RAKYAT MENDERITA, POLITIKUS PEDULI APA?
Waktu pandemik berleluasa, & #39;abah& #39; hanya peduli perebutan kuasa. Pilihanraya negeri tercetus, virus bertabah meletus. Tidak pernah berdepan dengan media, sibuk nak merotan rakyat jelata.
Waktu pandemik berleluasa, & #39;abah& #39; hanya peduli perebutan kuasa. Pilihanraya negeri tercetus, virus bertabah meletus. Tidak pernah berdepan dengan media, sibuk nak merotan rakyat jelata.
Ekonomi gawat, Rakyat tenat. Ex-CEO hanya menjaga kepentingan bank-bank, elit dan korporat. Selamatkan diri sendiri yang utama, rakyat biar yang kedua. Biar kebuluran menimpa rakyat jelata, biar mati hilang punca makan dan kerja.
Kementerian Dalam Negeri, paling celaka. Mewujudkan masyarakat dua darjat; miskin dan kaya. Melolong minta rakyat marhaen mematuhi SOP dan tangkap mereka yang melanggarnya. Tapi politikus bangsat langgar SOP, bebas dari hukuman, tak dipeduli kerana kaya!
Waktu PKP, & #39;menteri Doraemon& #39; tidak peduli. Keganasan rumah tangga meningkat tinggi. Tidak peduli ramai yang mengalami kemerosotan kesihatan mental dan ekonomi. Sempat lagi menyaran wanita untuk berdandan supaya suami gembira.
& #39;Menteri tiktok& #39; tak kurang pula, suka main sorok saja, tidak peduli sama ada mahasiswa-mahasiswi yang tak punya peluang dan fasiliti untuk belajar. Panggil pelajar balik ke kampus, tapi u-turn pada akhirnya. Pelajar terkandas merata-rata, hangus duit perbelanjaan semester.