Ada pro and cons subscribe Apple One ni. Kena tengok dari beberapa sudut.

1. Kalau sebelum ni bayar RM3.90 untuk 50GB, sekarang kena bayar RM20 sebulan (RM240 setahun) dgn tambahan services.

2. Kadangkala ada yang kita subscribe tu tak guna pun. Tapi sebab murah, kita biar je. https://twitter.com/xaviernaxa/status/1322372230127386624
3. Bisnes subscription inilah yang bakal jadi pendapatan utama Apple bila cycle upgrade phone dah jadi makin panjang. Sebab teknologi smartphone dah plateau. Kita boleh guna telefon sedia ada lama.

4. Strateginya? JUAL phone murah sikit + JUAL services yg bayar bulanan rendah.
5. Harga rendah sampai orang biarkan je tolak akaun bank walaupun jarang guna. Ia jadi revenue berterusan mereka.

6. Tapi paling menarik, bila dah commit dan subscribed (contoh iClouds) kita akan lock dalam ekosistem tu dan akan bayar lebih tinggi pada masa hadapan.
7. Contoh. Guna iCloud 200GB. Semua video dan gambar kita bersama family ada dalam tu. Bila dah 5-7 tahun dan penuh 200GB tu, adakah kita sanggup kehilangan memori tu kalau move ke tempat lain?

8. Tidak! Kita akan terus bayar untuk dapat access data tu. Walaupun naik harga.
9. Maksudnya kita akan sentiasa upgrade dan kena bayar sampai bila-bila SETIAP BULAN untuk access gambar, video, dokumen & library music MILIK kita.

10. Sampai satu tahap, kita takkan boleh keluar (too much hassle) & terpaksa beli produk yang compatible dari company yang sama.
Aku bagitau ni berdasarkan pengalaman subscribe iCloud sejak ia mula wujud tahun 2011 dulu.

Data dah lebih 400GB. Maksudnya kena subscribe 2TB (RM40 sebulan). Kalau nak beli device (iPhone/iPad) rasa kena beli storage berapa? 😊.

Dah try semua TV+, News, Arcade. Guna kejap je.
Kesimpulannya, boleh je beli/subscribe tiada masalah.

Boleh cancel 1-5 tahun kemudian dengan harga/risiko hilang data (iCloud, Music dll).

Tapi berhati-hati dengan komitmen kewangan setiap bulan. Bayar untuk services yang kita guna sahaja jauh lebih bijak.

Itulah.
You can follow @acaiijawe.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: