Memahami ayat:
ونحن أقرب إليه من حبل الوريد
Dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya
(Qaf:16)

Apa kefahaman sebenar ayat ini?

P.s: Lepas ni den memang tak layan komen pelik sebegini di Curiouscat den. Haiih lah, kenapalah kronik sebegini dalam memahami nas.
Cuba kita teliti secara penuh ayat yang dihujahkan.

ولقد خلقنا الإنسان ونعلم ما توسوس به نفسه
Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dan tahu apa yang dibisikkan hatinya.

Kemudian baru diikuti:
ونحن أقرب إليه من حبل الوريد
Dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya
Dari sini, mufassirin seperti Al-Baghawi berkata bahawa dekat disini ialah dekatnya ilmu Allah, bukan ZatNya.

Kerana apa? Kerana Allah mengetahui apa yang tersembunyi dalam jiwa manusia, dan diberikan bidalan 'hampirnya', iaitu ilmuNya lebih hampir dari urat leher manusia.
Ini juga pemahaman yang dinukil Al-Mawardi dalam tafsirnya.

Bukan bererti Zat Allah yang berada di urat leher manusia, tetapi ilmuNya yang lebih hampir, kerana Dia mengetahui apa yang tersirat dalam hati setiap manusia.

Hal ini juga dinukilkan Al-Razi dalam tafsirnya.
Menurut pemahaman mufassirin seperti Sultanul Ulama' Izzuddin Ibn Abdul Salam, yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah Allah lebih menguasai hati manusia daripada manusia sendiri, dan Dia tahu apa yang tersirat dalam hati manusia.

Maka, ilmu dan kekuasaan Allah yang dekat.
Bukankah Nabi SAW mengajarkan kita untuk berdoa:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Wahai pembolak-balik hati-hati, tetapkan hatiku atas agamaMu?
(HR Tirmizi)

Siapakah yang mampu bolak-balikkan hati?
Allah SWT.
Hanya penguasa hati mampu bolak-balikkan hati.
Imam at-Tabari menukilkan kedua pandangan ini dalam tafsirnya.

Bererti ayat ini, bukan merujuk kepada Zat Allah tetapi sama ada:
i. Ilmu Allah SWT
ii. Penguasaan Allah SWT

yang dekat dengan manusia, bukan Zat Allah SWT yang dekat dengan manusia.
Imam al-Qurthubi pula berkata:
Yang dekat itu ialah Ilmu dan Qudrah Allah SWT.

Bukan Zat Allah SWT yang dekat dengan manusia.
Bahkan, para Mufassirin kebanyakannya menukilkan dua pandangan ini - tiada yang memahami ayat ini dengan erti Zat Allah SWT yang hampir.
Apa pula pemahaman mufassirin lain?
Yang dekat itu bukan Zat Allah, tetapi para Malaikat yang mengawasi manusia atas perintah Allah SWT.
Ini dinukilkan Ibn Kathir dalam tafsirnya.

Jika kita baca ayat berikutnya (17-18), Allah SWT khabarkan akan malaikat pencatat amalan.
Begitu juga pada Surah Al-An'am:61, Allah SWT berfirman:
ويرسل عليكم حفظة
Dan diutuskan kepada kalian Hafazah.

Hafazah disini merujuk kepada malaikat penjaga yang sentiasa mencatat amal manusia.

Allah SWT beritahu pada Surah Qaf:17-18 bahawa malaikat ini sentiasa bersama kita.
Adakah salah untuk Allah SWT berkata:
ونحن أقرب إليه
Dan Kami lebih dekat padanya

Padahal malaikat yang bersama kita?

Jawapannya tidak.
Perhatikan uslub Allah SWT pada Surah Al-Hijr:9

إنا نحن نزلنا الذكر
Sesungguhnya Kamilah yang telah turunkan Az-Zikr(Al-Quran)
Bukankah malaikat Jibril yang telah menyampaikan Al-Quran kepada Rasulullah SAW?
Bukan zat Allah yang sampaikan wahyuNya?

Namun, ia tetap tak menafikan bahawa Allah SWT yang sebenarnya menyampaikan Al-Quran kepada kekasihNya dan memerintahkan Jibril AS untuk sampaikan wahyuNya.
Samalah konsep ini dengan konsep malaikat Hafazah.
Mereka diperintahkan Allah SWT untuk mengawasi kita dan mereka amat dekat dengan kita.

Namun, ia tetap tak menafikan bahawa Allah SWT lah yang sebenarnya sentiasa mengawasi amalan kita dengan Ilmu dan QudratNya.
Begitu juga dalam memahami Surah Al-Baqarah:186,

وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان

Dan apabila hambaKu bertanyakan akanKu kepadamu beritakanlah bahawa sesungguhnya Aku hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Dalam memahami ayat ini, antara hadis yang boleh dirujuk ialah hadis riwayat Abu Musa Al-Asy'ari RA (bukan Abu Hasan Al-Asy'ari, ini cicit dia) ketika mana para Sahabat RA bertahlil dan bertakbir dengan suara yang keras.

Apa yang Baginda SAW katakan kepada para Sahabat RA?
Baginda SAW suruh perlahankan suara dan bersabda:

فإنكم لا تدعون أصم ولا غائبا، إنه معكم، إنه سميع قريب

Sesungguhnya kalian tak menyeru sesuatu yang pekak dan bukan pula sesuatu yang ghaib, sesungguhnya Dia bersama kalian, sungguh Dia Maha Mendengar, Maha Dekat.
(HR Bukhari)
Disini, Nabi SAW memberitahu bahawa sifat Mendengar Allah SWT begitu dekat dengan kita.

Pendek kata, memahami nas syarak perlu kepada penelitian dalil yang teliti dan Usul Fiqh yang tepat agar pemahaman kita benar, baik dari segi Akidah mahupun Syariah.
P.s: Kena letak rujukan lagi ke? Letak sahajalah.

1. Tafsir Baghawi
2. Tafsir at-Tabari
3. Tafsir Ibn Kathir
4. Tafsir al-Mawardi
5. Tafsir Ibn Abdul Salam
6. Tafsir al-Razi
7. Tafsir al-Qurthubi

Sebenarnya ada lagi komen dia, maleh nak komen secara terbuka dah.
You can follow @ahnewyear19.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: