Kisah Kelantan yang Dijadikan Sarang Pelacuran pada Era Kemerdekaan

[Ini adalah bebenang]
Sekitar zaman tahun 1950-an dulu, Kota Bharu digelar sebagai ‘Paris of Malaya’! Sebenarnya, walaupun Kelantan digelar sebagai negeri Serambi Mekah, masih ada sisi gelap dalam negeri ini pada waktu itu.
Pada zaman tersebut, dikatakan kegiatan pelacuran sangatlah aktif dan bukan sahaja remaja perempuan yang terlibat tapi juga remaja lelaki.
Pelacuran menjadi-jadi di Kelantan adalah sebab kemiskinan yang menghimpit.
Tambahan pula, pekerjaan ini saja yang boleh bagi duit segera pada yang terdesak. Tak kurang juga, pelacuran dikaitkan dengan janda malang yang hilang tempat bergantung selepas diceraikan.
Ada yang menyalahkan pihak lelaki yang mudah-mudah menjatuhkan talak sebab panas baran, tapi tak kurang juga yang menyalahkan perempuan yang tak pandai jaga hati suami sampai diceraikan.
Jolokan Kota Paris bukanlah satu jolokan yang baik sebab jolokan ini sebenarnya seperti sebuah penghinaan kerana Kota paris pada zaman tersebut juga dikatakan sebuah sarang pelacuran yang terkenal di dunia.
Jadi, kalau kita boleh rumuskan seperti ini:

Kota Bharu = Paris = Kota Pelacur

Tapi kan… Orang Paris sendiri marah bila Kota Bharu disamakan dengan Paris…

Rencana pembaca dari Paris dalam satu pojok dalam sebuah akhbar di Singapura
Kalau diikutkan catatan sejarah, kegiatan pelacuran bukanlah sesuatu yang baru pun. Malah, kalau kita semak lagi catatan seperti ‘Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan’ yang diterbitkan pada 1838, beliau ada menyebut;
“Shahadan maka adalah saya lihat dalam negeri Kelantan itu terlalu banyak perempuan jalang. Maka apabila petang hari, datanglah ia dekat-dekat perahu segala dagang, berjalan berduyun-duyun”.
“Ada pun pakaiannya itu berkemban sahaja dengan tiada berbaju; dan rambutnya bersanggul lintang sangkut. Maka dipakainya bunga melor berumbai-umbai, panjangnya sampai ka lututnya..”
Jadi, sebenarnya kegiatan pelacuran di Kelantan dah lama membarah sebelum 1950-an lagi.
Menurut rujukan, jolokan ini muncul di dada akhbar The New Straits Times (1959) bila Nik Mohamed Amin Nik Ali, seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab membasmi pelacuran ini memberi kenyataan yang ‘Paris Malaya akan dibersihkan’.
Walaupun kerajaan negeri Kelantan dah mula pulihkan imej Kelantan dari gejala pelacuran ini, tapi gelaran Paris of Malaya masih kekal sampai penghujung 1960-an.
Tapi kali ini, bukan sebab gejala pelacuran lagi. Cuma nama yang dah biasa disebut akan susah sikit nak dibuang. Nama ‘Paris of Malaya’ ini dipromosikan pula sebagai tarikan pelancong pada penghujung tahun 1962 seperti dalam keratan akhbar.
Dalam laporan ini, kerajaan Kelantan pada waktu itu hendak mencantikkan lagi Kota Bharu dan nak bina lagi 2 buah pasar untuk tujuan pelancongan.
You can follow @hadesmelayu.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: