Antara sebab saya usahakan projek susu bayi adalah untuk mengurangkan pemandangan seperti dalam gambar ini. Ya, bayi diberi susu pekat/teh o/kopi o/air suam untuk menggantikan susu apabila bekalan susu mereka kehabisan kerana ibu bapa tidak mampu atau tidak dapat keluar ke kedai.
Semoga balasan yang baik-baik kepada semua yang telah sudi menyumbang kepada mereka. Doakan anak-anak ini dapat membesar dengan sihat ya. Ibu-ibu seronok dapat susu tadi, mereka ucapkan terima kasih kepada semua. ❤️
Apa-apa pertanyaan boleh dm saya ya. Terima kasih semua. ❤️🤗
Sebab ramai yang tanya; sebenarnya projek ini hanya projek kecilan yang saya buat untuk membantu komuniti di tempat saya mengajar sahaja. Saya tidak mewakili mana-mana badan. Hanya usaha kecil saya untuk membantu anak-anak di sini membesar dengan sihat. 🤗
You can follow @bungolale.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: