Kejatuhan Syarikat Zaitun Industries.

Jenama Zaitun ini cukup ikonik pd thn 90an. Tiba2 jenama ini lesap hilang. ramai yg buat spekulasi punca kejatuhan, ada yg sebut org dengki lah, perkauman lah. Ini tulisan saya 2 thn lps.

Bebenang ini akan mengupas ttg zaitun.
Zaitun Industri ditubuhkan oleh pengasasnya DS Hj Mohammad Eusuff Teh dgn mengambil sempena nama anak perempuan pada 1978. Pada awal penubuhannya memang hebat. Mereka menjadi perintis produk halal muslim dengan slogan halal gunakan tanpa was-was dlm sektor toiletries & cosmetics.
Produk mereka dieksport ke Brunei, Singapore, Indonesia dsb. antara produk yg laris ialah ubat gigi zaitun. sehingga dikatakan Colgate Malaysia pun "terancam" dgn kehadiran pemain baru ini. Prospek zaitun dianggap cerah dan mempunyai harapan yang agak tinggi untuk maju ke hadapan
Permulaan cerita sebenar bila mana Zaitun Berhad disenaraikan di 2nd board KLSE pada 06/1997 olh anak pengasas Dato Mohd Kamal. Semasa penyenaraian zaitun, dlm unjuran keuntungan yg disebut prospektus dikatakan dlm RM5.7 juta & pasca penyenaraian lebih kurang RM4.3 juta thn 12/97
Sebaliknya selepas listing, pada tahun kewangan yg sama 1997 laporan kewangan menyebut Zaitun kerugian sbyk RM14 juta berbanding unjuran RM4.3. Ia merupakan perbezaan yg sgt besar berbanding unjuran & laporan (Forecast vs Actual). Bayangkan Untung 4.3 juta menjadi rugi RM14 juta
Zaitun mengalami kerugian semenjak tahun pertama penyenaraian. Ekuiti pemegang saham yang bermula RM41 juta pada 1997 menjadi defisit -RM29 juta pada tahun 2001. Kejatuhan zaitun bukanlah sesuatu yang pantas tetapi ia adalah penderitaan kesakitan yang berpanjangan.
Bayangkan bila disenaraikan pada june 1997, Zaitun telah memeterai penjanjian pembelian tanah RM36 juta dengan Benua Rezeki Sdn Bhd di mana Pengarah Zaitun sendiri juga adalah pengarah dalam Benua Rezeki (iaitu Mohd Kamal Mohd Eusuff dan Aisha Mohd Eusuff - adik beradik).
31.12.97, 50% deposit telah dibayar. Ttp perjanjian jual beli dibatalkan & deposit sepatutnya dipulangkan sebulan dlm tempoh 6 bulan ttp setakat Aug 1998, hanya RM345,000 shj dipulangkan. Ini adalah dikategorikan sebagai RPT (Related Party Transaction) & tidak mendapat approval.
Dalam tahun yang sama, pihak pengurusan syarikat telah melibatkan diri dalam perdagangan saham (share trading) menggunakan pembiayaan margin (share margin financing) sebanyak RM20 juta (ini kira baru tahun pertama penyenaraian) pada tahun 1997.
Tiada pendedahan (Disclosure requirement) ke atas share trading activities atas sebab apa transaksi ini dilakukan dan tidak mendapat persetujuan dari pemegang saham. Setiap material aktiviti dalam public listed comp mesti ada ketelusan sebab ia melibatkan shareholder money.
No disclosure, therefore, shareholders were unaware of this transaction. setelah dapat diketahui, pendedahan dibuat bahawa pada September hingga November 1997, pembelian saham dibuat ke atas 13.7% Hai Ming sebanyak RM13.7 juta dan 1.48% (RM3 juta) dalam Grand Central Enterprise.
Kedua-dua saham ini kemudiannya dijual pada RM6.5 juta menyebabkan kerugian (realized net loss) RM10.2 juta. Sekali lagi, Dato Mohd Kamal dikatakan mempunyai pegangan 6% dalam GCE paid up capital.

Zaitun didenda ke atas RPT (related party transaction) yang dilakukan.
Zaitun telah dinyahsenarai dari KLSE pada 16 Jun 2003 kerana gagal mematuhi langkah penstrukturaan semula untuk status PN4 (sekarang dikenali GN3 untuk ACE market untuk syarikat yang mengalami masalah kewangan).
Skandal Zaitun ini jelas menunjukkan:

1. pelanggaran yang serius dalam prinsip corporate disclosure and transparency dalam menjalankan transaksi yang tidak mendapat mandat dari pemegang saham
2. Kegagalan directors menjalankan tanggungjawab fidusiari - pengarah eksekutif & pengarah bukan eksekutif (Executive Directors dan Non-Executive directors) yg sepatutnya --> penjaga ketelusan, akauntabiliti & tadbir urus korporat (guardian of transparency, accountability & CG)
Era 1997, banyaknya berlaku tadbir urus korporat yg teruk. ketidakfahaman lembaga pengarah dlm tanggungjawab mereka. sebab itu, kita tgk banyak downfall of public listed companies slps krisis kewangan 98.
Vice chairman zaitun ketika itu adalah Mutiara Rokiah yg mana beliau adalah isteri dan ibu kepada Pengarah dalam Zaitun sendiri.
Masalah zaitun bukan terhenti pd tadbir urus korporat sahaja ttp ia termasuk masalah pengurusan & model perniagaan zaitun sendiri spt isu pengedar & cuba menceburi bidang MLM utk pengedaran produk mereka.
antara punca utama kerugian ialah distributorship produk mereka. antara pengedar mereka seperti Boustead trading, Harrison, harpers dan Sime Darby Marketing. Asyik terminate pengedar mereka yang berakhir dalam mahkamah.
Zaitun juga dikatakan memberi jualan credit yang agak longgar, hutang pelanggan (credit sales) adalah 95% jumlah jualan. Dan zaitun membuat pinjaman hutang yang melebihi dari jualan syarikat.

Begitulah ceritanya

Terima kasih krn sudi membaca thread yg panjang.

Zayed Zulkifli
You can follow @ZZulfikli.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: