua orang mengenali anda atas skill yang anda miliki.

Tetapi, sudah tentulah... skill tersebut haruslah skill yang mmg diperlukan masyarakat ya!
Ada bermacam-macam jenis skill yang menjadi pendapatan INCOME EARNER. Antaranya jurutera, programmer, akauntan, mekanik dan sebagainya. Namun, terdapat 2 skill yang paling kerap INCOME EARNER menjadi bilionwan kerananya. Apakah ia?

Jawapannya ialah SALESMAN dan INVESTOR !!!
Tahukah anda daripada majoriti 53% bilionwan yang asal usulnya INCOME EARNER, 10% daripada mereka ialah asalnya SALESMAN dan 10% lagi asalnya INVESTOR?
Inilah point Admin yang sebenarnya. Apabila anda menceburi bidang saham, anda sebenarnya mempunyai akses ke atas sumber kekayaan yang boleh mengubah kedudukan anda sendiri.
Dengan syarat… seperti yang Admin terangkan tadi, anda harus berterusan belajar dan mengasah skill anda sehingga tiada lagi orang yang boleh mengatasi anda. Jangan putus asa dan jangan berhenti disebabkan kegagalan.
Tekadkan dalam hati anda bahawa anda mahu serius menjadi seorang INVESTOR. Pastikan wang anda sentiasa bergerak.

Mitos yang terakhir yang Admin nak pecahkan ialah…
MITOS https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="3️⃣" title="Tastenkappe Ziffer 3" aria-label="Emoji: Tastenkappe Ziffer 3"> – Nak jadi kaya, tak perlu belajar tinggi-tinggi.

Memang di Malaysia ni, ramai hartawan yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Kita panggil mereka ni golongan street smart. Mereka pandai menghidu peluang untuk membina kekayaan.
Malangnya, ini kemudian menjadi alasan kepada orang-orang lain untuk tidak mahu mengejar pendidikan tinggi. Kalau orang tak pandai pun boleh kaya, kenapa kita nak susah payah belajar?
Pandangan ni merupakan pandangan yang silap. Malaysia merupakan negara yang pesat bertumbuh dan untuk menjana pertumbuhan itu, mereka perlukan orang-orang yang mempunyai ilmu. Apatah lagi zaman skrg ni knowledge is power. Siapa tahu lebih banyak, dia lebih berjaya.
Tahukah anda, dalam kajian yang dibuat ke atas 100 bilionwan terkemuka dunia, hanya 25% sahaja yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, manakala baki 75% pernah menuntut sehingga ke universiti !
Hakikatnya, anda harus cuba mencapai pendidikan yang setinggi mungkin kerana lebih tinggi pendidikan seseorang, lebih tinggi peluangnya untuk menjadi bilionwan.

Semoga anda tidak putus asa dalam mencapai kejayaan yang anda inginkan.

EmpayarSaham
You can follow @stEmpayarsaham.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: