Sejarah dunia korporat di Malaysia ini memang berliku, terutamanya campur tangan orang politik yg berkepentingan.

Bermula satu syarikat, kemudian berpecah, bergabung, tukar nama.

Kita ambil kisah Time Engineering Berhad (TEB). Time
Engineering Berhad. now known as TimeDotCom.
Time Engineering Berhad (TEB) merupakan anak syarikat di bawah Renong Berhad. Di bawah time engineering ada anak syarikat Timedotcom.

Disebabkan masalah kewangan, pelan penstrukturan hutang, TEB terpaksa menyenaraikan Timedotcom (TDC) ke pasaran.
Pasca penyenaraian TDC tidak mendapat sambutan kerana sentimen pasaran ketika itu tidak memberangsangkan menyebabkan GLC seperti khazanah terpaksa masuk & melanggan saham yg tidak terjual ketika IPO.
Pada ketika itu, SingTel ingin turut serta dalam IPO tetapi dikatakan tidak mendapat blessing dari PM ke-4 ketika itu. oleh kerana itulah khazanah terpaksa membeli saham tersebut.

1997, hutang TDC kepada TEB berjumlah RM2.2 billion. tahun 2000, hutang bertambah RM5.3 billion.
TEB kemudiannya telah bersemuka dgn CDRC (Corporate Debt Restructuring Committee) utk menstrukturkan semula perniagaan dan hutang; oleh itu pegangan dalam TDC perlu dilupuskan dan hasil pelupusan itu akan digunakan untuk membayar hutang.
Antara dana institusi yg terawal (selain khazanah) yang mengambil IPO TDC ialah kumpulan wang pencen (KWAP). dahulu bail out cara beginilah. hutang bertimbun, ambil alih bagi capital injection.

Beberapa tahun selepas penyeneraian TDC, TDC mendapat lesen 3G spectrum.
Ia memberi nafas baru kepada syarikat. Lesen dan spectrum dipajak kepada DIGI dan sebagai ganti saham DIGI; kemudian melupuskannya saham DIGI 49 juta unit. hasil pelupusan saham dipulangkan kembali kepada pemegang saham dalam bentuk dividend.
TEB telah melupuskan pegangan dalam TDC. Khazanah pula telah melupus pegangan dalam TEB kpd CENSOF. TEB kemudian menukar nama kepada DNEX (Dagang Exchange berhad). CENSOF kini memegang 15% dalam DNEX.

Fast forward, TDC bila bertukar pemimpin syarikat bertukar di bawah CEO baru.
Afzal Abdul Rahim (2008) telah melakukan penstrukturan besar2an, membuat penilaian operasi, beliau mendapati byk kebocoran dlm perbelanjaan operasi; perbelanjaan utk network terlalu tinggi, byk bergantung kpd vendor solution, tidak punya direction, no clarity & complex solution.
antara penstrukturan yang dilakukan ialah capital repayment dan share consolidation. pada november 2010, Time dotCom melakukan capital reduction dengan mengurangi Par Value RM1 kepada RM0.10.
Dan share consolidation dari 2.53 billion unit kepada 506 juta unit saham; mengurangi kecairan unit saham dalam pasaran; mengurangi volatility kepada saham TDC.

Langkah seterusnya memisahkan entiti TDC dgn TEB dan UEM. Sebab UEM dan TEB dibayangi dengan hutang.
kmdn melakukan VSS, replace semua executives. semua top management orang baru (cantas kroni dulu), dan mengurangi kos operasi dari RM100 juta kepada RM40 juta, memindahkan head quarter dari Jalan tun razak yang disewa kepada premis sendiri di Glenmarie Shah Alam.
U know timedotcom dulu own Adam Cellular line 017. TDC bought over & tubuhkan Timecel. kemudiannya, maxis membeli timecel RM1.47 billion, maxis hotlink bermula di sini.

TDC pre-2009; adalah syarikat ygtidak membuat keuntungan. boleh tengok rekod kewangan 5 tahun berturut2 rugi.
Khazanah memberi mandat kepada Afzal 3 tahun untuk melakukan turnaround TDC. hasilnya berbaloi.

Hingga kini, kita dapat tengok TDC telah pun "keluar" dari image terdahulu. Saham TDC telah naik dari 2009 dari lebih kurang RM1.00 sekarang sudah mencecah RM12. Thn lepas RM9.00
TDC sekarang lebih focus, high speed broadband di kebanyakan high rise building di Lembah Klang. TDC punya product lebih stabil berbanding unifi atau maxis. Pelabur institusi (KWAP) boleh tersenyum sekarang. berbanding dengan peers dlm sector ini, TDC masih outperform covid19
Siapa pelabur institusi TDC:

1. Pulau kapas ventures (SPV for khazanah) - 30%
2. khazanah: 11%
3. EPF: 8%
4. KWAP: 7%
5. ASB: 3%

TDC disenaraikan dalam Forbes Asia's best 200 companies below A billion in 2015.
if u asked me, timedotcom adalah syarikat yg memberi nilai kepada pelabur jangkamasa panjang. May be u shud consider this as part of ur long term invest portfolio in Bursa Malaysia.

Simple product, simple solution.
You can follow @ZZulfikli.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: