"Semua orang tak suka saya. Saya memang tidak berguna."

"Saya tak cantik. Saya tak layak disayangi. Saya tak layak diterima."

“Saya seorang yang gagal. Saya memang bodoh. Saya tak layak berada di dunia ini”

Bagaimana boleh timbul kepercayaan seperti ini?
Kepercayaan ini mungkin lahir dari dua komponen.

Pertama, nilai yang dipelajari daripada orang sekeliling ketika zaman kanak-kanak atau remaja.

Kedua, pengalaman yang dialami sendiri ketika dewasa.
Seorang bayi dilahirkan tanpa memahami bagaimana untuk dicintai atau diterima.

Namun, anak ini belajar daripada kata2 orang sekeliling:

“semua yang saya buat semuanya salah”

“saya tak pandai macam kakak saya”

“saya tak layak dicintai atau diterima.”

“saya tak berguna.”
Apabila anak ini semakin membesar dan berhadapan dengan orang, dia cuba mengasingkan diri - kerana dia tidak mengharapkan dirinya diterima orang.

Oleh kerana tingkah lakunya yang suka mengasingkan diri, orang juga merasakan dia "pelik," atau "sukar didekati."
Pada waktu ini, jangkaan awal "semua orang tidak suka saya, saya tidak layak diterima" menjadi "kenyataan" dengan pengalaman kegagalan dalam bersosial, apatah lagi jika berkali kali berlaku kitaran yang sama.
Apabila anak ini meningkat dewasa, elemen "semua orang tidak suka saya" dan "saya tak layak diterima" menjadi mendominasi caranya melihat dunia.

Ini memberi kesan kepada setiap aspek dalam kehidupannya - termasuk cara bersosial, hubungan percintaan, perkahwinan & kerjaya.
Diadaptasi daripada buku Skills in Person-Centred Counselling & Psychotherapy, Janet Jolan (2012).

Ini salah satu teori dalam memahami manusia.

Ada pelbagai faktor lain yang juga boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku manusia.
You can follow @akif_basri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: