Korang biasa dengar pasal #Stroke kan? Tapi tahu tak yang strok boleh serang sesiapa sahaja tak kira usia? Sebab tu strok penyebab kematian no 3 di Malaysia.

I nak share macam mana nak detect seseorang tu ada strok. RT untuk sebarkan info ni.

#aenshares #MyStrokeAwareness
Basically strok boleh terjadi kalau ada salur darah yang nak bawak darah ke otak tersumbat atau pecah.

Antara sebabnya, kolesterol tinggi. Kolesterol dia akan melekat pada dinding salur darah. Bila dia tertanggal dari dinding salur darah, dia akan block salur darah. (Ischaemic)
Lagi satu sebab tekanan darah tinggi (hypertension). Bila tekanan darah terlalu tinggi, strok boleh menyerang. Some people dia boleh dapat tekanan darah tinggi melambung tanpa dia rasa apa apa. Sebab tu dia tak pernah tahu. Tup tup salur darah pecah, kena strok. (Haemorrhagic)
Faktor lain yang boleh jadi penyebab kepada perkara di atas, merokok, ada masalah jantung,kencing manis, obesiti.

Disebabkan 29 Oktober (esok) merupakan #StrokeAwarenessDay, penting untuk kita tahu mengenai gejala strok.
So, untuk detect ada strok ke tak, boleh refer kepada abbreviation #BEFAST untuk #StrokeAwareness.

B - Balance difficulties. Nak berjalan tiba2 rasa tak seimbang.

E - Eyesight change. Mata rasa kabur atau berbalam-balam. Walaupun sebelum ni tak rabun.
F - Face weakness. Muka rasa lemah, nampak senget sebelah. Mulut boleh senget. Usually kerutan dahi tak hilang.

A - Arm weakness. Lengan rasa lemah tetiba tak boleh angkat. Semalam ok, harini tak ok. Memang mengejut.
S - Speech difficulty. Selama ni cakap ok, tetiba bercakap ada pelat, tak jelas. Orang yang dengar akan rasa susah nak faham. Nak makan /minum pun akan ada problem.

T - Time to call 999 untuk dibawa ke hospital. Catat waktu you perasan 5 gejala di atas.
Penting tau kena call cepat. Apa apa, call 999! Sebab ada golden period untuk rawatan yang efektif. Iaitu 4 jam 30min. Kalau lebih, kesan strok akan jadi lebih teruk pada mangsa.
Kenapa strok lambat dikesan? Sebab kita tak perasan 5 gejala tadi, yang menyebabkan kita tak buat perkara keempat.

So sangat penting untuk kita tahu sebab kenapa strok berlaku & gejala esp kalau mak/ayah kita ada diabetes, hypertension, cholesterol, smoking.
Cara nak rawat, kita akan buang darah beku yang jadi penyebab salur darah tersumbat, bagi ubat melalui salur darah untuk pecahkan darah beku, dan bagi ubat makan untuk cairkan darah untuk kurangkan risiko next stroke episode. Lepastu, rehabilitasi untuk tingkatkan kualiti hidup.
Okay, if you dah faham apa yang I cuba sampaikan, jom jawab kuiz ni lagi sekali. Kita tengok after baca thread ni you faham ke tak. Help to RT this thread to spread awareness ❤️ https://mystrokehospital.my/quiz/ 
You can follow @aensaari.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: