Lagi lagi cerita viral online. Kali ini menuduh orang merogol.

Kadang kadang saya jadi aneh. Orang yang kononnya terkena tidak cakap apa apa.

THREAD
Yg jiran, yg rakan, yang bapak tiri laki mak dia sedara sebelah menantu dua pupu dia yang kerja lawyer tu kerani dia punya adik yang polis tu, haaa kakak ipar dia, yang menjaja cerita. Kononnya nak membela nasib mangsa.
Lebih aneh lagi, kita tak tahu apakah yang mereka boleh dapati dari posting posting fitnah ini? Duit? Likes? Share? Instant fame? Yang pasti ia akan meraih perhatian dan reaksi orang ramai, possibly uang negatif belaka.
Rogol ni nak buktikannya bukan senang ye. Berat menuduh orang rogol. Having consensual sex (dalam konteks undang2) dengan rogol jauh berbeza.

Masuk mahkamah pun macam macam nak kena buktikan.
Saya bukan peguam jenayah. Jadi sy percaya ulasan lebih baik boleh diberikan rakan seperjuangan yang ahli dlm bidang itu. Tapi saya beri contoh.
1. Ani berjumpa ali dalam satu perjumpaan. Wah hensemnya, kata ani dalam hati. Semasa sesi suai kenal ali nampak ani asik pandang beliau, ali pun pergi kepada ani. Ani suka bukan main. Mereka pun makan sama.
Lepas tu keluar jalan jalan ali ajak ani ikut balik rumah. Ani takut tapi dia ikut. Sampai rumah ali, mereka melakukan hubungan. Ani balik rasa xsuka. Dia marah2 ali. Ini bukan rogol.(depends cerita tambahan😅)
2. Tukar situasi. Ani balik. Berbunga bunga hati. Esok ali ckp menyesal. Ani marah sebab lakukan hubungan sbb ingat ali suka dia. Ini bukan rogol.
3. Tukar situasi. Umur ani bawah 16 . Suke ke tak suke ke. Rogol tak kiralah si ali ni umur 14 tahun (this is the saddest part of the law, initially made to protect woman, tapi terlupa nak protect young man apabila both party consented).
4. Mereka bercinta 3 bulan. Lepas tu ali ada girlfriend baru. Ani cerita kat kawan dia. Kawan dia cakap whatt?? And bagitahu ayah ani. Ani takut and cakap Spnjg 3 bulan ali selalu rogol dia. Ini bukan rogol.
5. Tukar situasi. Ali masukkan sesuatu dlm minuman ani. Ani mabuk. Ali bawa balik dan lakukan hubungan tanpa ani sedar/ rela. Ini mungkin rogol (mungkin tidak,depends😆).
6. Tukar situasi. Ali ajak ani pergi rumah. Ani tanya untuk apa. Ali ckp kejap je sy nk ambil mak sy pegi klinik. Sy xlarat. Awk bole tlg sy angkat mak dan bawa beg. Ani setuju. Sampai rumah tu, tiada ibu ali. Ani cakap nak balik. Ali tak bagi, serang dan rogol ani. Ni rogol.
Pendek kata, BUKAN ROGOL kalau "mangsa" setuju, suka rela tidak kisah lah pasangan nya itu ustaz, pemimpin, cikgu, hakim, atau siapa sahaja. Melainkan umurnya 16 tahun, maka suka rela pun masih dianggap rogol.
Laporan polis yang dibuat orang orang yang mendengar cerita, dlm beberapa keadaan boleh diambil kira. Cth dgr jiran sblh mendera anak. Nampak sesuatu mcm lelaki tampar bini nya di kedai makan. Tapi di mahkamah nanti siapa pengadunya?
Pengadu yang akan disoal kerana dia yang alami. Hearsaya mcm "sy dgr daripada sipolan bahawa dia dirogol" tidak terpakai di mahkamah. "Saya nampak dia tampar", tapi orang kena tampar tak lapor.
Semuanya "depends", ikut situasi kes masing2 dan siasatan siasatan berkenaannya serta dapatan dapatan melalui undang undang.
Tahukah anda skandal seks seringkali dijadikan menjatuhkan orang termasuk pemimpin pemimpin dunia. Tak kisah bagus mana pun orang itu, moral sering dijadikan kayu ukur menentukan sesuatu dan meraih sokongan dengan menjatuhkan orang lain.
Kita kena padamkan jawatan2 mereka. Status dan lain2. Letakkan fakta sahaja. Barulah jelas otak kita nak fikir rogol atau pun tidak.
Jangan salah. Saya tidak sokong mana mana perkara seperti itu tak kiralah suka dan rela, apatah lagi kalau rogol. Saya cuma nak kongsikan jangan mudah memfitnah dan jangan juga mudah percaya apa yang anda baca dari sumber yang belum tentu sahih.
Diri orang yg alami sendiri pun mungkin tak tepat maklumat, apa lagi orang kedua ketiga keempat yang tak nampak, tak dengar, tak rasa dan tak alami sendiri.

Semoga anda semua bahagia dengan kehidupan masing masing dan tak menyebok hal orang. Macam kami😁😁✌✌
https://twitter.com/hafidzahhassan1/status/1331723364579241985?s=19
You can follow @hafidzahhassan1.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: