Korang ada masalah ni tak?

Buat ads tapi masalahnya dekat link clicks ada banyak orang click, tapi takde orang pun masuk whatsapp...

Well, ramai je yang ada masalah ni betul. Aku ada jalan penyelesaian yang mungkin boleh increasekan conversion rate korang.

Ini adalah THREAD.
Korang tahu tak sebenarnya banyak customer turn off gila bila nak membeli, lepastu dapat macam gambar di bawah ni.?

Rupa-rupanya ini punca closing dekat WhatsApp banyak tak menjadi.

Yes, terkejut tak? Aku pun terkejut sebenarnya. End funnel tak cun sebab kena whatsapp dulu.
Perasan tak proses korang nak closing dekat WhatsApp ni biasanya makan masa?

Dari customer nampak ads or post korang sampai la dia bagi resit payment, memang makan masa. Itu kalau jadi beli la…

Kalau tak jadi, stress betul tak sebab dah layan dorang?
Paling down bila dah lama layan and followup dekat WhatsApp lama-lama, customer pulak tak jadi beli. Ini la punca demotivated sebenarnya.

Mesti korang rasa terus rasa macam nak buat website yang fully automated dan tak nak handle WhatsApp langsung dah.
Itu tak masuk lagi banyak benda kena buat untuk kejar satu sales.

Kena forward satu-satu gambar produk lepastu forward copywriting produk etc...

Lepas tu, dah bagi details pun, customer tanya lagi harga...

Bila customer dah setuju nak beli, kena bagi bank details pula...
Dan semua proses ni kena repeat dari awal bila order baru masuk dari customer lain...

Lama-lama memang burn out. Lagi-lagi yang solopreneur.

Tengok seperti gambar dekat bawah. Proses nak ke satu destinasi tu banyak sangat yang kena tempuh dulu.
Ada je customer yg PM, terus nak beli. Tak perlu nak tanya itu ini. Just bagi no akaun & tracking no je. Senang.

Then, kau as seller mesti akan reply DM paling atas kan? Kesian customer yang WhatsApp pagi tadi. Yang tenghari kau jawab dulu.

Macam tak fair pulak. Ada bias gitu.
Kenalah dia tunggu turn korang reply. Maybe customer tu memang nak beli terus dan nak beli bulk. Dalam sejam tunggu, sempat dia cari seller lain tau?

Dah melepas customer. Study ni dah dibuat sebab memang ramai ada masalah begini.

Ada yang banyak link clicks tapi tak convert.
Tbh, customer pun tak suka kita buat sesi ice breaking bila diorang PM.

Sebab, fokus kita cuma nak bantu customer dapatkan barang yang diorang nak.

Customer mungkin dah tahu barang apa nak beli and tinggal minta harga je. If semua okay, terus deal.
Lepas research lama-lama baru aku tahu yang sebenarnya masalah ini boleh settle kalau kita offer alternatif untuk customer jenis nak terus beli.

Nak tak nak korang kena jadi sebahagian daripada e-commerce ecosystem.

Semalam aku ada tweet, e-commerce is the FUTURE now!
Caranya tak susah. Banyak bisnes yang berjaya sebab diorang power dalam 4 benda ini.

Ada banyak alternatif dekat luar sana untuk penjual yang jual produk. Terutama gang dropship dekat Twitter ni.

Aku pun baru tahu pasal masalah ni dan aku bakal ubah cara aku juga.
Ada je software seperti Linktree or Milkshake.

Tapi, baik korang pakai software yg dah ready produk katalog, ada payment gateway dgn shipping terus untuk bisnes korang.

Ini @umarmaggi punya online store dia jual Itik Salai Mashtar. Mmg power & sistematik mamat ni. Muda lagi
Yang ni pula online store @mendemands aku jumpa jual barang-barang aksesori lelaki. Senang gila nak beli barang.

Ingat, most of customer sekarang memang nak straightforward.

Tak nak ada halangan seperti tanya nama, stay mana etc.

Ini bukan sesi berkenalan!
Siapa cakap gang dropship tak boleh ada landing page + domain sendiri?

Ini aku jumpa @shaminesyarina punya store. Dia DS untuk Shaklee.

Siap ada domain sendiri ok? :D

Tak kisah la dropship ke, business is business!
Ok, last. Ni aku share @nurulfrany punya online store untuk pasar mini parents dia. Memang manthap gais.

Dia ada share yang dia suka guna software yang siap ada inventory management. So, parents dia tahu berapa stok tinggal dan takde isu overbook.
Ok aku rasa aku dah done dengan contoh-contoh.

Kenapa aku tunjuk contoh tu sbb aku just nak highlight dekat sini yang sebenarnya ada je software untuk korang cepatkan proses closing customer.

Best business is the one that ease their customer's journey - Izzat Azwar, 2020
Kiranya nak WhatsApp dulu, boleh. Nak beli terus pun boleh.

Oh ye, pastikan korang cari yang ada FPX sekali. Kalau tak, akan ada sesi forward-forward bank details lak nanti.

Kiranya dengan FPX, customer boleh terus bayar tanpa susah-susah korang totalkan harga.
Last sekali, yang paling orang berbulu bila nak forward tracking number. Kadang-kadang tersalah send tracking number orang lain.

Kalau boleh, cari software yang boleh integrate terus dengan online store korang. Bayangkan, level integration tu, AWB pun korang takpayah tulis.
Bila online invoice dah keluar, customer still boleh WhatsApp korang. So, takdela la lepas beli barang terus takda contact and lost.

So, bila proses closing dah semakin pendek dan cepat, maka makin cepatlah bisnes online korang nak grow.
Korang kena pendekkan flow closing korang supaya lagi cepat duit masuk. Business is all about time and money.

Ok, itu sahaja sharing aku setakat ini gais. Kalau ada apa-apa soalan pasal bisnes boleh reply dekat bawah ya. Aku try tolong mana yang mampu. InsyaAllah!
You can follow @IZZTAZWAR.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: