"Jangan doa 'moga Allah murahkan rezeki', sebab murah tu rendah. Nanti rezeki kita jadi sikit. Sebutlah 'limpahkan rezeki', barulah Allah bagi kita rezeki banyak!"

Tak betul. Maha Suci Allah dari kebodohan dalam memahami hasrat hamba-hambaNya.

Teringat dulu ada terbaca...
....sebuah kisah dalam buku yang suka cerita hal khurafat dab tahyul mahyul.

Dikatakan seorang ibu ke Makkah dan anaknya minta didoakan agar dapat kulit cerah.

Maka si ibu pun berdoa.

Tak lama selepas itu, anak itu mati kemalangan. Kulitnya terbakar hingga memutih.

Si Ibu...
...kemudian berkata:

"Inilah akibatnya doa aku tempoh hari."

Kulit memutih akibat kebakaran, kononnya akibat doa minta kulit cerah.

Masa saya baca cerita tu, saya budak lagi. Tapi saya dah tertanya2, takkan Allah tak tahu maksud sebenar Si Ibu? Bukankah Allah Maha Bijaksana?
Bila saya dah besar, baru saya tahu buku tu tak ada kredibiliti untuk dijadikan rujukan, penuh dengan cerita tak bersumber dan entah petik dari mana.

Kisah Ibu dan Anak tu pun entah betul entah tidak.

Akhirnya saya belajar, Allah Maha Bijaksana. Allah bukan sekadar...
...Maha Mendengar apa yang dituturkan hambaNya, bahkan Allah Maha Tahu akan lintasan hatinya.

Maha Suci Allah dari kebodohan-kebodohan sampai boleh tersalah faham doa yang dimaksudkan hamba-hambaNya, hanya kerana pilihan perkataan.
Berdoalah tulus ikhlas dari hati. Apa kita sebut mungkin tak berapa tepat dari sisi linguistiknya, tetapi Allah Maha Tahu.

Kita menuturkan doa dengan mulut bukan kerana Allah itu tak berapa mendengar, kita tadah tangan bukan kerana Allah itu tak berapa melihat, tetapi...
...kita tuturkan doa dan mengangkat tangan, sebagai pameran kesungguhan.

Selebihnya ialah apa yang dimaksudkan di dalam hati kita.

Percayalah, Allah Maha Bijaksana. Dia Maha Mendengar.

Bukan semua doa kita akan maqbul bagai yangnkita mahu. Tapi yakinlah Allah akan memenuhi...
....keperluan kita.

Muhasabah.
You can follow @HilalAsyraf.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: