Breastfeeding is such a sensitive issue to talk about.

Skin to skin touch needs to be done as early as the baby is delivered. So that it will stimulate the oxytocin, baby can latch easier.

Tapi tak semudah yang disangka. Kenapa? Susu je pun kan? Ok I explain sikit. #aenshares
Tak semua akan dapat that skin to skin touch as early as the baby is delivered. Kalau si ibu lahirkan anak normal, anak mungkin perlu dikejarkan ke baby resus room dulu kalau air ketuban dah ada warna hijau hijau. Sebab takut baby tertelan najis.
Kalau sikit takpe. Kalau banyak nak kena monitor dekat NICU pulak. Maknanya hilanglah peluang nak buat early skin to skin contact tu.

Kalau baby lahir tanpa apa apa masalah tapi ibu pulak tumpah darah dan sebagainya pun sama. Nak selamatkan ibu pulak, so hilang peluang jugak.
I sendiri melahirkan Adra melalui pembedahan (caesarean section) masa kandungan berusia 35 minggu 2 hari. Basically a preemie. I ada contraction masa tengah kerja, I lari pergi labour room tengok tengok jantung Adra dah lemah.
Then bos I pecahkan air ketuban, tunggu an hour sebab jantung Adra dah pickup balik. Tapi start je contraction balik, terus drop dan dikejarkan ke dewan bedah. Adra lahir dengan chest recession (lekuk) masa bernafas, jadinya perlu di monitor di dalam NICU.
Confirm tak ada skin to skin touch. I boleh tengok jantina je masa tu dan dengar Adra nangis, I tak tahu pun muka Adra macam mana. Of course memang tak ada early skin to skin contact. And sepanjang Adra berada di NICU walaupun I tried my best to express the breastmilk, TAK ADA
Sampai berdarah and so painful. Itu guna automatic pump tu tau. Pun sakit 😂😂😂😂 Habis tu anak I nak minum apa? Minum preterm formula lah. Lepas Adra keluar NICU, barulah I bagi dia latch. Tapi lambat la susu nak keluar.
Keluar sikit sikit. After 2 minggu baru keluar banyak sikit. Tapi kena berkorban tahap puting dah luka tapi masih kena bagi Adra minum 😭 Menangis ok sambil menyusukan Adra.

Jadinya masa yang susu sikit, nak tak nak kena mix. Kalau tak, kesian lah Adra tak dapat susu.
Lepas tu Adra masuk NICU balik sebab pneumonia. Yelah preemie memang macam ni. Senang sikit nak sakit. Dah takde dah nak cuddle dengan Adra. I kena datang every 3 hours untuk bagi susu yang dah diperah.
Dekat sini maknanya apa? You think it’s easy sebab ala susu je pun. Apa susah sangat kan? Mak mengandung mestilah ada susu. No it’s not. Ada yang memang tak boleh express susu pun. No matter how bad they pray and try everything untuk buat susu dia keluar, tak keluar jugak.
Stress tu akan jadi faktor susu ibu lagiiiiii taknak keluar. Dahla susu tak keluar lepastu orang tanya pulak kenapa mix dengan susu formula. Lagi lah ibu stress, lagilah susu taknak keluar.
Sebab tu masa pantang tu memang ibu perlu dibelai sebaiknya supaya dia tak stress. Dahla hormon masih haywire nak adjust balik kepada kondisi selepas bersalin. Lepastu nak kena jaga anak, susu anak, semualah.
Untuk I yang belajar dalam bidang tu, dah tamat posting di jabatan ibu mengandung, dan bersalin masa tengah bekerja di jabatan kanak kanak, yang tahu berapa kandungan nutrien, kalori dalam susu ibu & susu formula, masih tak senang. It’s never easy for some of us.
Bila kita tak faham, cari cara untuk jadi lebih memahami. Tak ada dosanya untuk faham tentang ini. Tak terbuang pun masa kalau kita cuba belajar memahami.

Lagi sedih bila ada perempuan yang mengecam perempuan.
Even though it’s easy for you, it doesn’t mean it will be easy for everyone. Let’s support each other, mommas. Thank you.
If you nak tahu my favourite foods masa pantang yang I rasa (YMMV) keluarkan susu badan,

1. Lobak putih
2. Banana + berries + dates smoothie

Tapi I mampu breastfeed sampai 6 bulan je. Bila I masuk jabatan ortopedik, susu is gone sebab too busy to take care of myself.
Sorry bebel tapi tak letak sini sebab sebab lain susu tak keluar.

1. Payudara tak cukup tisu kelenjar yang nak hasilkan susu
2. PCOS
3. Kurang hormon thyroid
4. Pernah buat pembedahan buang tisu payudara
5. Pernah buat rawatan radioterapi pada payudara
You can follow @aensaari.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: