Saya sudah lama pendam rasa marah, tapi nampaknya harus cakaplah, dikhuatiri disoal di akhirat.

Kepada golongan feminis & lelaki simp sekalian, stoplah memetik nama saidatina Khadijah radiyallahu'anha untuk perjuangkan ideologi jahanam kalian.

Demi Allāh, stop it.
Dalam bab mengumpul duit, 'women empowerment', monogami, laju sungguh nama saidatina Khadijah radiyallahu'anha dipetik.

Saya hendak bertanya, dalam bab mendekati zina, menari tiktok, membuka aurat, itu sahabat mana yang amalkan?
Oh saya lupa, siapalah kita hendak banding dengan mereka. Apabila kita ada kekurangan, jangan petik nama sahabat sebab kononnya makam mereka tinggi sangat.

Tapi dalam bab monogami, kumpul duit, 'women empowerment', marilah tunggang nama sahabat.

Adakah demikian?
Saidatina Khadijah radiyallahu'anha begitu mulia, beliau berniaga tapi masih menjaga adab & mengamanahkan peniagaannya pada pembantu² lelaki, beliau juga tidak keluar rumah sambil bertabarruj & bergaul dengan lelaki² bukan mahram.

Usahawan zaman sekarang?
Kalaulah golongan ini tahu betapa banyaknya pengorbanan Khadijah radiyallahu'anha dalam nafkahkan harta kepada Islam.

Kalaulah mereka tahu, betapa beliau sangat menjaga suaminya, taat & patuh, sabar & tabah, semuanya dihadapi sama² bersama suaminya, Nabi Muhammad ﷺ.
Oh saya lupa, lelaki zaman sekarang bukan macam nabi atau sahabat, maka buat apa wanita hendak ikut wanita² tersebut. Lantak pi la.

Tapi kalau bab monogami, hah kami mahu jadi macam Khadijah radiyallahu'anha.

Dalam bab kumpul harta, kami mahu ikut Khadijah radiyallahu'anha.
Begitulah, ideologi feminisme kafir la'natullāh telah menghancurkan pemikiran pemuda pemudi Islam kita.

Allāhu musta'ān, selamatkanlah moraliti kami.
You can follow @The_X_Guy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: