Aku rasa ramai tak faham pasal Darurat ni.

Dari perspektif perundangan, tidak wujud Darurat Kesihatan, Darurat Politik, Darurat Kebodohan, dll.

Implikasi Darurat adalah Perdana Menteri mendapat kuasa hampir mutlak kerana negara menghadapi kemusnahan.
Maka kita kena serius dalam menggunakan undang-undang Darurat. Bukan gunakan main2 atau hanya untuk mengekalkan kuasa.

Bila kita umumkan Darurat, kita mengumumkan bahawa negara sedang gawat. Ini signal yg buruk yg kita hantar kepada dunia luar dan pelabur.
Maka kesannya:
1. Kurang pelaburan.
2. Bila kurang pelaburan, pasaran saham kita menjadi lemah. Maka pulangan pelaburan menjadi rendah. Kesan terus pada ASB/EPF.
3. Ekonomi lemah membantutkan pertumbuhan dan menyebabkan peluang pekerjaan menurun. Lebih ramai hilang kerja.
Penulisan Tan Sri Sheriff (Bekas MD Khazanah) ni dapat memperjelaskan musibah besar yang akan berlaku pada ekonomi negara jika kita mengumumkan Darurat.

Korang ni ingat Darurat ni main2 ke? This is not a gencatan politik. This is economic suicide.
Kalau anda rasa ekonomi teruk sekarang, mungkin unjuran GDP kita akan jadi negatif selepas kita umumkan Darurat.

Lagi ramai hilang kerja, lagi banyak perniagaan bankrap, pulangan ASB/KWSP berkurang, lebih ramai muflis. Ekonomi kita akan parah.
Seterusnya aku nak cakap kesan dari segi politik.

Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, bukan Monarki Mutlak. Maksudnya keputusan YDPA masih berdasarkan "nasihat" dari PM/Kabinet.

Maka yang benar-benar buat keputusan adalah PM.
Darurat membolehkan PM untuk membuat dasar (ordinan) tanpa perlu melalui Parlimen. Ini adalah sebab sebenar kenapa TSMY nak laksanakan Darurat.

Boleh tukar Perlembagaan, buat undang2 suka hati, buat Belanjawan suka hati. One-man has all the power.
Malah, jika dia ingin tangguhkan Pilihanraya, boleh. Nak kekalkan Darurat untuk 10 tahun pun, boleh. Nak jadi PM sampai meninggal pun boleh.

Yang PM tidak boleh sentuh hanya beberapa hal, seperti kuasa Raja-raja. But everything else is open to abuse.
Aku tulis thread ni sebab aku risau betul baca tweet2 yang meremehkan Darurat ni.

There is no such thing as a Darurat rilek yang tak kacau hidup orang, hanya nak hentikan politik. Jangan tertipu.

Darurat ni ada impak besar pada ekonomi dan kestabilan politik negara.
You can follow @TharmaPillai.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: