Proklamasi Darurat bukan bermaksud perang atau kekacauan, tetapi adalah satu jalan keluar bagi mengatasi halangan pentadbiran dalam menangani sesuatu situasi dan ancaman yang mendesak.
#KekalTenang
#KekalTenang
Ia bukan sahaja untuk mendepani isu keselamatan, bahkan ia boleh digunakan bagi menghadapi situasi ancaman ekonomi, wabak penyakit, bencana dan lain-lain.
#KekalTenang
#KekalTenang
Jika Proklamasi Darurat Covid-19 diisytiharkan, kerajaan dapat menggantungkan keseluruhan proses pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Umum jika berlaku sesuatu yang luar jangkaan.
#KekalTenang
#KekalTenang
Sama-sama kita doakan agar rakyat dan kerajaan diberikan keteguhan dan kekuatan untuk mengatasi wabak Covid-19. InsyaAllah, dengan rahmat Allah, serta dengan kesetiaan rakyat dan kebijaksanaan pemimpin kita dapat kembali semula seperti keadaan yang normal seperti sebelum ini.

Ada juga yang membayangkan bahawa proklamasi darurat akan menyebabkan negara diperintah oleh pihak tentera dan seluruh negara tertakluk kepada perintah berkurung. Tanggapan ini jauh dari hakikat sebenar.
#KekalTenang
#KekalTenang
Dari sudut pemerintahan, Proklamasi Darurat Covid-19 tidak akan mengubah bentuk pemerintahan sedia ada. Kerajaan tetap boleh berfungsi seperti biasa kerana perubahan fungsi kerajaan di peringkat kementarian dan negeri-negeri tidak diperlukan bagi menangani Covid-19.
#KekalTenang
#KekalTenang
Apa yang berlaku ialah pemberian kuasa secara jelas dan teratur kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangani Covid-19.
#KekalTenang
#KekalTenang