Nak elakkan 24 jam pikir pasal cinta di waktu muda ni mudah je.

Elakkan atau kurangkan tengok, baca atau dgr apa-apa yang berkaitan dgn cinta mcm movie, drama, lagu² atau tweet² yg berkaitan dgn cinta kalau dah tahu diri tu senang terpengaruh.

Yang jadi masalahnya...

(sambung)
...yang jadi masalahnya bila kita sendiri tahu kita ni mudah terpengaruh.

Lagi dilayan perasaan tu pergi tengok movie, drama cinta semua tu.

Mana tak hanyut.

Lepas tu meroyan takde girlfriend boyfriend.

Tapi falsafah hidup berterabur.

Kang cakap kurang cerdik, marah.
Cubalah cari vibe yang bermanfaat sikit.

Bermanfaat tu tak semestinya kau perlu pemikiran yang kritis macam ilmu falsafah, teologi, kena study kitab farqu baina firaq semua tu.

Tidak dan tidak.

Kau minat memasak, cari kt instagram or twitter, socmed famous yang pandai masak.
Kau suka workout, carilah di socmed mereka yg tunjuk daily routine workout yg betul.

Mudah kata,
Cari lah apa² vibes yg sibukkan diri kaitan dgn minat anda selagi ianya tak melanggar syariat.

Jgn kau minat berjudi, kau pergi kt socmed cara main mesin dgn betul, aku lempang kang
Bila kau buat macam tu, kau tiada masa nak sibuk berfikir pasal cinta.

Visi untuk diri kau lebih jelas.

Atau paling kurang pun, perasaan cinta tu terlintas, tapi kau dah boleh kawal.

Sebab minat yang sedang kau lakukan skrg ini berjaya mengatasi perasaan cinta yang melintasi.
Tak pernah ke terfikir kau nak jadi seperti tokoh-tokoh Islam terdahulu yang berjaya di waktu mudanya.

Sultan Al Fateh berjaya taluk kota Konstantinople ketika berumur 21 tahun.

Ibnu Sina seorang Al-Hafiz ketika berusia 10 tahun.
Mungkin akan ada yg argue & kata

"Tak perlu ikut org, setiap kejayaan org itu fasa masanya berbeza²"

iyup, aku tak nafikan.

Tapi contoh kalau umur kau 20 skrg, dan kau juga tahu kau mampu mempercepatkan kemajuan kau sebelum umur 30.

Tapi..
...kenapa kau perlu tunggu betul2 umur 30 atau hampir 30 untuk berjaya dek kerana cinta?

Siapa ja tak suka tengok movie cinta2 ni, aku pun suka,

Kadang2 movie genre nya action, tapi tetiba dlm tu ada cintan2 gak.

hawau betul.
Tapi pandai-pandai kawal diri, orang lain boleh je tengok movie cinta.

Sebab pandai kawal diri.

Aku tweet ni khas utk mereka yg tak pandai kawal diri.

Better aku cakap sekarang, supaya kita tak jadi golongan yang

"Alwaqtu mubazzirin"

iaitu golongan yang suka membazir masa.
You can follow @AmirulRuslam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: