Melihat pada isu Apple yang tak bekalkan lagi palam pengecas membuatkan aku tambah bangga dengan gamers dan industri permainan video...

Kenapa? Sebab gamers tak terlalu bangang macam pengguna Apple yang biarkan perkara ini berlaku tanpa sebarang kritikan dan pemberontakan
Cuba teka,syarikat apa yang pernah dinobatkan sebagai syarikat terburuk di Amerika Syarikat sebanyak 2 kali berturut-turut? (2012 dan 2013)

Electronic Arts, sebuah syarikat permainan video...

BP yang tumpahkan minyak kat laut pun tak dapat reputasi seburuk tu...
Padahal game2 EA berkualiti je masa tu. Cuma orang tak puas hati sebab isu penamat Mass Effect 3. Sampai macam tu hah impak dia.

Tu yang bagusnya komuniti gaming ni. Bila ada syarikat kapitalis buat benda bangang je, semata-mata nak kaut untung,terus gamers memberontak...
Ingat lagi tak masa No Man's Sky dikeluarkan? Ramai gila orang kritik. Diorang bukan setakat kritik,menganjing je semua.

Diorang siap buat laporan kat pihak berkuasa,mintak ambil tindakan sebab Hello Games memperdaya pengguna dengan iklan yang menipu
Dan kritikan mereka ni bukan tak beri kesan...banyak kesan dia...

Sejak kritikan ke atas Hello Games,mereka terus menerus memperbaiki No Man's Sky secara PERCUMA, sehingga ia kini menjadi permainan video yang diminati pengguna...
Begitu juga dengan EA, dulu bila orang kritik game-game Star Wars mereka yang terlalu kosong,dan sekadar dibikin untuk mengaut untung..

Sekarang mereka dah ada dua game Star Wars yang hebat,yang cukup diminati gamers...
Jadi tolonglah pengguna Apple,kritiklah sekuat-sekuatnya. Jangan biarkan Apple buat langkah kaut untung macam ni. Jangan biar mereka berselindung di balik " alam sekitar".

Sebab kalau kau tak buat,semua pengguna telefon pintar yang lain,akan terima padahnya
You can follow @maercaestro.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: