Dari bulan 1 sampai bulan 8 tahun ni, aku tak gajikan diri sendiri dengan harapan syarikat akan lagi cepat berkembang. Semua keuntungan masuk balik ke syarikat.
Rupanya syarikat stuck dekat tempat sama je, dan lagi teruk bila performance drop 50%.
Paling teruk pada bulan 7 dan bulan 8, syarikat defisit sebab aku overspend. Bulan 9 sampai sekarang, aku mula gajikan diri sendiri balik. Performance syarikat makin okay dan mula berkembang. Paling tinggi bulan ni, performance naik 200%.

So kesimpulannya apa?
Kesimpulannya, gajikanlah diri sendiri secukupnya walaupun sikit. Dari situ la motivation kita naik untuk teruskan bisnes lagi. Yang kembangkan syarikat bukan duit semata-mata, semuanya datang daripada kita jugak.
Utamakan diri sendiri/pekerja dulu, baru syarikat.
Sekian sharing daripada saya, owner kedai laptop yang tak ada kedai lagi 😂. Jangan kedekut dengan diri sendiri okay đŸ™†đŸ»
You can follow @AmanJamadi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: