Yang orang tak tahu, dalam 30 orang terkaya dunia dalam senarai Forbes, cuma 4 orang saja yang berhenti belajar. Selebihnya paling kurang ada sarjana muda. Jadi, tradisi orang kaya tak belajar tinggi ini mitos. Kedudukan mereka memberikan kesedaran betapa pentingnya pendidikan. https://twitter.com/areprhm/status/1315736930391269376
Elon Musk, orang kelima terkaya di dunia mempunyai dua sarjana muda (degree) iaitu dalam bidang fizik dan dalam bidang ekonomi.
Jeff Bezos, pengasas dan pemilik Amazon, orang terkaya di dunia sejak tahun 2017 lagi, ada sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik dan sains komputer.
Bab ini saya setuju. Peniaga yang biasanya kata belajar tak penting ataupun tak perlu belajar tinggi datang daripada penipu (scammer) ataupun MLM. Biasanya memiliki sijil dan pangkat palsu. https://twitter.com/kusyuk/status/1315948811185913856?s=20
Jack Ma, orang yang biasa banyak kali kita dengar kena tolak (reject). Dia ada sarjana muda dalam bahasa Inggeris dan pernah menjadi pensyarah.
Bernard Arnault, walaupun keluarganya telah mempunyai empayar perniagaan yang besar dan mewarisi perniagaan tersebut, dia tetap belajar tinggi. Arnault mempunyai ijazah dalam kejuruteraan dari École Polytechnique, universiti paling berprestij di Perancis.
Warren Buffet, ke-7 terkaya dunia. Ayah ahli politik, ibunya ahli perniagaan. Keluarga dah kaya. Lepas habis sekolah, Buffet nak berniaga terus, tak nak belajar. Ayah dia tak bagi, "Hang jangan nak buat palatao, pi sambung belajaq."

Hujung² dia belajar sampai Master (ekonomi).
Rata² mereka datang daripada keluarga, sekurang²gnya mempunyai taraf ekonomi bagus. Apabila ekonomi bagus, keluarganya mempunyai kesedaran kepentingan pendidikan. Banyak kajian membuktikan hal ini.
Jangan terkejut kalau anak² jutawan ini turut belajar tinggi walaupun dah kaya.
Kalau nak realistik, Bill Gates keluar dari Harvard pun selepas dapat peluang dalam perniagaan komputer. Zuckerberg, masa dia keluar Harvard, projek perniagaan dia dah cantik, dah ada prototaip untuk pergi jauh.

Poin di sini, mereka keluar dengan jalan selamat.
Kita tak pernah fikir benda macam ini. Mereka bukan keluar dari universiti dengan tangan kosong tak ada apa-apa. Kalau dah ada rancangan pun, mereka tak keluar lagi. Benda dah jadi baru mereka keluar universiti.

Kita belum apa-apa, dah berangan nak kaya dengan jalan "drop-out".
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: