Jom saya kongsikan macam mana rupa estetik pergigian sebenar. Ia penuh dengan ketelitian dan kesenian yang halus. Bukan setakat pergigian sahaja, bahkan dalam dunia fotografi, senibina, dan permodelan pun byk aspek yang dititik berat supaya dapat hasilkan estetik yang sempurna. ~
Dalam estetik pergigian, doktor gigi akan belajar pasal bentuk, warna, pengcahayaan, golden ratio, garisan, material dan bnyk lagi topik untuk fahamkan estetik. Malah, kaum, umur dan jantina juga main peranan. Lain kaum, umur, dan jantina, maka lainlah warna dan bentuk gigi.
Ini antara contoh estetik pergigian yang hebat. Perhatikan

☝️simetri - gigi kanan ibarat cerminan gigi kiri
☝️bentuk gigi yang unik utk tiap2 batang gigi - bentuk satu2 gigi tak sama dgn gigi bawah/sebelah
☝️warna gigi berbeza di pangkal & di hujung gigi - bukan solid mcm mentos
'Ala sama je.. fake dentist buat pun lawa je. Lagipun kan beauty is in the eyes of the beholder. So kalau saya nampak cantik kat cermin, kira okay lah tu'

Tak. Tak sama. Tu mungkin korang je syok sendiri rasa fake dentist buat tu aesthetically pleasing to the eyes.

'Hmmm...🧐'
Cuba bayangkan, agak2 sama ke kalau ustzh nasyid makeupkan budak nasyid dia dengan kalau @syedewa yang makeupkan? Mestilah beza kan? MUA terlatih tahu jauh mana nak stroke brush, warna apa blend dengan apa, nak makeup mood macam mana dsbg. MUA makeup lawa sebab ada knowledge.
Ustazah tu pula, makeupkan budak2 dia pakai celak, bedak johnson & johnson dan lipstik je. Tu pun lipstik dia sapu pakai jari kelingking dia je. Budak last dia sapu pakai ibu jari dia. Sikit lagi nak sama macam joker. Huhuhu.
Even so, macam korang jugak yang rasa fake veneers tu okay, budak2 tu pun still percaya make up dia on point dan confident dia still naik.

Tapi once they know how a good makeup looks like and where to get it done, agak2 korang dengan siapa diaorang nak tadah muka next time?
Get the analogy? Good.

Sebabtu penting buat gigi dengan orang yang ada pengetahuan dan kefahaman ni. Gigi korang kalau dah rosak, bukannya boleh tumbuh baru.

Btw, ini cuma contoh ya :) Dulu2 makeup budak nasyid kemain putih tebal bedaknya. Tebal macam fake veneer. Tiber.
Tapi hakikatnya, aku rasa yang melanggan fake dentists ni bukan semua tidak mahu yang terbaik untuk diri sendiri, cuma mungkin apabila dibentangkan dengan pilihan yang dikira murah, mereka tergelincir dalam ilusi 'price vs value'. Apapun, masih belum terlambat. Pergi buang.
Selain aspek estetik diatas, ada sudut kesihatan penting yang perlu diambil kira untuk pastikan rawatan veneer itu sukses. Contohnya, relation antara gigi bawah dan gigi atas ketika gigi dalam posisi gigitan (occlusion) dan hubungkaitnya dengan sendi rahang.
Apabila occlusion anda tak seimbang, sendi anda akan terbeban dan terpaksa bergerak dalam keadaan kekok. Lama kelamaan, rahang anda akan teralih dr lokasi asal. Jaw dislocation ni seksa wuu. Nak kunyah makanan pun tak boleh. Makan bubur je lah hari hari. Nak menguap pun tak puas
Ini ada video ringkas perkongsian seorang yang pernah mengalami jaw dislocation. Mungkin puncanya berbeza, tapi menepati tujuan untuk dapatkan gambaran kepentingan rahang yang sihat. https://twitter.com/mlstudiosmy/status/1268094390154588160?s=19
Sebenarnya estetik pergigian ni lagi dalam daripada sekadar veneer. Ada yang melibatkan terapi laser, pembedahan gusi dan pembedahan bibir. Tapi tu lain kali aku kongsi lagi. Sementara tu, berhenti daripada beri sokongan kepada fake veneers.
'The eyes do not see what the mind does not know'

Jadi, aku harap dengan sedikit perkongsian ni, korang dah faham sikit gigi cantik tu macam mana and mata korang dapat bezakan mana satu yang cantik dan mana yang haramjadah.
Kredit gambar
Dr @ib_shah

I could not find their twithandles - Dr Duval, Dr ViniciusVilas, Dr Robles
Btw kalau nak tengok smile transformation yang taraf celebrity hollywood, belek ig @doctorduval.
You can follow @hmdfuad.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: