Ada yang mendakwa Isaac Newton merupakan seorang ahli sihir. Benarkah dakwaan ini? Jawapan saya, ya dan tidak. Kenapa?

Mari ikuti untaian ini.

#UntaianZM
Isaac Newton, Robert Boyle, John Dee, Jabir Ibn Hayyan, Al-Razi dan ramai lagi merupakan seorang ahli alkimia (alchemist). Kalau ada orang mendakwa Newton seorang ahli sihir, tidaklah salah sepenuhnya sebab Newton mengamalkan alkimia.
Alkimia ialah disiplin yang menggabungkan sains & mistik. Sainsnya dalam alkimia ialah dari segi amalannya seperti eksperimen dalam makmal. Melakukan campuran antara bahan. Menggunakan peralatan² makmal seperti kaki retort, relau, bikar, dsb.
Peralatan² & amalan ahli alkimia masih ada yang terpakai dalam sains moden. Malah, serbuk letupan (gun powder), merkuri, turpentin, asid nitrik, air kapur, asid sulfurik, kromium oksida, garam & beratus² lagi campuran (compound) merupakan produk daripada pengamalan alkimia.
Produk-produk alkimia ini masih kita gunakan pada hari ini sama ada dalam kajian kimia/perubatan ataupun mencipta pelbagai bahan untuk kemudahan manusia.
Garam digunakan untuk memasak, asid nitrik digunakan untuk membuat baja, bitumen digunakan dalam pembinaan, kalamin (calamine) digunakan sebagai ubat sapu gatal², amonia digunakan dalam proses penapaian & banyak produk² alkimia digunakan dalam industri pembuatan & perubatan.
Sebab itu alkimia tidak dipanggil pseudosains tetapi protosains iaitu pendahulu atau asal usul kepada kimia moden. Ia tidak dipanggil sains kerana unsur mistik yang diterapkan disebalik pengamalannya.

Apa yang mistiknya dalam alkimia?
Pernah dengar mengenai Jadual Berkala (Periodic Table)? Mereka yang belajar kimia sejak sekolah akan diperkenalkan Jadual Berkala ini. Dalam jadual berkala terisi pelbagai jenis unsur-unsur (elements) asas seperti oksigen, helium, bismuth, sulfur, aluminium, neon, emas, dsb.
Kalau dicampur unsur² ini, akan membentuk molekul atau campuran baru. Contohnya, oksigen campur hidrogen, jadi air. Dalam sains moden, saintis anggap unsur² termasuk molekul sebagai objek² yang tidak bernyawa. Objek yang tidak hidup. Oksigen, air, tanah, api, manalah bernyawa.
Tetapi bagi ahli alkimia (alchemist), mereka anggap unsur² ini mempunyai roh (spirit). Mereka anggap alam semesta ini mempunyai roh sejagat (universal spirit) termasuk Bumi dan isi-isinya (unsur² tadi). Bahan-bahan yang didapati dari perut Bumi ibarat kelahiran anak dari ibunya.
Matlamat utama ahli alkimia ialah mencari Batu Filsuf (Philosopher's Stone). Batu ini tidak semestinya batu, ia boleh datang dalam bentuk serbuk ataupun cecair. Boleh jadi ia metafora untuk kaedah. Batu ini berkemampuan menukarkan logam menjadi emas & memberikan keabadian hidup.
Bagi mereka, logam & bahan² selain emas merupakan bahan yang tidak sempurna. Roh yang tidak sempurna. Sebab itulah mereka mahu menukarkan bahan² ini menjadi emas, dengan kata lain menyempurnakan sifat kewujudan bahan² ini melalui alkimia.
Amalan menyempurnakan roh² bahan ini memberikan kesempurnaan kepada spiritual pengamalnya (ahli alkimia). Kalau kita tengok, produk-produk kimia pada hari ini, ketika zaman alkimia, namanya agak berbeza.
Turpentin = Roh tupertin,
Alkohol = Roh wain (wine spirit),
Asid sulfurik = Roh virtiol,
Metanol = Roh pyroxilic,
Amonia = Roh hartshorn,
Asid hidroklorik = Roh garam
Tin klorida = Roh fuman
Merkuri = Quicksilver

Dan banyak lagi campuran yang namanya agak purba.
Selain, dalam dunia moden, kita banyak gunakan huruf roman bagi mewakili unsur-unsur ataupun molekul-molekul tertentu. Ahli alkimia pula gunakan simbol macam gambar di bawah. Ahli alkimi telah menemui 16 unsur dalam jadual berkala.
Ini simbol-simbol yang digunakan dalam alkimia bagi mewakili molekul dan campuran-campuran kimia. Namanya pun berbeza berbanding yang kita gunakan di zaman sekarang.

Nama² dan simbol² ini anda akan biasa jumpa dalam cerita atau permainan video berkenaan sihir (wizardy/sorcery).
Apa yang saya mahu sampaikan, pengamalan alkimia dan kimia tidak jauh beza sangat. Berbeza dari segi penggunaan simbol dan nama² serta pemaknaan pada bahan-bahan tersebut. Perbezaan ketara yang memisahkan antara alkimia & kimia moden ialah dari sudut falsafahnya.
Dalam sains moden, kita tak ada perkara² mistik ini semua. Bahan² ini semua benda yang tidak hidup dan tidak bernyawa. Tidak mempunyai roh.

Alkimia pula beranggapan bahan-bahan mempunyai roh. Tujuannya pun tak sama. Kimia untuk faham alam, alkimia untuk penyujian jiwa.
Berbezanya alkimia dengan sihir ialah dari segi pengamalan. Pengamalan (practice) alkimia amat saintifik kerana mereka melakukan eksperimen, melakukan kajian ke atas perkara fizikal. Malah, memberikan sumbangan besar dalam kimia moden. Banyak produk alkimia kita gunakan hari ini.
Sihir pula pengamalannya tidak fizikal (metafizikal). Mereka tidak lakukan eksperimen, mereka tidak lakukan kajian, mereka tidak gunakan peralatan yang saintifik dan banyak melakukan tindakan-tindakan yang tidak dapat difahami dengan logik.
Itu perbezaan yang amat ketara. Tetapi persamaan antara alkimia dan sihir ialah dari sudut falsafahnya. Sama-sama menitipkan unsur mistik dan kuasa ghaib dalam pengamalan mereka. Bagi alkimia, suatu tindak balas kimia berlaku kerana roh berkelakuan sekian-sekian.
Penjelasan ahli alkimia terhadap suatu bahan serta tindak balasnya memang tidak saintifik kerana unsur mistik yang tidak jauh beza dengan sihir. Cumanya, pengalaman mereka masih saintifik. Jadi, ada campur di situ. Alkimia = sains + magik.
Jadi, adakah Isaac Newton dan ahli-ahli alkimia lain merupakan ahli sihir? Berdasarkan penjelasan tadi, ya dan tidak. Isaac Newton pernah digelar sebagai "The Last Sorcerer". John Maynard Keynes (pengasas ekonomi Keynes) pernah menggelar Newton sebagai "The Last Magician".
Saya pasti, tempiasnya gelaran sihir ke atas ahli²alkimia kerana falsafah mereka yang melibatkan roh dan kuasa ghaib. Idea yang lebih kurang sama dengan sihir. Tetapi amalan mereka tetap ada unsur² saintifik. Kita tidak boleh nafikan sumbangan ahli² alkimia ini dalam sains moden.
Kalau saintis moden hidup di zaman dahulu kala, mungkin;

Physicists = Wizard
Chemist = Alchemist/Potion Master
Biologist = Healer/Shaman
Mathematician = Fortune teller
Ahli fizik = Wizard sebab seorang Wizard berkemampuan melakukan magik berasaskan tenaga (api, elektrik, dll), juga berasaskan daya (expelliarmus dalam HP). Tenaga, daya, plasma, elektromagnet adalah subjek-subjek yang dikaji oleh ahli fizik.
Ahli kimia = Alchemist/Potion Master kerana peranan Alchemist yang berkemampuan membuat pelbagai jenis posyen/cecair yang memberikan pelbagai jenis kesan. Tugas ini saling tidak tumpah seperti apa yang ahli kimia lakukan di zaman ini.
Ahli biologi = Healer/Shaman sebab Healer/Shaman ini memang sinonim di zaman dulu kala sebagai orang yang mengubat penyakit, orang yang paling faham tentang tubuh & jiwa manusia. Sama seperti ahli biologi di zaman ini, orang yang paling faham tentang sistem tubuh manusia.
Mathematician = Fortune Teller. Mungkin ramai tak tahu, ahli matematik berperanan membangunkan pelbagai model yang meramalkan pelbagai kejadian alam seperti ramalan cuaca, pelancaran roket, pelanggaran asteroid, dsb. Sinonim dengan Fortune Teller. Bezanya FT ramal nasib orang.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: