4 PERKARA PELIK YANG HANYA ADA DEKAT JEPUN

Tanpa sedar, aspek unik budaya Jepun ni juga yang tarik lebih ramai pelancong luar untuk lawat negara mereka. Kami kongsikan 4 perkara pelik yang hanya ada dekat Jepun dalam thread hari ni.

📸: TripJalan
1. Mesin layan diri bukan hanya untuk snek dan minuman

Kalau korang nak tahu, ada lebih 5 juta vending machine dekat Jepun. Menurut Persatuan Mesin Layan Diri Jepun, ada 1 mesin tu untuk setiap 23 orang.
Untuk pengetahuan anda, ada banyak sebab kenapa mesin layan diri dekat Jepun ni tak terkira jumlahnya. Kombinasi penduduk tinggi dan harga tanah, rumah atau pejabat yang sangat tinggi merupakan salah satu sebab kenapa mesin layan diri ada banyak sangat dekat Jepun.
Pendek cerita, penduduk Jepun tak ada banyak ruang untuk simpan barang mereka. Lagi satu, banyak syarikat dekat sana lagi prefer pasang mesin vending di tepi jalan daripada buka kedai.

📸: Live Japan
Kalau korang pernah pergi Jepun, mesin layan diri dekat sana ada jual macam-macam barang seperti sushi, roti, pelitup muka dan sayur. Dengar cerita, kereta pun ada. Pelik tetapi benar.
2. Kit Kat perisa keju Eropah

Kit Kat dekat Jepun ada lebih 300 perisa macam contoh kicap, keju Eropah, wasabi, jagung panggang dan kentang.

📸: Pinterest
Btw, orang Jepun panggil Kit Kat sebagai Kitto Katsu yang membawa maksud anda pasti akan menang. Jadi, tak peliklah kalau korang nampak ramai orang bagi Kit Kat sebagai cenderahati atau lucky charm kepada pelajar yang nak ambil peperiksaan.
3. Aiskrim yang tak cair

Saintis dekat Jepun telah cipta aiskrim yang tak akan cair, menarik kan? Pada mulanya, mereka tengah jalankan kajian untuk tolong petani strawberi yang terjejas sebab tsunami tapi apa yang mereka jumpa adalah sebaliknya.

📸: Business Insider
Saintis tadi temui bahan kimia yang boleh buat krim beku dengan serta-merta. Untuk dijadikan cerita, aiskrim ni tak akan cair walaupun ia ada depan pengering rambut selama 5 minit.
4. Godzilla ialah rakyat Jepun

Pada tahun 2015, bandar Shinjuku di Tokyo telah bagi kerakyatan kepada penduduknya yang paling besar iaitu Godzilla. Selain kerakyatan, Godzilla pun dapat tawaran kerja sekali iaitu duta pelancongan Shinjuku.
Ini kerana Godzilla telah musnahkan Shinjuku sebanyak 3 kali dalam 3 filem berbeza.
Btw, kalau korang minat semua berkaitan negara matahari terbit dan tengah cari peluang perniagaan untuk jual makanan Jepun atau takoyaki dalam kes ni, jom sertai Mr Tako! Dengan modal serendah RM789, korang boleh dapat banyak kelebihan kalau jadi ahli Mr Tako!
Pertama sekali, korang akan dapat keuntungan sebanyak 63.8% daripada hasil jualan. Kalau dapat jual RM9,000 bulan tu, keuntungan yang korang akan dapat ialah RM5,742. Btw, Mr Tako akan bimbing setiap ahli dari awal sampai akhir termasuk cara nak urus perniagaan dengan kemas.
Untuk sebarang soalan atau berminat nak jadi ahli Mr Tako, boleh DM atau boleh juga klik dekat pautan di bawah 👇🏼 https://jom.chat/sayanakjoinbisnesmrtako
You can follow @mrtakohq.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: