Beli Dengan Harapan Tak Akan Digunakan
Siapa kat rumah dia ada pemadam kebakaran? Kalau tak ada, memang wajib beli. Kata orang, malang tidak berbau.
Siapa kat rumah dia ada pemadam kebakaran? Kalau tak ada, memang wajib beli. Kata orang, malang tidak berbau.
Kita beli benda ni, kita harapkan ia tak digunakan. Biarlah dia tak digunakan sampai tamat tempoh pun tak mengapa. Kerana apa? Kerana kita beli untuk menghadapi risiko kebakaranm tapi kalau boleh kita tak nak pun kebakaran berlaku.
Itulah konsep takaful dan insurans pada hari ini. Kita bayar caruman untuk risiko kemalangan kereta, tapi kita tak mahu pun kemalangan berlaku. Kita bayar caruman kad perubatan, tapi, tak guna pun lagi bagus, siapa nak masuk wad berhari-hari?
Bayar caruman untuk hibah jika kematian, kalau boleh kita tak nak kematian berlaku lagi walaupun ia tetap akan berlaku..
Saya tulis ini sebab ada yang kata takaful sama dengan perjudian. Sebenarnya bukan sekadar takaful, insurans konvensional pun tak sama dengan perjudian... orang berjudi mengharapkan menang, dalam konsep insurans, tak ada orang mengharapkan kena musibah.
Insurans dan takaful adalah kaedah pengurusan risiko, kaedah pengurusan risiko ini berbeza mengikut zaman dan masa.
Kesimpulannya, beli lah pemadam kebakaran walaupun kita memang kalau boleh tak nak gunakan walaupun sampai tempoh expired,
kesimpulan kedua, takaful itu satu keperluan untuk menghadapi risiko... tiada unsur perjudian dan ia sangat berbeza.
Credit to http://muamalat.my"> http://muamalat.my .