Sebab isu air jadi lagi, korang sebenarnya faham tak pengurusan Air kat Selangor/KL ni?

Ini info basic yang mungkin korang tak faham lagi yang mungkin jadi penyebab utama masalah air susah nak selesai.

Ada 3 pihak bertanggungjawab dalam Air ni:

1. PBT
2.LUAS
3. Air Selangor
PBT : Jaga pembangunan (termasuk tepi2 sungai).

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) : Ini Jabatan Kerajaan. Jaga punca air. Beratus km sungai & kawasan takungan air.

Air Selangor : Ini syarikat SWASTA yang ditubuh untuk merawat air sungai dan bekalkan air mentah kepada pengguna.
Air Selangor ni baru ditubuhkan 2014.

Dulu pengurusan Air di Selangor lagi haru. Ada banyak syarikat (kroni berbeza):

- ABASS
- SPLASH
- PNSB
- SYABAS
- KASB

Tahun 2019 baru Air Selangor jadi pengurus tunggal selepas ambil alih konsesi air dengan belanja lebih RM1.5 billion.
Maksudnya, paip air di Selangor sebelum ni diuruskan company berbeza-beza. Ikut kawasan.

Kalau korang tengok pemilik syarikat sebelum ni, boleh tahu sapa owner sebenar.

Lepas ambil alih, Air Selangor belanjakan RM1.1 billion untuk upgrade infrastuktur. Ia masih berjalan.
Masalah pencemaran chemical/bau di takungan air.

1. Sungai di Selangor panjangnya beratus km. Ada orang gila kat kebun tuang satu tong chemical, takde sapa boleh kesan.

2. PBT kena kawal beratus kilang haram/halal. Dulu tak banyak sbb kurang pembangunan, sekarang tak terkawal.
3. Kilang ni bukan dibina kat rezab kerajaan. Tapi atas tanah persendirian. Jadi tak boleh senang2 nak robohkan.

4. Susah nak kesan sebab ada beratus kilang + banyak PBT terlibat dan cross monitoring dengan PUAS.

5. Air Selangor? Cuma bersihkan air kalau ada benda bahaya.
Masalah Paip Pecah & Usang.

1. Paip air di Selangor ni dah berusia puluhan tahun. Diurus oleh syarikat berbeza2. Ada yg bagus, ada yg tak.

2. Tapi sekarang semuanya bawah Air Selangor. Mereka kena tukar semua paip. Tapi perlukan masa sebab ada beribu km paip + perlu billion RM.
Selagi kita semua guna air hujan, sungai dan empangan untuk bekalan air bersih, selagi itu masalah ini akan berterusan.

Negeri lain kurang bermasalah sebab kurang pembangunan berbanding di Lembah Klang.

PBT, LUAS dan Air Selangor adalah 3 pihak yang bertanggungjawab.
Kesimpulannya,

Masalah sungai, pencemaran bau & chemical di sungai bukan masalah Air Selangor. Tapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan LUAS.

Kalau nak dakwa, PBT kena pro-aktif cari kilang haram.

Masalah paip pecah/usang itu baru di bawah kuasa Air Selangor.

Bagitulah.
You can follow @acaiijawe.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: